Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Wednesday, 26 January 2011

KENAPA SUKA BUAT MAKSIAT DALAM TANDAS?

Quick entry..
maaf sebab dah lama tak update blog ini.. hehe.. siapa yang cantik dan hensem tue angkat tangan cepat.. hah! kamu yang dah mula perasan hensem lagi cantik dan lawa, tolong gantikan aku buat Final Year account..  baru lah aku dapat blogging macam besa.. hihi..

enjoy dis quick entry..
eh..lupa plak something..
saya kirim salam sayang + rindu sama kamu semua..
dan juga Happy Birthday to cikgu comey ini..



Cikgu Jan sedang mengajar subjek Bahasa Melayu dalam kelas tingkatan 5, beliau meminta pelajarnya memberi pendapat masing-masing tentang tajuk " Mengapa Remaja Selalu Melakukan Maksiat di Dalam Tandas Awam"

Wani : Pada pendapat saya remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas awam terdiri daripada golongan yang tidak berkemampuan menyewa hotel.

Ali: Saya tidak bersetuju!! Sebab ada di kalangan mereka yang berkemampuan pun masih membuat maksiat di tempat sebegitu.

Wawa: Mengikut firasat tok guru saya...Mereka ini kelam kabut atau dikategorikan sebagai tak tahan hingga tidak sempat mencari hotel ataupun tempat yang lebih sesuai dan yang paling penting mereka ini cetek tentang pengetahuan agama cikgu!

Mat: Saya bangkang sama sekali cikgu bahawa remaja itu cetek tentang pengetahuan agama..

Wawa: Kenapa?? Bukankah mereka yang sanggup melakukan perbuatan sekeji itu cetek tentang agama ataupun tidak tahu menghayatinya.

Cikgu Jan: Kenapa kamu tidak setuju dengan pendapat Wawa tadi?

Mat: Sebenarnya mereka sangat arif tentang agama. Sebab mereka tahu malaikat tidak masuk tandas dan jika mereka melakukan maksiat dalam tandas malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan


pic ehsan Mr Google




p/s : jangan lah buat maksiat walau di mana jua anda berada.. 

CREDIT TO : SINI




selamat berblogging

Thursday, 20 January 2011

Day 20

Day 20- someone you see yourself marrying/being with in future.


nak tersedak aku bila tengok task kali nie taw.. fuhhhh.. tarik nafas panjang2 then hembus.. cool dian.. chill babe.. hihi.. nervous ke?? someone you see yourself marrying/being with in future.. kenapa dia bagi task macam nie? kenapa? kenapa?


dulu masa tengah hot couple dengan Mr Angkuh sibok lah cakap pasal kawen padahal belajar tak habis lagi pun..hehe.. mulut nie kan gatal nak cakap benda macam tue.. dah terlajak cakap maka di teruskan lah jua sesi merancang masa depan kononnya.. hihi.. alih-alih dah putus jadi kawan jak.. eh? kami masih macam dulu juga biarpun dah clash ok.. masing-masing dah sepakat untuk berpisah and jadi kawan sebab nak tumpukan perhatian lebih kat study.. tapi itu tak bermaksud study aku dengan dia terganggu.. everything is under control.. hehe..


ya, satu masa dulu aku pernah terfikir nak kahwin ngan dia.. hehe.. jangan gelak2 kat sana, sepak kang..hihi.. besalah tue, pemikiran tak update lagi padahal sengaja fikir macam tue..hehe.. dalam tempoh setahun yang lalu, macam-macam perkara dah terjadi.. selalu temankan dia pergi training kat dewan untuk main badminton , susah senang kami selalu bersama-sama.. ayat aku tak jiwang ok.. bila dia ada masalah, kena lah tolong kan, macam tue gak ngan aku.. dalam erti kata lain, we need each other..


ada orang cakap yang kami terlalu serius sangat sampaikan nak juga mengada-ngada bawa balik ke rumah jumpa parents. setiap orang ada pandangan tersendiri tapi apa salahnya kan kalau nak kenalkan bf/gf kat parents.. instead, lebih bagus sebab dah dapat restu awal cuma sampai mana kesudahan hubungan tue bergantung pada diri masing-masing.. 

da great Mr Angkuh sibling's

dia bawa aku balik ke Labuan untuk berjumpa dengan parents dia and so far so good.. aku pun dah banyak kali balik kat sana.. hehe.. and lagi satu, aku panggil parents dia Mama + Ayah.. hihi.. suka hati aku jak kan, tapi mama dia juga yang suruh.. family dia boleh terima aku, begitu juga dengan adik beradik dia.. now bila dah clash macam mana hubungan aku dengan keluarga dia?still ok.. ayah memang dah taw kami berdua cuma kawan and ayah ada tinggalkan pesan kat aku..


jaga diri baik-baik.. jaga abang baik-baik juga.. ayah tak marah kamu berdua.. yang penting, belajar dulu agar ayah dapat tumpang gembira dengan kamu. kalau ada jodoh, tak kan ke mana.. ayah masih terima kamu macam anak ayah..aku nak nangis dah bila ayah cakap macam tu taw..


