Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Wednesday, 30 March 2011

Bila ex-boyfriend menjadi kawan baik

salam thursday semua 
happy bangat hari nie kan, sebab kerja account aku hari nie sangat lah banyak tapi aku berjaya juga akhirnya siapkan account tue hehe congrats dian!   maw jua kena flying kiss kan ehehehe : )

tajuk entry hari ini ialah bila Ex Boyfriend menjadi kawan baik. eh boleh kah macam tue? for sure, ramai yang bila dah clash terus lost contact kan sama ex gf/bf kamu kan? ya kan? time couple dulu best jak tapi bila sudah break, hah! maw tengok muka pun macam maw kena demam kuskus sudah jadinya hihi :)


ya! straight to da tajuk entry. aku ada boyfriend tapi kami sudah clash time raya, but still boleh contact sampai sekarang. at the time, kami decide untuk jadi kawan baik jak. hurm pelik kah macam tue? nda janggal kah bila bf tetiba jadi kawan baik? frequently, ada yang tanya kenapa nda lost contact jak terus,kan kalau teringat balik semua sweet memory tue boleh menyakitkan hati? ada baik dan buruknya bila ex bf/gf jadi kawan baik sendiri. well, let me answer all da quests..

 kenapa sanggup terima dia jadi kawan baik?
dulu before kenal, of courese lah si dia ialah kawan baik kan then title relationship tue dah bertukar jadi couple. so lepas break jak, why not jadi kawan jak if korang tak boleh nak go thru as couple? nda menjadi masalah kan lagi pun sudah tentu perangai si dia kamu kenal daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. plus, kalau dulu sanggup terima dia apa saja, kenapa nda sanggup nak terima dia sebagai kawan kan? nda kan maw buang dia macam tue saja? ini untuk yang clash dgn ex bf/gf secara baik.

 tak rasa pelik or janggal? 
for da 1st time, yes! but bila sudah lama dan terbiasa, semua tue akan menjadi satu kebiasaan saja.


 macam mana kalau teringat balik kenangan lalu?
kenangan lalu jatuh kat parit pun masa kecik boleh ingat apatah lagi kenangan dengan si dia kan? normal bila teringat semua macam tue and if korang dah biasa dengan dia lepas clash, kenapa tidak bercakap pasal apa yang korang dah lalui dengan dia sebelum nie? point kat sini bukan nak tunjukkan pada si dia yang korang nak balik semula tapi untuk hargai kenangan lalu and tak salah kan?


  tak perlu risau nak datang lambat atau menunggu
kalau dulu masa couple kena tunggu si dia datang then lambat lagi, mesti jadi isu untuk pergaduhan kan? tapi cuba kalau dia dah jadi kawan baik? hah! nda perlu maw risau kena marah² sebab datang lambat, buat derk jak. bukan dia kesah juga pun, kan dah jadi kawan baik :)


ayat tak perlu nak bertapis²
nie lagi, kalau dulu asal nak bercakap jak mesti ayat semua macam gula² kan, sampai buat korang sakit gigi nak tersenyum ahahaa. then nak bercakap something pun, kena guna filter lagi supaya ndada yang terasa atau sakit hati. ya kan? tapi if dah jadi kawan, cakap jak direct. nda payah  maw hiding apa² dari dia and normally kawan boleh terima jak kan.


 masih boleh menjadi tempat mengadu masalah
bila si dia ada masalah dan nda taw maw berkongsi dengan siapa², kamu boleh lah jadi volunteer untuk mendengar luahan masalah dia. siapa cakap kalau ada problem nak kena share dengan bf/gf jak tapi nda boleh share dengan ex bf/gf? boleh asal kan kamu masih percaya dan ikhlas dengan dia untuk mendengar masalah dia. for sure, tentu dia hargai apa yang kamu buat sekarang untuk dia kan :)


 lakukan aktiviti harian bersama²
kalau dah dua² masih single, kenapa tak sekali sekala hang out sama² or dengan kawan² kan? be happy dan jangan duduk menangis kat tepi katil sebab ex bf/gf dah nda maw dengan korang. pergilah ubat hati tue. keluar dengan si dia pasti boleh buat kamu gembira walaupun masa tue memang akan buat kamu teringat balik kisah lalu tapi ketepikan jak hal tue, tidak akan mempengaruhi apa² jua :)


 menahan hati
sila tahan hati sekiranya anda dapat tahu bahawa si dia sudah ada pengganti tapi masih mahu berkawan dengan anda. hehe part nie paling susah sebab menyentuh soal perasaan kan? insya allah, jika kamu ikhlas berkawan dengan dia, walaupun si dia sudah ada orang lain, kenapa tidak kamu berkongsi kegembiraan tersebut dengan si dia? sounds silly right? hehe.. pernah dengar pepatah nie, jika kamu bahagia dengan si dia, maka aku turut bahagia di atas kebahagiaan kamu. ehh itu ayat aku. kita doakan yang terbaik untuk orang lain sebab ada hikmahnya kenapa kamu hanya menjadi kawan dia dan bukan pilihan dia kan? :)


