Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Thursday, 23 December 2010

Day 09

Day 09- something you’re proud of in this few days.

Hari ini hari jumaat. Hari ini aku bangun awal. Hari ini aku masuk ofis pun awal. Hari ini balik ke rumah pun awal. Hari ini semuanya awal.. hahaha.. entah apa aku mengarut dah. Hari ini ialah hari aku.. kan? tak kan hari orang lain kot? bagi semangat kat diri sendiri.

yes! yes! dah bley tido awal..

30 Days Challenge! Hari ini ialah hari ke 09 iaitu hari jumaat. Hari di mana aku bangga dengan diri aku sendiri sebab akhirnya aku dah dapat mengatasi penyakit aku setelah sekian lama masalah menhantui diri ku ini. Penyakit apa nie? Sakit apa? Teruk ke? Tak makan ubat? Tak jumpa doktor? banyak soalan ya..

Aku ada masalah nak tidur awal. Paling lewat aku tidur ialah pada jam 4 atau 5. Bila dah nak dekat jam 5 gitu, alang-alang dah bangun terus solat subuh dan mandi awal. Kemudian duduk melangui sorang-sorang tunggu sampai jam 8 pula untuk pergi kerja. Mengantuk? Tak. hehe.. Hebat mata aku kan sebab tak rasa ngantuk tapi nie hah nak bengkak ada lah. 

Bila masalah aku dah sampai kronik sangat macam tu, aku tak pergi mana-mana klinik atau amik ubat cuma aku buat apa yang patut untuk tidur awal. Bukan sehari dua dah berlaku macam nie, sejak dari form3 lagi. Insomnia dah buat aku menderita tetapi menyumbangkan kejayaan dalam pelajaran bila aku tak dapat nak tidur awal, maka aku belajar la.. hehe.. sekurang2 nya, pelajaran aku tak juga terganggu. Cuma kurang tidur, tapi itu dah jadi habit aku.. hehe..

Tapi sekarang ni keadaan dah mula berubah dan penyakit tue dah beransur pulih. Aku dah boleh tidur awal. Bermula dengan jam 11 dan akhirnya jam 9 aku dah boleh tidur awal macam dulu. huhu.. Dan semalam adalah antara hari di mana aku dapat tidur awal tanpa terbangun pada tengah malam macam dulu. Syukur alhamdulillah.. kurang juga bengkak mata aku. tak lah lagi aku tidur lewat.. 


So hari ini, ialah hari aku.. aku nak senyum memanjang jak walaupun masih tak dapat lagi nak berjumpa dengan Mr Nizam .

4 comments:

HaNTwO said...

wowwww jarang pokcik tengok kawan2 pokcik susah tido..jenis yang tido tak bangun2 memang ramai hehehe..

MiSzy DiaN said...

han : hahahahha..tido tak bangun2 tu yang susah taw..hehe bahaya tue..

Cikgu Fikri said...

wah..
dh mula sembuh..
Alhamdulilah...
tahniah :)
hehehehehe...

armouris said...

info tentang kurang tidur di SIHAT SELALU - Kanser Angkara Kurang Tidur

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014