Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Tuesday, 15 February 2011

Siapa Lagi Kuat Membebel

fuhhh berhabuk.. bersawang.. ada lipas, cicak, labah-labah, ular, kura-kura? RINDU sama ini blog setelah 2 minggu di tinggalkan kerana kerja account yang jeles dengan blog ini.. bukan tak nak update tapi nak kejar masa siapkan account kalau tak, boss tak bagi cuti.. tak dapat lah nak pergi KL minggu depan.. sampaikan c norfa terpaksa buat feed blog aku kat blog dia yang hitam semacam tue.. hehe.. sorry babe..

bha bhaa apa kah angin aku tetiba update nie? aku tertarik dengan persoalan tahap budak sekolah rendah daripada Bro Framestone .. best.. nak jawab dulu soalan dia nie..




1. Siapakah yang paling kuat membebel dalam hidup anda?

aku rasa aku paling kuat membebel dalam family.. setaraf dengan adik aku yang nombor dua tapi tak lawan aku kot sebab aku suka mengarah.. hihi.. kalu dah mula mengarah orang kompom lah mulut aku mula membebel tak tentu pasal.. pastu housemate aku penah cakap kat aku dulu kalau satu hari dia tak dengar aku membebel, macam tak kena hidup dia.. weyhh housemate ku yang tercinta, terima kasih sebab suka dengar aku membebel.. lagi satu, aku suka sangat membebel dengan Mr Angkuh sampai gaduh dan merajuk tak tentu pasal.. hahaha..so annoying.. tapi aku baik hati ok?  ^.^

2. Apakah punca mereka membebel?

suka sangat bercakap dan cerewet..

3. Apa anda buat bila di bebelkan?

pekak kan telinga memula.. then bila dah tak tahan.. membebel lah sekali.. hihi

4. Korang create lah persoalan korang sendiri .. bagi menarik kan entry korang..

persoalan adik aku yang buat aku sakit kepala sampai sekarang..batu apa yang boleh kurus dengan cepat?

Sunday, 6 February 2011

Aku suka kau pun suka


tugasan khas untuk aku memandang aku bakal berangkat ke KL nda lama lagi, maka satu pertemuan bakal di adakan antara aku dan mereka yang comel dan comel ini.. cute kan dorang? hihi.. tepuk tangan sket.. mereka antara blogger yang aku nak sangat jumpa sebab dorang nie baik hati sangat dan rajin jenguk blog aku walaupun dah bersarang semacam.. hihi..

 buat
 Cik Mira dan Cikgu FiQ, terima kasih sebab sudi jadi kawan baik saya selama ini..



excited weyhh nak jumpa mereka berdua nie nati.. sorang datang dari IPGM, sorang lagi datang dari Melaka dan aku? datang dari Sabah.. khas untuk mereka berdua dan juga kawan baik aku.. Cikgu FiQ dah cadangkan kat aku untuk buat exchanged gift.. so, aku pun setuju lah memandangkan ini pertemuan yang pertama dan of course lah aku nak ada kenangan kan kat sana.. hehe.. siyes! nie kali ke-2 aku jejak kaki ke KL ok.. jangan gelak2 kat sana, lempang kang.. hehe.. tiket mahal, sapa nak sponsor, meh la.. kecil tapak tangan, sebesar padang bola aku tadahkan.. hehe.. intro panjang sangat.. korang pun layan jak kan..


untuk mira, nie yang aku suka dan sila lah bermurah hati untuk beri pada aku nati yaa.. hehe

frame

keychain

teddy bear

bracelet

Handphone!!
Aku nak yang ini ok ^.^


done!!
demand?
hehehehe..
besa laa..
make sure kaler purple yaa..
hihi

Friday, 4 February 2011

Bercuti ke The Tips of Borneo

assalamualaikum w.b.t

eheem..eheeem.. dah lama aku tak jenguk blog nie, adalah dalam sekali dua tapi nak upadate tu dah kurang sket feel berblogging sebab aku sakit kepala wat final year account.. aku rindu nak blogwalking and join contest.. arr aku rindu kat blogger nie juga.. hehe..