 perasaan sayang masih ada
soal perasaan adalah paling penting dan susah di tafsir apatah lagi nak di huraikan? saintis pun nda boleh buat macam nie taw? hehe kamu tanya lah dorang kalau dorang ada formula untuk soal perasaan. kalau ada, share dengan aku sekali hehehe. pendapat aku, perasaan sayang tue sampai sekarang masih ada tapi tidak pernah melebihi daripada perasaan sebagai kawan. tipu? betul nie. ambil lah sebanyak mana masa yang kamu mahu tapi masa² yang telah berlalu itu tidak akan pernah kembali dan di antara masa itu, akan ada seseorang untuk kamu tapi di sebabkan masa yang kamu ambil untuk melupakan si dia terlalu lama, orang itu akan berlalu pergi tanpa kamu sedari. so wake up².. buka mata luas² dan mulakan hidup baru. terima kenyataan dan kuatkan hati kamu. si dia yang sudah menjadi ex gf/bf kamu pasti akan memberikan support pada kamu juga.


 dia akan ada bila kamu memerlukan dia
kalau kamu ada masalah dan memerlukan pertolongan dari si dia, kenapa tidak meminta bantuan dari si dia kan? nda jua dia tergamak tinggalkan kamu dengan masalah tanpa melakukan apa². insya allah dia akan cuba menolong setakat yang dia mampu.


gaduh dan merajuk sudah jadi basi
sekarang bila sudah jadi kawan, nda payah lah maw merajuk sana sini tapi bergaduh, ya! hehe. seriously bila jadi kawan dengan ex bf/gf memang best sebab boleh di bawa bergaduh mulut tapi nda lah sampai tahap kronik yaa. masa nie boleh lah main cakap lepas jak tapi jangan hentam dia sangat, agak² lah juga kalau maw bercakap. bila dah jadi kawan, bergaduh cuma perkara biasa dan merajuk pun sudah tiada fungsi melainkan kalau kamu bergaduh tahap kronik sila lah merajuk dan tunggu untuk di pujuk ya itu pun kalau si dia mahu.


 macam mana dengan penerimaan kawan² lain?
kalau sanggup nak buka sejarah lama, di persilakan bercakap secara non-stop sebab sudah tentu kisah kamu panjang lebar kan so why not kamu cuma cakap ' kami lebih sesuai menjadi kawan baik saja' . dan kawan kamu mesti memahami kan :)


 jika dia di takdirkan menjadi kawan kamu buat selamanya
terima dan redha sebab kamu sempat juga kan merasa menjadi sebahagian daripada si dia? :)






ada kebaikan dan keburukkan nya bila ex bf/gf menjadi kawan baik tapi kenapa maw amik yang buruk jak? tengok lah kebaikan dia dan hidup lah dengan gembira bha kan hehe. nda  salah rasanya kalau si dia menjadi kawan baik kita mungkin ada hikmah di sebalik apa yang sudah berlaku kan. mungkin dia bukan jodoh yang telah di tentukan buat kamu jadi apa salahnya sekiranya kita berdoa dan memohon seseorang yang baik di pertemukan dengan kita. 

abis suda kan pasal entry nie hehe kenapa aku tetiba buat entry macam nie? sebab semalam sempat pergi shopping dengan si dia sampai nda ingat dunia. tak rasa pun macam couple sebab perasaan senang hati tue sentiasa ada walaupun kadang² si dia nie bikin panas, maw jak   tampar dia laju² sebab suka sangat menyakat orang, nasib lah si dia masih single lagi hehe kalau ada gf pun, buat derk jak. bukan maw ada affair pun ahahaha..






p/s : dia pi melaka, jadi sebal sket sebab ndada tukang anta pi keja huhu
p/s : ramai yg fly sana sini time birthday aku.. aishh nda best betul birthday tahun nie..

26 comments:

Irma A.Wahid said...

AGREE with u dian~~
x semestinya bile kite da putus, kite x blh berkawan cam besekan..treat jela as a fren, rite...

irma ok je dgn ex2 sebelum ni...tpi ada gak yg da lost contact abes ar...yg still blh berkwan tu keep in touch la kan..

update entri-->
http://irm4blues.blogspot.com/2011/03/scroll-kemalasan-untukku-tahniah.html

MiSzy DiaN said...

irma : wahhh lama dahh ko nda on9 kan.. ehehe tq sb setuju ngn pendapat aku yaa.. hehehe mostly, aku still cntct ngn ex2 aku dan sumanya jadi kawn baik jak.. tak salah pn kan..

najwa's said...

yup. sy pun ada kawan baik a.k.a ex-bf. dia dh nk kawen pun.

