Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Wednesday, 8 December 2010

Apabila air mata itu tidak abadi

View Image




Alhamdulillah, akhirnya detik-detik hitam yang mewarnai hidup ini telah beransur pergi dan hilang. Apa yang tinggal kini hanya lah kebahagiaan, ketenangan dan senyuman untuk hari-hari yang akan datang. Setiap orang pasti tidak akan terlepas dari menangisi kehidupan-kehidupan yang di lalui. Semua orang pernah di uji dan tidak ada yang terkecuali. Ada perit, ada yang sukar dan ada yang terlalu banyak halangan dan cabaran tetapi Allah S.W.T itu maha adil. Dia tidak akan memberikan seseuatu yang melebihi dari kemampuan kita untuk menghadapi dugaannya. Dalam kita menghadapi ujian pasti ada jalan keluarnya. Sebagai langkah pertama cuba kita memahami dan hayati pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, “ sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar”. Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal dan jalan keluar itu sentiasa ada. Mana mungkin ada malam yang tiada siang, pagi tanpa petang, banjir yang berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah adil terhadap makhluknya. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci dan tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, kadang-kala kita pasti akan mengalami jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Ayat ini sering kita dengar di mana-mana ‘ setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya’. 

Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah yang tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar. Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah, 

"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4). 

Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan, 

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6) 

Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.

Kenyataan ini bukan lah hanya sekadar omongan atau palsu tapi jangan lah tanya dengan ku bagaimana dan bila. Tetapi bersabar lah dan airmata itu tidak akan kekal abadi, ia pasti akan pergi dan menggantikan dengan 1001 senyuman yang membawa erti kebahagiaan kepada kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

4 comments:

asfz lily said...

xmo2..
xmo nanes yek..

A.D.A.M. said...

Be strong. :D

M y M y said...

asf lily : hehe..dun worry..no more crying..hehe..

adam : hehe..thanks..

A.D.A.M. said...

xde hal punye la. :)hehe

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014