Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Thursday, 10 June 2010

Alkisah seorang kawan


Semester 1, bulan Ramadhan[puasa]

ini cerita tentang seorang kawan yang boleh di anggap kawan baik pada suatu masa dahulu. Kami mula berkawan baik semenjak selalu menghadirikan diri ke dewan semata-mata untuk melihat yang tersayang membuat latihan badminton. Rajin. everyday turun dewan dan siap berText lagi sedangkan kami bukan lah kawan rapat dulu dan satu blok lagi malah satu aras cuma berlainan wing tapi bila dah akhir-akhir sem baru mula rapat. Maka bermula lah episod persahabatan di antara aku dan Kakak apabila kami mula sama-sama ke bazaar ramadhan [episod perkenalan]

sejak daripada hari itu, aku yang tak pernah jejak kaki ke wing3 maka mula lah merajin-rajinkan diri ke bilik dia yang luas lagi best. Selalu la plak melepak kat sana tak kenal masa lansung sehingga membuat tempahan penginapan selama mana yang aku mahu. Fuhh bestnya masa tu, apa tidaknya, makan sama2..pergi kelas sama2..lunch..dinner..outing..kami berEmpat.

banyak perkara yang berlaku sepanjang persahabatan kami antaranya, dia mula melupakan rakan sekelasnya yang juga Housemate aku sekarang, aku lah yang mengajar dia bagaimana untuk menggayakan tudung dengan kemas sebab dia ni simple je, p basuh kain guna mesin basuh sedangkan selama ni manual je [habis wit tabung aku = syiling] , selalu ke dewan dan memang dah kena cop pun minah dewan padahal..tukang support laki jerr..pergi mana2 sentiasa berdua, berkongsi apa sahaja kecuali BF biarpun bf kitorang time tu kamceng antara satu sama lain..mula la mencerita kan hal yang tidak sepatutnya orang tahu tapi hanya kami sahaja yang tahu [ aku berharap rahsia ku terjaga dengan baik walaupun kini tak bertegur sapa lagi] dan paling di kenang selagi hayat masih ada...aku menjaga dia semasa dia sakit, susah, dan senang.. terkenangkan hal ni, teringat macam na aku selalu berulang alik dari wing 1 ke wing 3 samata-mata kerana dia yang sedih lagi sakit. time2 tengah study, pintu bilik ku diketuk..rupanya roomate dia memanggil ku sebab dia tak mampu untuk wat kakak berhenti dari menangis. maka aku pun tinggalkan buku2 tercinta ku [konon arr] dan pergi la ke bilik dia. hari itu, kakak sakit kuat. demam.. nasib lah dah nak hujung sem dan maw final maka kelas pun banyak la batal jadi kakak pun senang la berehat. setiap pagi, sebelum aku p kelas, aku mesti pergi ke bilik dia dan tengok2 kan dia sama ada demam dia dah kebah atau belum..siap tinggalkan pesan kat roomate dia, suh dia makan ubat nanti. caring?? sebab aku sayang kat kakak masa tu. kemudian dia pun sembuh dari sakit..fuhh lega laa..hehehe..

semester 2..

aku ajak kakak tinggal serumah dengan aku memandangkan kami nda dapat kamsis lagipun kami memang namaw di kamsis. maka bermula lagi satu episod baru di luar kehidupan kampus sebagai penyewa tegar. segalanya bermula dengan baik sehinggalah suatu hari..

kerana surat layang yang dicipta nya, aku mula hilang kepercayaan kepada dia. bukan apa, mungkin bagi dia perkara itu biasa tapi bagi aku, menyakitkan hati. seminggu aku tidak bertegur sapa dengan dia dan dia mula bertanyakan khabar dengan laki ku dan mengatakan bahawa dia merindui aku..yaa aku rindu dia tapi sakit hati itu masih terasa..kemudian aku menegur dia seperti biasa tetapi semua itu sudah berubah. entah di mana silapnya, hubungan kami makin renggang sehingga beberapa minggu lansung tak bertegur sapa sehingga la berbulan lamanya.. aku cuma marah dan menarik muka dengan nya sebab hal surat itu sahaja, tiada sebab lain.

kemudian, kakak dan roomate dia sendiri meninggalkan rumah itu.. sebenarnya, banyak perkara terjadi di luar jangkaan kami apa tah lagi aku.. ahh hipokritnya aku ini..tapi betul ..aku rindukan dia sebab dia kakak aku semasa sem1 tapi kini, tak mungkin kami bertegur sapa kembali..

No comments:

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014