Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Thursday, 28 April 2011

Bahaya fesyen di jalan raya ~ Jangan kalah bergaya!

berfesyen kerana mahu tampil anggun dan menawan tanpa mengira usia, kedudukan dan kerjaya bagi setiap wanita, sememangnya memiliki sekurang-kurangnya satu barangan fesyen kegemaran. yai! kamu mesti ada kan, wahai kaum perempuan?

tapi tahukah kamu, mengikut kajian yang dijalankan di United Kingdom, lebih daripada 11.5 juta wanita seolah² mengumpan diri sendiri dan orang lain untuk terlibat di dalam kemalangan jalan raya sekiranya mengenakan kasut yang tidak bersesuaian ketika memandu ~ okei, aku selamat jap sebab belum ada lesen.

mengikut data kajian daripada syarikat insurans, empat daripada lima pemandu wanita mengakui memandu menggunakan stilletos, yang mana bukan sahaja menyukarkan pemanduan tetapi boleh menyebabkan berlaku bencana yang lebih buruk. pemakaian sandal flip flop dan bertali juga menyukarkan kenderaan yang mana 11.5 juta daripada 14.3 juta pemandu wanita berdepan dengan risiko kemalangan hanya kerana selipar jepun~ 


tetapi, bukan kasut sahaja yang boleh mengakibatkan kemalangan, malah ada kajian yang dapat membuktikan bahawa pemakaian cermin mata gelap berbingkai besar adalah salah satu fashion hazard atau berbahaya di dalam berfesyen ~ siapa ada cermin mata hitam besar, angkat tangan :)


penulis Ray Massey menyatakan bahawa 12 juta wanita yang obese mengenakan cermin mata hitam semasa memandu boleh mengurangkan had penglihatan mereka terhadap jalan raya terutama dengan pemakaian cermin mata berbingkai lebar dengan cermin berwarna gelap atau merah jambu.


kasut dan cermin mata sememangnya barangan yang harus di miliki tetapi pengendalian kenderaan membabitkan keselamatan nyawa dan adalah tidak berbaloi jika bergadai nyawa hanya kerana ingin sentiasa tampil cantik dan bergaya.

terkini, kegilaan fesyen muslimah bergaya memang menakutkan terutama dengan lilitan selendang yang panjang yang tidak kemas dikhuatiri mengehadkan pandangan ketika memandu, so bagi mengelakkan gangguan ketika memandu, wanita perlu berhati-hati bemula daripada langkah pertama iaitu mula memegang stering. penumpang juga perlu ingat, bukan hanya pemandu yang boleh menjadi punca gangguan, anda juga berpotensi menjadi punca.

bahaya fesyen di jalan raya

  • cermin mata hitam

ia mungkin tampak cantik apabila di gayakan tapi pemakaian cermin mata boleh mengehadkan pandangan, malah titik hiram juga lebih besar

  • kasut tumit tinggi

menghalang pergerakan kaki terutama apabila berdepan situasi kecemasan

  • gincu

walaupun penampilan itu penting, JANGAN sesekali mengenakan mekap ketika memandu kerana ia boleh mengalihkan tumpuan terhadap pemanduan.

  • selendang/shawl

jika ia diperbuat daripada material lembut seperti sutera, ia mungkin berterbangan atau tersangkut di cermin tingkap sehingga menghalang pandangan.

credit : ratu | berita harian


kesimpulannya, entry nie macam skema sket sebab aku buat ayat sendiri berdasarkan artikel, so BM aku memang teruk la~ (n_n)Y, nda pa, cuma sebagai perkongsian ilmu bukan. mungkin entry nie boleh menyokong isu 'pemanduan wanita lebih berberbahaya berbanding lelaki' di sebabkan fesyen bukan. nda salah kalau maw kelihatan cantik dan up-to-date tapi pastikan ianya tidak akan mengakibatkan sesuatu kejadian buruk yang boleh berlaku :)




p/s : masa aku driving pun nda pakai selipar or sandal ~ sama dengan mama :)






Photobucket

24 comments:

Abby Bella said...

i'm jealous with ur blog. teach me. =.='

.m y z. said...

pakai gincu pun tak boleh??

sweet stalker said...

huhu..satu habit atien kalau drive tak suka pakai kasut.. masuk kereta nak drive terus buka kasut.. bogelkan kaki.. harap2 selamat lah kalau buat mcm tu..

syufaa said...

hehehe..berpada-padalah ketika berfesyen! :D

MiSzy DiaN said...

@Abby Bella dear, nak minta tlg apa tue ? :)

MiSzy DiaN said...

@.m y z. bukan nda blh, cuma takut menggangu perhatian semasa drvng :)

MiSzy DiaN said...

@sweet stalker asanya lagi safety kot kalu mcm tue.. hehehehe..

MiSzy DiaN said...

@syufaa yes! setuju dgn komen syufaa..

☀ Izzaty Hedry☀ said...

fesyen pun bertempat lh kan2..;p...

Abby Bella said...

border kat sidebar tu. --'

.m y z. said...

haha. mcm kelakar je :P

sis, you know what, aritu ziema TERmimpi blog sis. dasyat tak? gmbar binatang hijau tu dtg kat ziema +__+

Nor Adzwaty Rokkafella said...

aku pun kalo deraive msti buka sipar or kasut...rasa x secure bila ada something d kaki...kalo kaki ayam senang...dapat rasa minyak tu ditekan sampai mana...hari tu drive dari sandakan ke kk lgsung x pakai kasut...hahaha...turun tanah baru kai kasut

MiSzy DiaN said...

@☀ Izzaty Hedry☀ nda salah if nak berfesyen tp agak2 laa.. hehe

MiSzy DiaN said...

@Abby Bella ooh sidebar tue.. hehe boleh jak :)

MiSzy DiaN said...

@.m y z. OMJ dear, dia megejar tak? hua3..

nie mesti excited sbb nak menang lucky draw.. petunjuk kot.. hehehehe..

Abby Bella said...

This comment has been removed by the author.

MiSzy DiaN said...

@Nor Adzwaty Rokkafella wow.. dari sndkan sampai kk nda pkai kasut? hebat.. hahahaha.. eya laa.. rasa safety sket bila nda pkai kasut.. kalu nda, menyangkut sana sni dekat padel tue kan..

MiSzy DiaN said...

@Abby Bella dear abby, maaf ya.. saya tidak add blogger or non blogger yang saya tidak kenal, means, fb tue just utk real friends n family sahaja.. hehe.. tp blh drop comment d fan pages if perlukan apa2 :)

i'll be there :)

Abby Bella said...

aa. okay2. :)

MiSzy DiaN said...

@Abby Bella ehhe sorry :)

MiSzy DiaN said...

@Abby Bella ehhe sorry :)

MamaEma said...

kalau hisap rokok sambil drive?....

akak bawa kereta tanggalkan kasut/sandal yg dipakai...

MiSzy DiaN said...

@MamaEma asanya tu pn merbahaya kot..

Abby Bella said...

aha. its okay ba. :) nanti sa comment kat fan pages tu. :)

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014