Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Sunday, 12 December 2010

Penyakit lama ku datang balik?

Ini lah saat paling indah dalam hidup ku apabila aku telah di sahkan menghidap penyakit insomnia..arghhh.. mengapakah? Aku tak boleh nak tidur awal macam orang lain, apasal?? Aku jadi macam ni start masuk hostel dulu time form3. Ye ar masa tu kan nak amik PMR, jadi andaian aku bila masuk hostel ni dapat belajar lebih sebab ada member kan, pulak dah dapat sekali penyakit suka tido lewat sebab kadang-kadang study sampai lewat malam, tapi yang lebihnya borak ngan member jak yang panjang. Huahuahua.. apa pun, bersyukur gak result PMR masa tu berbaloi jua.

Tak lama lepas tu SPM lagi. Dan lagi sekali masuk hostel. Yai! Aku ingat masuk hostel kali ni best rupanya tak sebab aku asyik tido je kat dalam kelas, member aku balik-balik merungut.

                “ weh balik hostel ar g tido”
                “ ko wat pa semalam yan, ko study ke”

Ah’ah aku study la weh sampai kat hujung Australia aku mengelamun taw. Study apanya kalau tak dapat nak adapt ngan keadaan kat cni? Tak sampai 3 bulan, aku dah berambus dari hostel tu sehari sebelum burfday aku lagi pun aku malas nak celebrate kat sana..huhu..sekali esoknya pi sekolah..belambak hadiah aku dapat dari dak2 hostel suma..Laaa korang rindu aku yaa sebab aku selalu bising kalau korang lambat turun di surau kan, apa lagi nak gi solat subuh kan? Kan? Kan? Hehehe..aku kan ketua biro Pusat Islam.. sayang korang taw..muahahahahaha.. sengal betol la masa tu, nak lagi bila SPM semakin lama semakin menjelmakan dirinya kat kami semua ni, lagi la aku semangat study subuh2.. selalu abis skolah dalam jam1 terus balik umah then rehat after that study jap 2 jam then tido..bangun confirm nak dekat magrib..lepas je usai solat semua + makan malam + tengok tv? [jarang tgk tv masa tu] masuk tido dah kul 10. Pack sangat ke jadual aku nie? Kul 1 or 2 dah bangun study sorang-sorang.. memang kaw2 punya la kan.. then dapat je result SPM, Alhamdulillah..syukur gak apa yang di target dapat di capai cuma memang sah2 math aku tak kredit. Urghh tak suka ngan math lah..

Sekarang ni dah jadi student IPTA plak. Wahhh lagi la hidup aku bertambah meriah nak lagi bila dah masuk dunia blogging ni..makin hebat kesihatan aku kan.. last semester, gara2 P/B Pemasaran aku tak ckup kredit makanya aku bertungkus lumus study supaya bley subject tu bley pas nanti bukan stakat cukup makan je bila result dah kuar. Bersengkang mata menghafal teori. I Love Teori! Best kan teori dan aku rasa aku lagi sanggup amik paper account ngan math berbanding teori nie. Help me!! Aku nak tidur seperti biasa. Sekarang ni bukan masanya final exam atau ada kuiz..

Boleh bagi tahu cara untuk menghilangkan penyakit nie atau cara2 untuk elak daripada tidur lewat? Kalau macam ni setiap hari makin susut la badan aku taw..
View Image
tapi macam melampau ar plak kan kalau dah jadi kurus macam ni sebab insomnia jak?

No comments:

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014