Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Wednesday, 19 January 2011

Saya Pelajar Politeknik Kota Kinabalu

akhirnya ada juga segmen untuk pelajar Politeknik.. hehe.. aku ingat Sahabat Blogger dah tak nak buat segmen untuk kami sebagai pelajar politeknik..hihi.. eh ada ke budak poli kat sini? sepanjang aku berblogging belum pernah lagi aku jumpa blogger yang belajar kat politeknik.. terutama follower aku.. aku check ok di mana mereka semua belajar sebab majoriti blogger yang follow aku adalah student.. follower ku sekalian, terima kasih ya sebeb sudi juga menjenguk blog aku.. ok chop! intro dah cukup panjang ^.^


sekarang aku belajar dekat Politeknik Kota Kinabalu, Land of The Below Wind! dan ambil jurusan Diploma Pengajian Perniagaan Pengurusan.. dah mata duitan kan, of course la amik jurusan macam nie..hehe.. eh aku tak minat sebenarnya nak jadi bisneswomen ni sebab kos aku nie lebih kepada pengurusan sebenarnya tapi aku ambil jak kos ni sebab aku dah rancang, lepas tamat diploma nie aku nak sambung kat maktab perguruan nanti.. hehe.. harapnya berjaya lah.. aku nak jadi cikgu comel yang mengajar subjek Perdagangan nanti .


bila masuk sini? 7hb Julai 2009 iaitu batch Julai09.. antara banyak-banyak batch, aku rasa batch kami lah yang setakat nie paling terbaik terutama semasa Majlis Suai Kenal a.k.a MSK Julai 2009.. masa nie kan, penghulu kami sangat lah hensem lagi cool hihi.. tapi sayangnya dia bukan satu kos ngan aku.. dia budak mekanikal and best student untuk Jabatan Mekanikal.. 


SEMESTER 1

batch kami adalah yang terakhir sekali merasa bangunan yang ada kat belakang gambar di bawah nie.. bangunan tu dah retak sebenarnya dan ia terbahagi kepada 2 bangunan tetapi kami hanya menggunakan satu bangunan sahaja.. macam lecturer aku cakap, kami lah orang yang paling berani mati sekali sebab bangunan dah nak runtuh pun masih belajar dekat sana.. oh ya, nama bangunan ni pula ialah Jabatan Perdagangan.. bukan nak berdagang orang ok ^.^

and yes.. dekat sini juga lah aku berkenalan dengan Mr Angkuh



SEMESTER 2

semester 2 bermulanya hidup yang agak sukar bila aku tak dapat kamsis padahal memang tak nak mohon pun..hehe.. kami belajar secara merempat dan menagih belas ehsan dari mana-mana jabatan yang lain sebab bangunan kami dah takda, maka terpaksa lah menumpang di jabatan lain. aku paling suka kalau menumpang dekat Jabatan Kejuruteraan Awam sebab ada kelas Mr Angkuh kat sana kan.. hihi.. ingat best ke belajar secara pindah randah? kena kejar masa sebab terpaksa beralih dari jabatan nie ke jabatan nie pula.. huhu..
terseksanya tapi demi pelajaran, kami gagahkan jua diri ini.. ^.^



SEMESTER 3

dah semester 3 rupanya.. dah jadi senior pun..hehe boleh berlagak kejap..  masih lagi mengamalkan kelas secara pindah randah.. aku rasa dalam banyak-banyak kelas, kelas kami jak yang dah pernah rasa semua jabatan daripada Jabatan Mekanikal, Jabatan Awam, Jabatan Elektrik dan Jabatan Hospitaliti.. aku dah hafal sangat selok belok kat semua jabatan sini.. kenangan manis? saat pindah randah tue lah kenangan paling manis sekali sebab kami bersusah payah semata-mata untuk belajar hehe.. kenangan pahit pula? last semester kot aku rasa.. semester 2 aku banyak main sangat dalam kelas dan semester 3 lah aku paling malas tapi boleh pula pointer aku meningkat dengan lebih bagus daripada semester yang sebelumnya.. hihi..


sekarang? aku semester 4..
tengah praktikal.. hehe.. lagi setahun lebih kot baru abis belajar..
wahhh lama lagi tue..
cepat lah masa berlalu..hehe..
blogger politeknik sekalian..
salam perkenalan ya..

selamat berblogging



budak politeknik semua..selamat memulakan kuliah ^.^

17 comments:

Kassim Ahmad said...

haha.. gambar candit tu sume kelakar giler.. :D

Cik Diana said...

ada saya lah! haha~

MiSzy DiaN said...

@Kassim Ahmadkassim..hehe..suka pula awk yaa.. :)

MiSzy DiaN said...

@Cik Dianadiana..join nie..hehehe

bunga ungu said...

sy pun dak poli gak... tapi politeknik johor bahru... skunk ni ngah tunggu konvo bulan 3 nih...

Aki said...

chenteq pic! :)

MiSzy DiaN said...

@bunga ungubunga ungu..kmu pn dak poli gak ke??hehe..amik kos apa dlu?? wahhhh dah nk konvo..tahniah laa..ada dpt AKJ tak??hihi

MiSzy DiaN said...

@Akiaki..terima kasih ya..hehe..nie semua pic lama jak pn.. :)

bunga ungu said...

huhuhu... x dapat akj lah... amik kos hotel katering...

MiSzy DiaN said...

@bunga unguhehe..sya pn tak penah dpt akj..tp hampir dpt last sem..huhu.. oh dak hospitaliti laa nie erk..hehe..saya tgh praktikal la skrg ni tp boring huhu

nelly said...

wah .mesty seronok ..hepi jerk !!!

=)

E.d.Y said...

bestnya gambar ramai2...teringat time belajar kat uia dulu

aima in luv said...

hye.. aima dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin... Salam perkenalan

R@sHIdee-EMOBOY'90 said...

sama la.. rul pon poli gak.. tapi poli shah alam.. sekarg dah sem 6 dah... dah follow awak.. follow rul pulak yerr.

http://zarul90soul.blogspot.com/

hantu GiGi said...

salam perkenalan hantu gigi dari UIA...!wah!!!aummm!

Mohd Ridhuan said...

all the best

arumo! said...

Yo! im DUP 3rd sem rite now~
from PSIS, Sabak Bernam hehehe :P

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014