time kakak kawen.. 1st time dia jumpa dengan family besar aku

parents aku pula? hermm.. dah banyak kali dia pergi rumah aku.. semua family aku kenal dia termasuk pakcik makcik and nenek aku sebab aku pernah bawa dia balik kampung.. semua bagi restu and suruh belajar baik-baik..sampai ada yang cakap, lepas habis belajar ni boleh lah kawin kan..hihi


tak kesah apa orang nak cakap pasal kami.. cakap lah.. yang penting aku cuma nak berkawan dengan dia baik-baik dan jaga hubungan nie.. kalau ada jodoh tak kan ke mana juga kan? hehe..ye tak? aku pun tak fikir banyak sangat pasal hal nie..


teringat dulu pernah gatal mulut nak cakap macam nie..

" yang, nanti nak kahwin kat mana? Labuan ke KK? kah kudat?"
" kahwin jak dekat pejabat tok kadi terus, senang cerita "




ceyhh apa punya jawapan lah dia bagi kat aku..asa macam nak bagi dia penampar kejap.. hehe..yang terlatest sekali, dia sanggup bayarkan lesen memandu untuk aku supaya aku senang nak pergi kuliah nanti huhuhu.. daddy aku pula cakap macam nie kat dia..

" tak payah bayar lah kan balik duit lesen tue.. kira macam deposit lah k"

haish!! tak tentu lagi jodoh kami macam mana dy.. hehe.. tapi aku memang pernah terfikir nak kawen ngan dia lah..hihi.. aku suka orang yang tinggi lampai macam dia, aktif sukan, humble, and caring..
korang yang tengah hot couple tue, jaga baik2 ya bf/gf korang.. hehe.. semoga hubungan korang berpanjangan.. nanti kawen jemput aku kat blog nie ok.. hehe.. rasanya jodoh kami dua berpanjangan tak?? hihi..


p/s : sometimes rasa rindu pula dengan kenangan lalu..


selamat berblogging






Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Segmen : Apa Dalam Backpack/Handbag

The Garang

hahahaha..
special entry sebab teda gambar
nie pun dah kena marah oleh tuan asal dia kat fb..



ok quick entry yeah..
aku selalu bawa satu
handbag Polo kaler coklet..
pi mana2 jak mesti bawa handbag nie
sebab napa?

1. IC
tapi sekarang aku pakai ic kertas jak sebab dah wat baru.. bulan depan baru dapat

2. Kad Matrik
bley ganti ic and supaya senang dapat diskaun kalu tgk wyg

3. Handphone Nokia X3
ada nombor telefon Mr Angkuh ^.^

4. Tisu
wajib ada sebab aku jenis cepat berpeluh

5. lipgloss/lipbalm
lips aku selalu kering and futhermore..
pengganti make up.. hihi..

6.Wallet
RM! RM! RM!

siap!!
ok?
nak join?
click SINI

tapi dah tutup pun..
^.^

Wednesday, 19 January 2011

Saya Pelajar Politeknik Kota Kinabalu

akhirnya ada juga segmen untuk pelajar Politeknik.. hehe.. aku ingat Sahabat Blogger dah tak nak buat segmen untuk kami sebagai pelajar politeknik..hihi.. eh ada ke budak poli kat sini? sepanjang aku berblogging belum pernah lagi aku jumpa blogger yang belajar kat politeknik.. terutama follower aku.. aku check ok di mana mereka semua belajar sebab majoriti blogger yang follow aku adalah student.. follower ku sekalian, terima kasih ya sebeb sudi juga menjenguk blog aku.. ok chop! intro dah cukup panjang ^.^


sekarang aku belajar dekat Politeknik Kota Kinabalu, Land of The Below Wind! dan ambil jurusan Diploma Pengajian Perniagaan Pengurusan.. dah mata duitan kan, of course la amik jurusan macam nie..hehe.. eh aku tak minat sebenarnya nak jadi bisneswomen ni sebab kos aku nie lebih kepada pengurusan sebenarnya tapi aku ambil jak kos ni sebab aku dah rancang, lepas tamat diploma nie aku nak sambung kat maktab perguruan nanti.. hehe.. harapnya berjaya lah.. aku nak jadi cikgu comel yang mengajar subjek Perdagangan nanti .


bila masuk sini? 7hb Julai 2009 iaitu batch Julai09.. antara banyak-banyak batch, aku rasa batch kami lah yang setakat nie paling terbaik terutama semasa Majlis Suai Kenal a.k.a MSK Julai 2009.. masa nie kan, penghulu kami sangat lah hensem lagi cool hihi.. tapi sayangnya dia bukan satu kos ngan aku.. dia budak mekanikal and best student untuk Jabatan Mekanikal.. 


