Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Wednesday, 22 December 2010

Day 08

Day 08- short term goal for this month and why.

ini pun task lewat sehari dari tarikh yang telah di tetapkan. terlalu banyak masalah dalam beberapa hari ini.. betul-betul menduga pemikiran aku sebagai seorang pelajar yang sedang pratikal sekarang nie. semoga hari ini semuanya baik-baik saja dan segala urusan kerja akan di permudahkan oleh Dia. 

orite cukup. task kali ni minta, short term goal for this month and why? sesuatu yang aku dah berjaya mencapai  matlamat jangka pendek bagi bulan ini? sejujurnya aku tak tetap matlamat yang tinggi bagi bulan ini sebab ini adalah bulan pertama aku menjalani praktikal di sebuah yayasan tapi cukup lah matlamat tersebut ada bagi mendorong dan menaikkan semangat aku untuk terus maju dan mencapai prestasi yang terbaik semasa menjalani praktikal ini. sudah tentu aku nak prestasi aku sentiasa berada dalam keadaan baik dan meningkat dari masa ke semasa. ok? itu ada lah motivasi bagi diri sendiri setiap hari ya..

matlamat jangka pendek aku ialah sebenarnya untuk semester ni, selama 6 bulan menjalani praktikal, aku berharap semuanya akan mendapat keputusan yang cemerlang, bergantung kepada prestasi dan komitmen yang aku berikan semasa menjalankan tugas.. itu sahaja. keputusan praktikal ini penting bagi aku sebab ini adalah salah satu syarat untuk melayakkan aku menerima sijil diploma apabila aku sudah menamatkan pengajian dalam tempoh setahun lagi. 



kalau matlamat yang lain, aku dah buat rancangan pada hujung minggu nie nak buat marathon movie dengan Mr Nizam sebab dalam bulan ni tak keluar ke mana-mana lagi kan..

> Tangled, Narnia, Tron, Journey Gulliver dalam masa sehari?

ni matlamat nak menghabiskan duit namanya..hehe

2 comments:

Cikgu Fikri said...

4 cerita tu semua aku berlakon..
ko tgk jerk lah nanti..
huhuhhuhu :)

MiSzy DiaN said...

hahahahah...
sengal ko..perasan betol..hahaha

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014