Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Thursday, 6 January 2011

Bila di timpa masalah

jika masalah menimpa anda, apa yang akan anda lakukan? setiap individu mempunyai jawapan yang berbeza serta tindakan dan reaksi terhadap masalah yang mendatang. sebagai manusia yang biasa, kita tidak akan sunyi daripada menerima ujian masalah. Ada masanya masalah itu akan datang dalam bentuk yang kecil dan ada waktunya ia datang dengan memberi beban yang besar. masalah besar lah yang selalu membuat kita terduduk dan menjadi putus harapan. bagi yang lemah semangat, masalah besar inilah yang membuatkan diri menjadi inidividu yang putus asa dan hilang kepercayaan diri. 

gambar yang tiada kena mengena dengan entry

masalah itu sebenarnya adalah satu kemestian untuk setiap mereka yang bergelar manusia. kerana manusia tanpa masalah, seseorang itu tidak akan belajar apa-apa dalam kehidupan ini. kerana masalah itulah yang membuatkan seseorang itu menjadi matang dan teguh dalam menjalani kehidupan ini. kata orang masalah itu selalu membuatkan seseorang itu pening kepala. tapi sebenarnya pening itu adalah tanda adanya peningkatan dalam diri.

memang bukan mudah berdepan dengan masalah dan cabaran hidup ini tetapi bukan juga susah untuk mencari jalan keluar dari apa-apa masalah yang datang. pendek kata tidak ada masalah di dunia ini yang tiada jalan penyelesaiannya. oleh itu, apabila masalah itu datang jangan lari tetapi hadapilah masalah itu dengan penuh keberanian dan kebijaksanaan.

p/s : paling tak suka bila ada masalah semasa buat account..

1 comment:

Papa Mifz said...

setiap masalah ada jln penyelesaian nye...

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014