SEMESTER 1

batch kami adalah yang terakhir sekali merasa bangunan yang ada kat belakang gambar di bawah nie.. bangunan tu dah retak sebenarnya dan ia terbahagi kepada 2 bangunan tetapi kami hanya menggunakan satu bangunan sahaja.. macam lecturer aku cakap, kami lah orang yang paling berani mati sekali sebab bangunan dah nak runtuh pun masih belajar dekat sana.. oh ya, nama bangunan ni pula ialah Jabatan Perdagangan.. bukan nak berdagang orang ok ^.^

and yes.. dekat sini juga lah aku berkenalan dengan Mr Angkuh



SEMESTER 2

semester 2 bermulanya hidup yang agak sukar bila aku tak dapat kamsis padahal memang tak nak mohon pun..hehe.. kami belajar secara merempat dan menagih belas ehsan dari mana-mana jabatan yang lain sebab bangunan kami dah takda, maka terpaksa lah menumpang di jabatan lain. aku paling suka kalau menumpang dekat Jabatan Kejuruteraan Awam sebab ada kelas Mr Angkuh kat sana kan.. hihi.. ingat best ke belajar secara pindah randah? kena kejar masa sebab terpaksa beralih dari jabatan nie ke jabatan nie pula.. huhu..
terseksanya tapi demi pelajaran, kami gagahkan jua diri ini.. ^.^



SEMESTER 3

dah semester 3 rupanya.. dah jadi senior pun..hehe boleh berlagak kejap..  masih lagi mengamalkan kelas secara pindah randah.. aku rasa dalam banyak-banyak kelas, kelas kami jak yang dah pernah rasa semua jabatan daripada Jabatan Mekanikal, Jabatan Awam, Jabatan Elektrik dan Jabatan Hospitaliti.. aku dah hafal sangat selok belok kat semua jabatan sini.. kenangan manis? saat pindah randah tue lah kenangan paling manis sekali sebab kami bersusah payah semata-mata untuk belajar hehe.. kenangan pahit pula? last semester kot aku rasa.. semester 2 aku banyak main sangat dalam kelas dan semester 3 lah aku paling malas tapi boleh pula pointer aku meningkat dengan lebih bagus daripada semester yang sebelumnya.. hihi..


sekarang? aku semester 4..
tengah praktikal.. hehe.. lagi setahun lebih kot baru abis belajar..
wahhh lama lagi tue..
cepat lah masa berlalu..hehe..
blogger politeknik sekalian..
salam perkenalan ya..

selamat berblogging



budak politeknik semua..selamat memulakan kuliah ^.^

Day 19

Day 19- nickname you have; why do you have them?

nick name? nama timangan? apa itu? hihi wat tak tahu pula ya.. aku nak cerita kan secara ringkas jak ya.. aku tak ada banyak nama timangan cuma ada dua jak.. eh banyak ke tue? dua jak la..hehe..

sebelum tue, nama penuh aku ialah Dian Munira Binti Saidie

yang pertama sekali DYAN @ YAN
nie member baik dan rapat aku jak yang panggil aku macam nie.. usually kawan2 aku panggil aku dian.. tapi mereka yang sangat lah sengal lagi baik hati.. akan panggil aku Yan sahaja and if dorg text aku atau anta post untuk aku kat FB, mostly dorang akan guna nama DYAN.. not DIAN.. hehe..ada beza kan? adalah waaa..

yang kedua and last DIAN
tu jak pun.. hehe.. nama penuh and glomour aku.. hua3.. nak kena tampar laju2 nie taw..mostly..semua kawan2 aku panggil aku dengan nama nie.. nak sign lagi?? meh sini..hehe..




tapi kan.. masa aku kat sekolah dulu sampai sekarang, macam-macam nama aku dapat taw.. nak aku senaraikan?




munira - hah! ada sorang cikgu jak yang panggil nama kedua aku..yg len teda..


dian sastrowardoyo - nie dari aku sekolah rendah sampai sekolah menengah nama nie memang melekat kat aku.. muka aku nie ada macam pelakon cantik tue ke? dia cantik, aku nie comel.. haha..



lilin - nie pula maksud nama aku iaitu DIAN.. memang ada yang panggil macam nie arr..


along - along! along! along! lari.. dushh..tampar mereka semua sebab suka sangat panggil aku  macam tue, taw lah aku nie bendahari since form1 sampai form5.. 


budak kecik - konon dulunya ada abg angkat lah kat sekolah..dah jadi trend pun mesti ada abg + kakak angkat , kalau boleh angkat terus semuanya..hihi.. ada senior aku panggil aku budak kecik dulu.


budak comel - ini memang tak boleh di nafikan lansung..hehe..


