Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Thursday, 10 June 2010

Dendam

Dendam merupakan perasaan dari hati yang terluka akibat disakiti, teraniaya atau yang merasa haknya telah diambil alih. Punca perasaan dendam yang paling konkrit adalah kerana kemarahan. Seseorang manusia akan meluahkan amarah kerana tidak suka melihat orang yang dibenci mendapat kesenangan. Dia lebih suka melihat orang itu sengsara melebihi dirinya. Pelbagai alasan memang tidak akan membuatkan seseorang itu tidak kisah untuk membalas dendam dengan zalim. Perasaan iri hati, dengki dan rasa tersisih juga mampu membuatkan seseorang itu tiba-tiba tidak mempunyai perasaan belas kasihan. Hatinya menjadi keras dan tidak sedikit pun mengenal dosa. Yang terlintas dalam benaknya hanyalah satu, iaitu balas dendam.
Begitulah ketika hati sesorang disaluti dengan rasa dendam yang membara. Dia tidak akan merasa puas jika dendamnya belum berbalas. Tidurnya terasa tidak nyenyak, malah setiap hari hatinya diserang perasaan gelisah. Di matanya pula akan sentiasa terbayangkan wajah musuhnya. Itulah keadaannya seorang pendendam.
Dalam Kamus Dewan edisi ketiga cetakan tahun 2000, perkataan dendam bermaksud perasaan atau keinginan mahu membalas perbuatan seseorang yang biasanya adalah perbuatan jahat.

kenapa bercakap tentang dendam kali nie? Aku berharap sangat agar hati aku di jauhi perasaan dendam agar hidup aku akan sentiasa aman kerana teringatkan perbuatan seseorang yang menyakitkan hati ia mampu membuat aku menyimpan dendam dan benci terhadapnya. Amin

No comments:

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014