Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Monday, 20 December 2010

Surat untuk setan yang menganggur


* ehsan gambar dari Mr Google


Kalau sama setan, bahasanya nda perlu lah maw sopan-sopan. Pakai kau –aku jak. [wa-lu ; aku tak taw plak nak guna bahasa macam tu]

Eh setan,

Aku dengar dari Ustaz, katanya sekarang ni banyak daripada kau menganggur? Kenapa? Sudah tiada pekerjaan lagi ka?

Memang kenapa ya dari dulu lagi kau benci betul dengan seluruh umat manusia? Kenapa ya, kau nda suka dengan betul dengan datuk moyang aku dulu? Apalagi lepas Tuhan menjadikan datuk moyang aku sebagai khalifah, pemimpin semua makhluk? Apakah di sebabkan kami ini dijadikan daripada tanah dan kau daripada api? Jadi kalau daripada tanah kenapa? Jadi kalau daripada api kenapa? 

Atau sebenarnya kau cemburu dengan Tuhan, sebab bukan moyang kau, yang namanya Iblis itu yang dipilih? Dasar setan, dengan Tuhan pun mahu melawan kan.

Tapi Ustaz bagi tahu kalau kerja kau tu sangat lah efisyen waktunya. Wah ada pula macam tue ya. Patut pun lepas di laknat Tuhan terus turun untuk menjadi penghuni neraka jahanam, lagi pun kau memang tak mahu tunggu lama-lama kan? Cepat saja kan kau mendoakan datuk dan nenenk moyang aku sehingga mereka turun ke dunia yang tempat aku tinggal sekarang nie.

Aku dengar kau ni konsisten juga kan? Terutama kalau soal menggoda manusia untuk menemani kau ke nereka. Kau mengerah semua manusia yang kau rasa kau boleh goda meraka. Memang kau konsisten betul la, kalau dah namanya di kutuk, memang begitu la kali kan. Konsisten sebab tiada pilihan. Hahahaha..

Eh setan,

Katanya kebanyakan di kalangan kau ni ramai yang menganggur? Betul ka? Kenapa? Kau dah penat? Atau dah cukup jumlah orang yang akan menemani kau di neraka?

Aku baru dapat tahu jawapannya daripada majalah lama, aku tengok info mengenai aktiviti di bulan Ramadhan, ada juga kelab-kelab malam yang di buka kan. Ketika semua orang beribadah, tempat hiburan malam itu tetap dibuka dan melayan nafsu syawat para pengunjungnya .

Nah, kata Ustaz dan ayah aku dulu, kalau bulan Ramadhan ni semua setan di ikat, dah tak boleh nak menggoda manusia. Kalau meraka yang berbuat dosa itu bukan kerja kau yang menggoda meraka, jadi kenapa meraka berbuat dosa? Maknanya mereka sudah sama lah dengan kau? Mereka sudah jadi setan juga lah ya kalau begitu? Casingnya jak yang manusia kan.

Huhu menakutkan. Bererti, setan yang ber-casing manusia itu ada di mana-mana jak lah kan? Ada duit tapi masih bankrupt. Ada isteri tapi masih bermain kayu tiga. Mungkin juga mukanya baik tapi hatinya tidak? Atau yang lebih parah lagi, hatinya tidak baik ditambah lagi dengan mukanya yang memang tidak baik?

Jadi, mungkin kumpulan manusia sekarang ni yang dulunya pernah membantai saudara aku di jalur Gaza itu daripada bangsa kau juga kan? Mereka sudah tiada keperimanusiaan lansung dan bersikap macam setan. Mungkin itu teman-teman kau kali kan yang menyamar jadi manusia. Memang nda sedar diri tu orang-orang jahat.
Aku faham dah sekarang kenapa banyak setan macam kau menganggur. Biar pun tidak menggoda manusia tapi banyak sudah manusia yang jadi setan. Kalau di dunia manusia, pengangguran itu merugikan. Nah apalagi kalau di dunia kau setan, kalau banyak setan menganggur sebab dah tiada pekerjaan selain  menggoda manusia, kau nda rugi kan?

Setan, aku tak nak kau menganggur.

Aku memohon sama Tuhan, bahawa kau harus bekerja kuat untuk menggoda teman-teman aku yang selalu memohon pelindungan-Nya, berusaha untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Aku yakin kau pasti tidak akan senang kalau melihat teman-teman aku banyak bersedekah. Mereka bukan saja bersedekah tapi turut menunaikan zakat yang wajib. Aku pasti, kau mesti kepenatan menggoda manusia-manusia kampung yang miskin tapi menabung duit demi duit untuk pergi ke rumah-Nya kan.

Sorry ya, aku tak mahu jadi teman kau di neraka. Aku tak mahu adik-beradik dan keluarga aku jadi ikutan kau juga. .. dan satu lagi kau mesti ingat, kau kena bekerja keras dan lebih masa untuk menggoda teman-teman aku yang di sayangi-Nya.

Selamat berjuang! Semoga kita tidak akan bertemu di akhirat kelak.

Yang pasti, selamat dengan kepastian kau tetap akan masuk neraka. Kesian deyhh..



p/s : sebagai peringatan pada diri ini juga. J

6 comments:

Cikgu Fikri said...

err...
surat ni ko nak pos pakai pos laju ker atau pos biasa jerk?
setem braper sen ae?
hehehehh..
ko wat sendiri ker surat ni?
anyway, mmg cemerlang :)

MiSzy DiaN said...

cikgufiQ : ko asyik cakap aku cemerlang jerr..tq laa.. hehehe..

surat ni kalau bley aku tak nak pos..biar dia baca sendri..hahahaha..nati kalau pos, sesat lak surat ni kat sistem pos malaysia sb tlalu hebat kan setem dia..
free duty.. hua3..

idea td pagi..adoi..line internet t ofis ni wat hal laa..tu aku wat surat tu..haha

Cikgu Fikri said...

Miss Dian..
aku mmg suka ckp org cemerlang..
hehehe..
wah,mmg berat lah sistem pos Mlaaysia nanti :)

MiSzy DiaN said...

fiQ : hahaha.. ya ka?? wahh byk laa pahala ko nati kan..hehehe..

mmg berat la sistem pos malaysia nati..silap2 nda berjalan dgn lancar..hua3.. cabulnya mulut..

fuhhhhh..fuhhh hrap nda la jdi gtu..ehhehe

^mISz MatAHarIEy^ said...

hehehe.. suker2..

MiSzy DiaN said...

misz : suka pula dia??hehehe

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014