doremon - dulu ada senior nie, dia panggil aku doremon sebab mulut aku ni hah tak pandai berhenti nak bercakap.. aku ingat lagi nama senior tu.. taqiuddin.. hihi


adik - nie aku rasa nak kena sepak jap ngan aku sebab panggil aku adik, padahal aku senior korang lah.. ok! maybe sebab saiz badan aku kecik kan.. boleh di maafkan.. hehe


manis - eh ni sepa pula panggil macam nie kat aku?? hehe..ada member sekolah rendah panggil aku macam nie.. hehe


ayang - tue Mr Nizam jak panggil aku bila kami dah kahwin..hahaha.. gatal! kami guna kau + aku jak 


aque lady - nie nama friendster aku lah.. hehe


cik munira - nie pula nama FB aku..sila cari cepat..tapi jangan add :)


kau/ko/weh/- hah yang seangkatan dengannya..hehe..


miszydian - nama aku di blog.. hehe..


kesimpulannya..
panggil aku dian dah cukup lah ok..hehe..


selamat berblogging








kamu ingat kah cerita ini? part 2

sambungan daripada part 1 .. bingung apa maksud di sebalik entry ini? aku sahaja nak mengungkit kisah lalu yang dah lama terperam kat dalam blog friendster yang telah ditinggalkan suatu ketika dulu.. entry kat dalam blog tu panjang sangat so aku bagi dia secara part part lah ok.. panjang sangat? baca jak lah..dah korang singgah sini kan.. hihih..

part 2 -


awal bulan febuari aku masuk asrama..time nie..aku lagi laa gila2..adoi..dulu aku begitu jarang tido dalam kelas tapi sekarang makin menjadi2 bhaa..apa lagi wat kes..sampai terjun bangunan asrama gara2 lewat pi prep..dirah taw ni story..haha..lawak..last2 aku kuar hostel..nda bebas..hehe…akhirnya…aku menjadi kaki lepak…hehe…tiap2 minggu,,comfirm turun kk…tapi sue jarang sket arr menghabis kan masa dengan kami coz dia bz kadet polis dia..tapi law kat skola memang kami melekat jak bertiga..hahaha…kami la bha paling trip turun kk..cukup2 tambang jak..haha..sampai orang d eatons pun cam waa muka kami…adeyhh..sandi nie..dan kami laa jua kaki tengok wayang…kalu bukan ari rabu,jumaat..tapi kami kesah apa..tatap harga tiket RM5..haha..baju skola kan..watever..people will say..mind ur bussiness..yang aku masih ingat..lam bulan jun tue,,4 kali waa tgk wayang..tiap2 minggu..adeyhh..nda sedar nie..skali tgk tiket baru prasan tarikh dia..hahaa..itu laa kami..law bukan cp,aku dan imah melepak di wisma kebudayaan tengok dak teknik..haha…nada keja laen bha suda..haha..

gmbr time form5.. jgn tnya kenapa aku pandang ke ats ok!

kadang aku jadi bosan p skola jadi aku decided ponteng skola..tapi blaja di library kk..wehh blaja tetap utama bg aku bia pun malas sket arr…memandangkan kami bertiga duduk sebaris..kami penah plan.,,.ari isnin..kami bertiga datang skola..ari selasa..sue cuti..ari rabu turn aku plak dan ari khamis plak imah cuti dan ari jumaat..comfirm kami bertiga nda datang..hahaha..gilak,..idea sapa tu hah!!..tapi muka aku dan imah laa paling kerap cuti a.k.a ponteng..dah tue..law aku tak datang,confirm imah teda..law imah teda.aku plak teda..let say..kami sehati sejiwa…sampaikan teacher asiah penah kata kat sue..’dian,amek buku’..tapi aku nda datang kan jadi sue yang mewakilkan aku..’teda dia teacher’..then teacher panggil imah..’imah,amek buku’..sue pun trus terdiam..sebab blurr netaw pa maw cakap..dengan selamba dia kata..’imah pun nda datang teacher’..hahahahaha..tergelak bha satu kelas..hahaha…bingung trus teacher..’ai nie dua berkomplot ka nda datang..nda ble laa law sorang nada…nda idup kali’..haha…sengeh2 jak sue..padahal ari tu…aku pun netaw imah nda datang skola sebab dia ada hal.,.aku plak sakit..taw2 jadi kebetulan kami nda datang…hahaha…besok nya..kami bertiga ada daa…free jak teacher asiah perli..’ai ada suda kamu dua datang..napa nda ble idup ka kalu teda dian?’..hehe..aku cuma mampu tersengeh macam kerang busuk..teacher..kami sehati sejiwa..tue laaaaa…hehe…

kasut aku wana itam..
comel kan.. siap ada pelekat lagi kat hujung tue..
aku bukan pengawas tapi aku suka pakai kasut wana itam..

masa sekolah dulu, aku selalu lepak kat bandar dengan member.. dengan hanya berbekalkan RM1 untuk tambang pulang alik sahaja.. hehe.. tapi kami tak gaduh, kami tak merokok, kami tak berdating, kami tak buat benda tak senonoh.. kami hanya suka tengok lelaki yang hensem2 sahaja.. cuci2 mata.. hehe


lagi satu.. kami pantang masuk kedai yang ada jual banyak teddy bear.. kalau tak, akan jadi macam nie..
^.^

ok done!
part 3 bakal menyusul pula tentang lesbian..

selamat berblogging


Jom balik semua

yai! 
quick entry..
lepas nie blogwalking sementara menunggu jam 5..