tp, biar la batas tu cukup sekadar kawan kan? takde pape perasaan dah kat dia. segala cinta-cintun zaman dulu2 tu, tak ungkit dah. :)

Irma A.Wahid said...

mmg x salah kot..huhuhuh...tpi ade gak ex aq yg dah majuk gan aq, pastu bwk dri..hahaha..sapa suoh!~kih3

MamaEma said...

uisshh..png lebar betu soalan dan jawapannya...

ika said...

entry tbaik..tp wat mse ni ika lom clash lg lar..
takut gak mghadapi perasaan uh..
sebab uh ika tetap btahan even hbungan ktowg cm da telur hujung tanduk..
hukk~~

oshin said...

yes agreed with u . i pun still berkawan baik nan ex boyfren i almost 2 years . apa yg u ckp kat atas i setuju 102 % hehe . tak salah pun nak berkawan dgn ex bf sendiri ,ada jodoh ada lah tada nak buat mcm mana kann . hehe

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

boleh je jadi kawan baik..sebab qbal dengan xqbal oke je kawan =D

nelly said...

kawan menjadi kapel , sangat mudah ..
tapi, kapel menjadi kawan , susah ~

Cute MuM said...

dulu boleh jadi kawan..
tapi bila dah clas, cute mum lebih suka lost contact..
untuk menjaga hati suami..
suami juga nak jaga hati isteri..
kalo setakat terjumpa n borak takperlah..
but kawan semula, tak mungkin kot..

Nour Akmal said...

jarang berlaku..
ssh nak terima bf tu sbg kwn kdg2..ni kan plk kwn baik..tu pn mgkn sbb perpisahan yg tragik kot..huhu

IQ = Iez Qis said...

yup! penerangan yg lagi jelas dan bersuluh! setuju sangat~~ skrg IQ pun berkawan baek dgn ex..tapi kan..bf lak takot...takot n cmbru~~ haihh~~

MiSzy DiaN said...

@Irma A.Wahid hahaha irma.. itu ex yg ngada2 pnya..minta puji tue.. ehehehe

MiSzy DiaN said...

@najwa's najwa, ex awak dah nak kawen yaa.. hehe tahniah laa utk dia.. eya cukup laa batas sbgai kwn saja kan.. zaman cinta2 nie mmg best gak tp biar laa berlalu dan di lupakan.. :)

MiSzy DiaN said...

@MamaEma ehehe pnjg sgt kaa?? slalu kena tnya mcm ni, mcm ni gak laa jwpnnya hehehe

MiSzy DiaN said...

@ika thanks ika :) hehe.. jgn la takut.. jaga jak hbgan baik2, tiada apa akn berlaku asal msg2 taw di mana kdudukan sndri kan.. eheee bagus laa kalu ika sanggup pertahankan hbgan ika dgn dia..semoga ika dan dia berkekalan yaa.. :)

MiSzy DiaN said...

@oshinwahh lamanya... ehehe.. sama jak awak dgn saya.. lebih kurg hmpir 3 tahun dah kami berkawan baik juga lepas break.. tp yg ni saya pn baru jak break walaupn nak masuk 2 tahun dah.. eya, kalu ada jodh, ada lah kan.. :) tq sb stuju dgn saya.

MiSzy DiaN said...

@muhammad iqbal hakimi bin tahir hehe bgus laa kalu mcm tu kan iq.. :)
teruskan berkwan :)

MiSzy DiaN said...

@nellyadik, mmg senang nk cple tp nak jd kawan semula? itu daripada diri sendiri :)

MiSzy DiaN said...

@Cute MuMehehe ni kalu kategori cute mum, kena pk dua kali arr sb cute mum dah kawen kn, so sudah tentu la kena jaga ati suami..

MiSzy DiaN said...

@Nour Akmalrasanya laa mgkin.. sb tak ramai yg betul2 blh jd kwan baik kpd ex msg2 kan..

MiSzy DiaN said...

@IQ = Iez Qisheheh iq.. tu kalu bf tkut n cmburu kena laa explain dgn lbh detail kt bf tkut jadi yg bkn2 plak kan.. tp if dia trust kt awak, tak perlu lah nak risau apa2 kan.. ehehe

two_dots said...

sukenye entry ni !
ye btl tu blh je jd kwn baik .
rasenye xde masalah sekiranya dua2 blh trime . :)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

nice entry..
yes why not kan jadikan kawan baik..
tak kan lah nak bermusuh lepas putus:)

MiSzy DiaN said...

@two_dotsterima kasih sb menyukai entry ini.. hehe..mmg betul nda da masalah nya sekiranya dua2 blh terima keadaan mcm ni kan :)

MiSzy DiaN said...

@AMIRA ATIYA MYRA_ZOEthanks amira.. berkawan lebih baik drpd bermusuh kan :)

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014