so, da first entry aku untuk sekian lama nya ialah entry yang tak menjadi nie.. dah lama terperam kat dalam draft aku.. huhu.. aritu aku dah siap setting auto publish tapi entah mana silapnya dah jadi draft pula.. entry ni pasal aku nak berkunjung ke Kudat sebab parents aku ikut seminar usahawan menternak lebah tapi tak sempat pula aku nak singgah ke tempat menarik nie.. korang layan gambar ehsan dari Mr Google jak lah ..
jadi, silakan mencuci mata anda menikmati keindahan penghujung negeri Sabah..


unik kan namanya.. Simpang Mengayau.. aku teda gambar kat sini sebab dah kena format aritu so hilang lah semuanya.. jadi aku hanya meminta belas ehsan dari Mr Google sahaja.  sebelum tengok gambar Simpang Mengayau, kena tengok dulu peta Sabah sebab ini penting taw.. hehe..


nampak tak yang bulat bertanda hitam tue? itu ialah Kudat dan tempat terletaknya Simpang Mengayau.. rupa dia macam kepala anjing sebab ada telinga hehe.. boleh search kat Mr Google ok.. sekarang tengok pula gambar Simpang Mengayau nie..nampak anak panah tue? tue terletaknya Simpang Mengayau..



Simpang Mengayau
 The Tip Of Borneo


ini adalah gambaran sebenar Simpang Mengayau.. cantik tak? perghh jauh gilerr kalau nak pergi sini taw.. angin kat sini kuat and lagi satu, ada satu kawasan kat sini yang mana arus laut dia bertembung antara satu sama lain. kenapa? tak silap aku kat pertembungan Laut Sulu dan Laut China Selatan. sebab tue kat sini ombak dia kuat and besar. Angin pun kuat semacam adalah di sebab kan oleh pertembungan dua laut tersebut.. 

yang nie pula pemandangan dari atas and seriously.. Its amazing sebab cantik sangat masa tue kalau dapat tengok secara live. warna air laut pun cantik, pasir dia putih dan bersih sangat-sangat..  tapi jangan tengok bawah pula nanti jatuh sebab tempat nie tinggi sangat lah.. hehe..tengok laut nie dari jauh pun sejuk jak mata memandangkan.. 



sekarang kita pergi kat depan sekali. tempat yang menghadap pertembungan antara dua laut itu..nampak tak bebola besar tue? macam menarik jak kan? hehe.. nanti kita terjah pasal tue k.. air laut masa nie tenang je tapi kalau tengok arah lain memang ada ombak yang kuat yang bertembung antara satu sama lain..




korang ingat nak pergi ke tempat paling hujung tue and ada bebola gergasi tue dekat ke?ini adalah Dataran Simpang Mengayau.. jauhnya nie.. huhu.. kena jalan jauh sket kalau nak pergi ke depan sebab parking keta amat lah jauh tapi memuaskan kalau dapat pergi kat sini.. hehe..



bebola gergasi atau pun monumen yang menjadi tumpuan utama di Simpang Mengayau. nampak tak peta Sabah kat sana? ada gambar tanduk kan? itu lah Simpang Mengayau. dekat bebola gergasi nie ada di sediakan sejarah dan info tentang Simpang Mengayau..yang penting ada peta Sabah and benda nie memang besar sangat-sangat.. nak satu macam nie? hihi..



nampak tak ombak bertembung?

nak turun ke bawah sekali boleh. tapi aku tak pernah lagi turun ke bawah nie sebab masa tu ombak kuat giler nanti di tarik pula aku ke laut.. hehe.. nampak tak tanjung tue? hah tu lah tanduk yang ada kat  dalam peta Sabah. sesiapa yang rasa nak sangat berada di tengah-tengah peta Sabah, boleh lah menjejakkan kaki ke sana. ayah aku cakap, Simpang Mengayau nie ialah penghujung kepulauan Borneo sebab dia betul2 terletak kat tanduk .. ^.^






tak mahu cakap lagi sebab aku dah tak sabar nak pergi kat sini.. hehe..
kalau free..datang lah ye kat Simpang Mengayau..
take me as ur guide tour..hehe..
Welcome To The Tips Of Borneo
Simpang Mengayau

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014