JOM BALIK RUMAH!!
jom..jom..
aku rasa tak sedap badan ari nie..
macam tak sihat

ok sekarang,
kemas semua barang dulu then baru BW..
oh masa..
cepat lah engkau berlalu..
aku nak balik berehat..
nak demam dah..

korang yang berminat nak gegarkan blog
boleh click kat 

bha!
mole nah kitai dulu hihi
Bye Bye



selamat berblogging

Tuesday, 18 January 2011

Segmen : JOM GEGAR BLOG!

BEN ASHAARI

HoHohoho..
lompat tinggi-tinggi cepat sebab kita nak gegar kan dunia blog nie..

aku tak tahu apa motif Encik Encik Ben kali ini..
adakah dia akan buat ala-ala treasure hunt kat blog blog macam sebelum nie?
tunggu!!
cepat buat tiket sendiri kat 

Sakit Oh Sakit

balik-balik pandang jam.. kenapa masa lambat sangat nak berlalu. cepat lah wahai masa bergerak lah hingga ke jam 5 petang, aku nak balik.. hari nie tak berapa sihat sangat.. balik-balik pergi tandas sampai boss aku pun heran tengok lalu depan bilik dia pergi ke tandas.. huhu.. nak buat macam mana lagi? badan pun sejuk semacam jak.. aircond pun aku dah off kan. nasib kat ofis nie ada 3 aircond kalau ada 5 atau 10? hah! beku tak? daripada semalam lagi rasa tak selesa nie, maybe aku keracunan makanan kot tapi aku makan bread jak pun.. huhu..


nak balik cepat.. memang rasa tak selesa lansung.. nak update blog pun rasa terganggu.. apa lagi nak blogwalking.. huhu.. dah lah sejuk semacam.. sweater pula lupa nak bawa.. apa kah nasib hari ini? huhu..

jaga diri dan kesihatan baik-baik ya
selamat berblogging 

Day 18

Day 18- plans/dream/goals you have.

yeah! aku meneruskan lagi cabaran nie walaupun aku dah terlewat beberapa entry tapi takpa.. perjuangan mesti diteruskan hehe.. rancangan, impian dan kejayaan yang aku ada sekarang.. kejayaan? apakah yang telah aku kecapi selama ini.




Plans

 nak tamatkan praktikal dengan segera
 dapatkan lesen memandu sebelum bermulanya semester 5
 balik Labuan
 tamatkan pengajian dalam tempoh setahun lagi
 sambung degree
 nak bertunang sebelum sambung degree?
 jumpa Mr Angkuh pada hari jumaat ini ! Penting!




Dream
 dapatkan Diploma dan Degree
 lesen memandu!
 nak kahwin dengan Mr Angkuh boleh tak?
 pergi Italy


Goals
 pointer meningkat last semester.. syukur alhamdulillah
 follower pun dah makin bertambah
 dah boleh tido awal.. hihi


p/s : hari ini tak berapa sihat jadi entry pun macam kurang jak :(

khabar baik atau khabar buruk?

baru tadi dapat call dari Mr Angkuh .. rupanya dia khabarkan berita tidak baik..

Mr Angkuh : assalamualaikum.. buat apa tue? *dengan slanga semenanjung
Me : waalaikumsalam.. takda apa pun.. * tergelak dengar dia cakap mcm tue..
Mr Angkuh : sibuk ke? * masih dengan slanga semenanjung
Me : jangan lah cakap macam tue.. bidanya.. * dua2 ketawa..
Mr Angkuh : ada berita buruk nie.. * dah ilang pun ketawa..nada serius
Me : apa dia? * dah mula berdebar2 nie..
Mr Angkuh : minggu depan kena pergi semenanjung.. 
Me : hah? apa? buat? 
Mr Angkuh : ada MSP nanti..
Me : bila jalan? *dah mula sedih..
Mr Angkuh : 28hb nie sampai 5 atau 6 hb gitu..
Me : *terdiam kejap.. dah bagi tahu ayah?
Mr Angkuh : sudah.. ayah suruh balik dulu..
Me : bila balik?
Mr Angkuh : minggu nie..

dushhhh* kenapa minggu nie??huhu

Mr Angkuh : nda cukup barang nie sekarang..tu lah maw balik nie..
Me : amik apa nanti?
Mr Angkuh : single jak. macam dulu.. kalau double nda boleh..
Me : oouh.. k.. * dah mula tiada mood
Mr Angkuh : jadi ketua pasukan nie.. *terdengar nada dia ceria
Me : oh ya? tahniah la.. * mula happy balik..
Mr Angkuh : ok lah.. maw pi dewan nie.. ada friendly match lagi..
Me : ok gud luck ya.. nanti balik dari dewan call balik?
Mr Angkuh : ya sayang.. k..take care..salam..

end of call..

perasaan? tak tahu nak cakap apa.. tetiba hilang mood.. happy pun ada sebab dia nak pergi MSP kan tapi entah lah.. maybe aku patut jumpa dia dulu before dia jalan.. 

