Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Wednesday, 8 December 2010

Aku semakin matang bila

View Image


  • Aku dapat bersabar dan bertenang sekiranya apa yang aku hajati tidak tercapai.
  • Aku mampu sembunyikan segala perasaan sedih, kecewa atau tersinggung oleh orang lain ketika aku berada di dalam sesuatu kumpulan atau dengan orang ramai. 
  • Aku tak akan merasa iri hati atau cemburu melihat kejayaan orang lain tetapi turut menumpang gembira atas kejayaan orang tersebut sebab aku tahu aku mampu melakukan seperti dia juga.
  • Aku dapat mengawal perasaan amarah, dendam dan benci aku terhadap orang-orang yang mungkin tidak wajar menerima perasaan karut aku itu.
  • Aku akan dapat menyesuaikan diri dan tidak merasa malu sekiranya aku tidak mampu hidup setaraf dengan kawan-kawan aku yang lain sebab rezeki masing-masaing tidak sama kan.
  • Aku dapat belajar dan menerima kritikan orang lain dengan hati dan fikiran yang terbuka.
  • Aku masih dapat memandang ke hadapaan dengan bersabar apabila menghadapi masalah dan menanggung beban yang berat demi masa depan tanpa perlu rasa bimbang dan ragu.
  • Aku mengaku dengan jujur bahawa aku betul-betul tidak tahu menahu tantang sesuatu perkara.
  • Aku dapat melakukan sesuatu tanpa berlebih-lebihan dan rasa tidak puas hati serta tenang.
  • Aku mendahulukan orang lain dahulu di dalam hidup ku dan kemudian barulah diriku.
  • Aku dapat mengeratkan lagi perhubungan aku dengan sahabat-sahabat aku tanpa mengharapkan tempat yang istimewa di dalam hidup mereka.
  • Dan aku dapat berlaku jujur apabila berkawan dengan lelaki.


Semakin matang apabila mampu menghadapi semua perkara tanpa melakukan tindakan di luar kawalan.

No comments:

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014