Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Friday, 10 December 2010

Drama mexico yang menjadi pilihan

Siapa dulu suka tengok drama mexico atau latin? mesti korang pernah tengok cerita ni yang pernah famous suatu masa dulu kan? ini antara drama yang aku pernah layan masa aku sekolah rendah lagi. asal je takde sekolah agama, terus on tv jam 2..memang confirm akan layan drama nie sampai habis episod dia biar pun panjang sangat drama nie..hehe..drama Maria Mercedes ni antara drama yang aku tak pernah lepas tangan bila nak tengok sebab pelakon dia, Thalia sangat la lawa kat sini..hehe..

Maria Mercedes

then nie lagi satu penyakit drama yang aku tak pernah miss nak tengok. Aku ingat lagi masa tu aku darjah 4 dan sekolah agama waktu petang. Asal jak dah nak dekat jam 4, aku terus balik ke rumah makcik aku yang berdepan dengan sekolah sebab tak nak ketinggalan cerita nie. Sambil tengok cerita ni sambil tu gak ar layan waktu petang ngan biskut mayat and nescafe susu. Arwah pakcik aku paling suka tengok cerita nie. Dan seterusnya ialah dram-drama lain yang aku layan sangat tapi dah tak brapa ingat dah jalan cerita dia tapi memang best sangat la terutama cerita Rosalinda and La Intrusa sebab watak perempuan tu suara dia serak-serak basah then ada lagi satu cerita yang paling top dulu Betty la Fea. yeahh.. aku pun kaki drama nie gak..

Mis Tress Hermenas

La Usurpadora

Rosalinda

La Intrusa

Yo Soy Bettey la Fea

La Mujer en el Espejo
last cerita mexico yang aku layan ialah drama nie. Apa yang best drama nie ialah sebab pelakon dia hansem and perempuan tu sangat la lawa ++ seksi..hehe..besides, jalan cerita dia nie best gak tapi aku tak tengok habis sebab masa tu aku sekolah menengah pada waktu petang. Jadi bila ponteng kelas je dapat tengok..hehe

p/s : sekarang ni, drama pada waktu petang semuanya dah di dominasi oleh drama dari Indonesia, tak kuasa nak layan sebab mengarut sangat..

6 comments:

miszlullaby said...

La intrusa tu fevret ML.=)

MiSzy DiaN said...

ML : hehehe..ML minat gak cerita mexico nie??hehe..dian suka cerita rosalinda and yg last skali..hehe

~faty~ said...

sume sy tgk.hehe

MiSzy DiaN said...

faty : wahhh suma tgk yerr??hehe..best kan drama mexico nie..hehe

Miza Yusof said...

la intrusa dan rosalinda cerita fevret tu. hehe :) suka tengok :)
dah bertahun kan crita ni :)

MiSzy DiaN said...

miza : la intrusa best sb pelakon ppuan dia kan,suaranya serak2 taw..hehe..

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014