Mr Angkuh kena panggil oleh Sir Yaacub untuk mewakili PKK ke MSP.. apa tue MSP? Majlis Sukan Politeknik. Tuan rumah kali ini adalah Melaka..last semester Mr Angkuh dah berjaya mengharumkan nama PKK walaupun hanya dapat tempat kedua tapi itu adalah pencapaian terbaik PKK dan yang penting PKK dah jadi johan keseluruhan semasa MSP yang lalu.. 

oh dia ikut apa? jadi ketua pasukan untuk apa? 

dia ialah pemain badminton.. of course lah dia jadi ketua pasukan badminton. sebelum nie dia pernah mewakili Labuan ke Brunei untuk BIMP-EAGA ship iaitu tournament badminton di peringkat kebangsaan kot tak silap.. Im proud with you Mr Angkuh.. 

* aku suka kalau dia buat macam nie and jumping.


* ada pic Mr Angkuh kat poster nie..
nampak tak?

semoga kali ini awak akan membawa pula kemenangan seperti dulu ya..  and yes.. harap dengan kemenangan awak nanti akan buat ayah bangga dengan awak..

team badminton PKK


p/ s : sebelum awak jalan.. nak jumpa dulu boleh tak? 

Monday, 17 January 2011

kamu ingat kah cerita ini? part 1

semalam aku ada cerita pasal friendster dan aku dapat recover balik page tue.. hihi.. bila tengok balik semua tue kan, tetiba baru aku perasan aku pernah buat blog pula kat fs aku nie.. blog tue cikai jak jadi sekarang aku nak share apa yang aku pernah tulis kat blog lama tue.. hehe.. korang kalau baca jangan muntah pula yaa.. dok diam2 jak..tengok macam mana budak lepasan SPM mula menulis blog yang hanya mengandungi perasaan tak tahu malu..

rupa blog aku..hehe..hitam legam dengan kaler oren comel

aku copy paste jak balik semua entry aku nie tapi ada part-part laa..hehe..sb ada satu entry tu aku mengomel panjang sangat.. aku baca balik pun jadi terkejut sebab tak sangka dulu aku boleh menulis sampai begitu sekali..hahaha..ehh lupa plak, yang aku buat part part nie tak ikut urutan erk sebab ada banyak part pula kat entry lama tu, aku just copy mana yang best2 jak sebab buat aku teringat kembali kisah lama...

part 1 -

astaga..meleret bhha suda story nie..cita sal laen pula..dalam kelas..aku dan imah suka btol cuci mata..hahah..adaka org hansem d skola nie?suda la botak..haha..ada..MOHD FAZRUL IZWAN..siapa dia?budak kelas sebelah..merangkap kepada secret admire aku..hahahaha..apa yang best sal dia..aisehh..aku memang cair law tengok mata dia..hahahaha..pantang aku jumpa..comfirm..tersenyum lebar aku..dari teda mood p ada mood bhaa…hahaha…imah dan sue taw yang aku admire kat dia..of coz laa law fazrul lalu depan kelas dorang dua akan bagi signal kat aku..yang fazrul datang..hehe..aku pun apa lg..tersenyum laaa kat fazrul and dia pun akan balas..hahaha..matai..tersengeh2 suda aku time blaja…hahaha..akhirnya…sekian lama kami b’balas2 senyuman,..hahaha..mengarut ni..tp betul arr..aku tak datang skola aritu..besoknya sue bgtaw yang fazrul cari aku..dia minta num aku..aisehhhh..aku laa insan paling bahagia…terima kasih sahabat ku imah dan sue.korang memang memahami aku..hehe..maka bermula laa episode perkenalan kami..hehe..sehingga laa raya tahun lalu di sekolah paling bermakna bagi aku dan fazrul..kami celebrate sama2 raya di skola..hehe..best gilerrr….the best thing in my life..atas bantuan kawan baik aku..hehe..


ini lah orang yang aku pernah admire dulu..hehe..
rasanya aku pernah buat entry pasal dia kat sini..
sampai sekarang aku masih boleh teringat senyuman dia taw..hehe..
jangan cakap aku gatal ya..
aku ketuk kepala korang nanti..
dia nie suka senyum..senyum jak kerja dia..

tunggu part 2 pula..

selamat berblogging
^.^

Day 16

Day 17- someone you would want to switch lives with for one day and why?


