Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Tuesday, 14 December 2010

10 perkara sebelum umur aku 18 tahun

sambungan daripada entry ini dan ini juga.

  1.           Aku dah habis sekolah pun masa tu and dah amik SPM juga. Jadi senior kat sekolah memang best kan sebab boleh berlagak kononnya.
  2.           Pernah kena denda depan perhimpunan masa pengetua tengah berucap sebab sibuk potong kuku dengan kawan. Dan tulis surat rasmi sebab gagal ujian subjek perdagangan.
  3.           Hari-hari terakhir persekolahan menjadi semakin bermakna sebab dah ada secret admire kat sebelah kelas and of course la bersemangat nak ke sekolah kan? Sampaikan kat dalam kelas boleh tersengih2 bila teringatkan orang tue. J
  4.           Masuk asrama balik masa form5 tapi tak sampai 2 bulan dah keluar sebab asyik tido kat kelas je, member pun dah bising suh kuar hostel.
  5.           Acara wajib setiap hari rabu mesti tengok wayang lepas abis kelas dengan pakai baju sekolah sebab students day kan so kena charge RM5 je. Kitorang tak segan ye masa tu pakai baju sekolah turun ke centre point (shopping complex) but now jadi segan tengok budak-budak sekolah zaman sekarang yang dok melepak and pakaian entah apa, singkat sana sini. Malu weyh, dulu kami tak macam tu.
  6.           Dengan duit tambang RM1 kami akan round 1 bandar pada hari jumaat dengan berbaju sekolah. Tak makan pun takpa sebab kami kenyang dengan window world kami. Sanggup turun bandar walaupun dengan duit RM1 asal je dapat jalan-jalan dengan member. Oh best!
  7.           Tandas selalu menjadi tempat lepak . kenapa? Tak tahu la sebab ramai orang tengah beratur kat luar kalau nak masuk, so bila lepak kat sana bley jumpa member dari kelas lain and acara berborak atau mengurat pun berlansung la sehingga 10 minit atau lebih. Kadang2 masa member dari kelas blok lain lalu depan kelas aku,dorang siap bagi signal lagi suruh kuar ke tandas. Masa ni cikgu displin selalu round area tandas sebab tahu kami sengaja stay2 kat sana. Kantoi!
  8.          Subjek math bagi trial SPM tak pernah lulus since form4 lagi until SPM yang sebenar baru lah dapat result cukup makan. Nasib baik lulus. Aku tak suka math!
  9.           Kenangan pahit masa sukan sekolah. Terjatuh masa starting acara 100m. agaknya sumpah aku menjadi kot sebab aku kena paksa ikut acara tu tapi aku tak nak. Masa kat rumah berabis la menyumpah or berharap jatuh sakit ke apa. Taw2 je jatuh masa starting nak lari. Kesan? Lutut problem and sekarang dah tak boleh nak ikut acara pecut. Insaf dah menyumpah2 diri sendiri. L
  10.           5 tahun menimba ilmu di sekolah yang sama member banyak pengalaman dan pengajaran. Masa sekolah adalah masa yang terbaik dan tak patut di sia2kan begitu saja. Kan? Sebab itu yang menentukan masa depan kemudian. 
credit pic to Cik BemBem

It Is Better To Learn Late Than Never
d

No comments:

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014