BEN ASHAARI

i want to switch lives with Ben Ashaari for one day.. hihi..boleh kah tue? blog picisan yang sekadar bermain di pinggiran dan mempunyai trafik tinggi setiap hari.. dengan 10 atau 20 entry untuk sehari.. wooahh aku pun tak boleh buat macam tue taw.. ehh silap..bukan tak boleh, semua orang boleh buat macam tue atas inisiatif sendiri kan..kalau nak majukan blog sendiri boleh lah minta pendapat dari mana-mana blogger yang yang telah lama berkecimpung dalam dunia blog. mereka tak kan tolak permintaan korang.. macam Ben Ashaari  nie, dia pernah di datangi oleh seorang blogger yang meminta pertolongan darinya macam mana nak popular kan blog dia, maka dia pun dengan senang hati memberi pertolongan yang bukan berupa duit tapi pelbagai tips dan sekarang blogger tue dah berjaya pun dan di kenali tapi dia tak tegur pun dengan orang yang telah memberi pertolongan kat dia.. wahhh tapi Ben Ashaari nie tak kisah pun.. kan? hehe.. tak percaya? pergi kat sini.

kalau aku jadi Ben Ashaari yang bekerja sambil blogging dengan promote blog-blog baru dengan pelbagai header, contest, and yang paling popular ialah hasil kerja segmen dia macam ini atau yang ini dan ini, apa lah yang ada kat blog dia nie sampai kan aku sanggup nak jadi macam dia untuk sehari jak? dia ada takda magic pun tapi dia menghargai para blogger yang lain dan yang penting dia tak mampu untuk tiru gaya blogger macam ini atau pun dia sibuk nak buat gaya peace yang tak menjadi sebab dia jatuh cinta dengan blogger ini. ayat aku dah mula mengarut sebab tak sabar nak jadi Ben Ashaari hihi.. oh nak kena lempang nie.. tiada istilah double standard bagi dia sebab dia bukan ego malah dia juga ialah seorang penyanyi yang baik hati bagi tips untuk para perempuan yang ingin tackle lelaki.. oh dia juga boleh jadi ahli pakar yang teror untuk mengorat awek yang mampu wat dia ternganga..

kisah hidup dia sebagai blogger yang tak pernah kering idea dan sentiasa ketawa mengingatkan dia agar selalu berpijak di bumi yang nyata dan buat aku rasa macam nak jak change life dengan dia untuk sehari.. agak2 boleh tak? 

kalau tak pun.. tak payah lah.. sebab aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.. buat apa nak jadi macam orang lain kan.. lebih baik jadi diri sendiri.. tapi dia still jadi super hero ku.. hehehe..

selamat berblogging semua

Sunday, 16 January 2011

kembali ke zaman kegemilangan Friendster


friendster dah berwajah baru..hehe.. dah lama aku tinggalkan page nie tetiba ari nie tergerak ati aku nak jenguk balik profile aku semasa zaman kegemilangannya pada tahun ntah berapa.. fuyooo..banyak kali aku try masuk sebab aku dah lupa email and password aku.. hahaha.. sengal betol, kan dah bertahun aku tinggalkan benda nie.. nie aku masuk balik FS pun guna profile Mr Angkuh.. sorry lah Mr Angkuh, pinjam jap email ya nak buka balik FS saya.. hihi ^.^


tue muka profile lama aku.. eh takda background la kat belakang dia.. masa guna fs nie nama pun letak sembarangan jak.. bukan nak guna nama betol2 pun.. hehe..

aQue♥LaDy l[Y]ra jyQa♥

cantik kan nama fs aku.. hahaha ntah dari mana lah aku dapat nama nie taw.. kebanyakan yang guna fs nie semuanya suka guna nama yang pelik2 lagi kreatif.. pastu add orang suka hati sebab nak ramai kan FRIENDS kat sana.. arghh aku ada 1189 friends lah.. wahh hebat gak aku padahal aku tak kenal pun semuanya.. add mana yang cantik! comel! cute! hensem! hahaha.. apa kah motif add orang macam tue? tue zaman muda2 yaa.. semua orang berlumba nak cantikkan background FS masing2.. letak widget cool dan macam-macam.. rindu tak?? hehehe..


kali terakhir aku login kat FS nie pada 23 Januari 2010..dulu aku penag on9 nie benda sampai subuh..kemaruk sangat lah tue.. hah aku tengah post something nak bagi tahu yang aku dah berhijrah ke Facebook.. hehe.. masuk jak FB, aku dah guna real name sebab senang nak cari member skolah..hehehe.. now.. here i come friendster..


nie profile Mr Angkuh saya.. ayat dah bertukar jadi saya dahh..hehe..
tengok dia punya friends kat sana..ada 194 jak berbanding aku yang dah beribu raban.. aiyakk!! ada gambar lama aku pula kat sana.. jap lagi nak cilok balik semua gambar2 tue sebab sayangkan dah lama tak buka FS nie.. lagi satu FS ni, kalu kat profile tue dia ada sediakan  featured friends.. sudah semestinya profile aku adalah no 1 featured friends Mr Angkuh.. hehe.. berlagak kejap.. oh apa lagi arr.. 


aiyooo..
gambar nie masih ada kat sana..hihihi..taken by the best! arghh malunya terkenangkan balik fs nie..dulu asal jak balik dari sekolah terus pergi cyber untuk on9 fs.. sanggup pula tue berjam-jam kat sana untuk chatting.. memang masa tue benda nie masih popular lagi ar.. bila jumpa member tanya ada fs tak? sekarang nie..ada fb tak?? kita tak main lagi arr fs nie..dah lapuk pun.. ye laa lapuk lapuk pun korang pernah gak guna benda tue kan untuk berhubung dengan member-member yang lain kan?


tengok,masih ada lagi yang menggunakan fs nie..hehe.. siap ada friend request yang masih panding..hehe.. kalau aku approve pun belum tentu lagi dorang akan buka fs nie kan? nama dorang sini pun pelik-pelik macam nama aku.. pastu ada lagi group pelik-pelik kat sini.. hahaha apakah sengalnya aku join semua group yang pelik itu? then ada game kat sini tapi aku tak pernah main pun.. tengok kat inbox aku..banyaknya message..hahaha.. 225..tak larat aku nak buka semua..lagi satu message yang dorang anta ni semuanya macam surat berantai taw..kena pass ke kawan-kawan yang lain tapi siyes! aku tak penah wat benda tue..hehe

aku join friendster nie pada May 2006.. eh sama lah dengan bulan aku join nie blog..bezanya tahun jak..hehe..lama kan tahun 2006 tue? masa aku form3 tue.. baru nak amik PMR taw.. Mr Angkuh pula dia join fs nie pada Julai 2009.. oh sebelum masuk poli lah tue dia join nie.. tadi aku buka fs nie guna email Mr Angkuh.. nak buka guna email aku..password tak taw pula tapi tadi dapat gak aku buka sendiri fs aku..hehehe..happy..tak perlu nak guna email Mr Angkuh lagi..

korang ada friendster tak??
lepas benda nie famous amos..muncul plak myspace..
oh aku tiada myspace yaa..hehe..
cuma fs jak..
cuba tengok balik fs korang?
cantik tak??
hehehe..

selamat berblogging semua..

Day 16

 Day 16- another picture of yourself.

dah lama aku tak buat task 30 Days Challenge nie.. tersangku kat hari ke-16.. hehehe.. kali nie nak berusaha tamatkan task nie dengan cemerlangnya.. hehehe.. semangat jak lebih nie.. task nie memang suka sangat nak suruh aku promote gambar kan.. huhu.. dah lah muka sekarang tak comel macam dulu dahh.. ceyhh dah mula bajet perasan nie.. hihi.. 

jangan tengok gambar nie lama-lama nanti naik juling! hehe


nie gambar semester lalu.. oh ya lupa plak..aku takda amik gambar sorang2 pun untuk tahun nie.. hehehe.. percaya tak? ada pun dengan member jak tapi gambar solo untuk tahun 2011? NO!! tiada dalam folder lappy ku.. hehehe.. 

kelas terakhir dengan Madam Chow.. huhu aku sedih sangat-sangat sebab pointer aku untuk subjek nie dengan pertama kalinya turun and dapat B+ jak.. huhuhu.. mengapa kah? lagi 1 markah untuk mendapat A dan terus dapat 4.00.. tapi tak berjaya.. assignment anta.. ujian datang..quiz lagi lahh..semua aku amik tapi dapat macam nie? huhu.. nanti masuk sem 5 tak maw main2 lagi..huhu.. aku dah cukup honeymoon + bermalas-malasan dengan kelas sebelum nie.. huhu.. sila salahkan diri anda sendiri ya Cik Dian..

ok.. lepas nie aku belajar betul2 memandangkan sem lepas pointer aku naik dengan mendadaknya walaupun BI aku tak kredit dapat A..  masa.. tolong lah berlalu dengan cepat.. aku nak masuk kelas macam dulu..

p/s : tetiba rindu nie nak masuk poli..

Norfa! Mr Alien jadi Follower aku yang ke 300 juga?

3 hari tak update entry.. ehh tak juga semalam ada update entry gak pun tentang 
perghh terus terkenangkan kisah lama..
eh aku lupa nak announce kat sini..

tadaaaaa!!!
follower yang ke 300 jatuh kepada 
Encik Alien yang comel..
sila tengok gambar yang telah di bulatkan..


buat Encik Alien,
terima kasih sebab sudi follow blog saya yang sangat lah comel ini walaupun sekarang saya berada dalam keadaan sibuk.. hehe.. kamu memang comel la encik alien..hehe
maaf saya tak sediakan award kat kamu macam orang lain buat sebab saya tak reti nak wat award..hehe..
tengok? header saya pun tak ada kan..hehe..
terima kasih ya encik alien sebab sudi singgah di teratak saya yang comel ini..

lagi satu..
tahniah sebab kamu dah jadi follower ke 500 Cik Norfa..
Norfa! kita berkongsi follower yang sama lah..hehe..
bezanya dia follower kamu yang ke-500..
tahniah yaa..

ehh ada lagi..
312..
itu adik saya lah..
dia follow kakak dia yang comel ini..
hehehe..
nak kenal dengan dia?

p/s : baru nak update laporan harian.. ^.^

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014