Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Thursday, 21 April 2011

bila sihir menjadi taruhan hanya kerana hasad dengki



salam buat semua blogger's..

mesti korang pernah terbaca post pasal hasad dengki dan mainan sihir nie kan? apabila seseorang tue terkena buatan sihir, betapa sakit dan sengsara yang dia terpaksa tanggung hanya kerana perasaan hasad dengki dan cemburu dan yang seangkatan dengannya ada dalam diri seseorang.. kesusahan yang seseorang itu alami memang memeritkan apa tah lagi kalau dia sudah berkeluarga.. korang boleh bayangkan macam mana hidup seseorang tu jadi porak peranda dan kacau bila hanya kerana perasaan hasad dengki?

siapa yang penah baca entry nie dulu pasal adik aku yang sakit and masuk hospital di sebabkan apendiks? aku terlupa nak bagi taw hal sebenar.. syukur alhamdulillah dia tiada sebarang penyakit dan semua ujian yang di jalankan hari tue cuma adalah ujian untuk mendapatkan kepastian saja tapi hal yang sebenar adalah dia terkena buatan orang hanya kerana hasad dengki daripada kawan dia semenjak tingkatan 4 lagi.. perghh~ tersentap aku bila dapat tahu.. ini adalah kali ke-2 ahli keluarga aku terkena buatan orang.. tapi sekarang, benda tue dah kena buang.. 

baru² nie aku ada pergi ke rumah pakcik aku yang mengamalkan cara perubatan islam. di sana lah adik aku berubat untuk membuang benda yang ada di dalam badan dia.. seram okei bila aku nampak sendiri proses membuang benda tersebut ke dalam botol..

kemudian, ada satu family datang lagi iaitu saudara sebelah mama aku. part nie memang seram (T_T)
aku duduk di depan pintu dan kebetulan dorang datang, aku nak sambut tapi nda jadi bila aku tengok makcik aku yang mula melangkah masuk ke dalam rumah tu, gaya dia macam pelik sikit.. dia nda pandang aku dan senyum pun.. gaya dia persis orang cina.. ~ weyy meremang bulu roma aku masa taip entry sal nie taw.. okei sambung balik ~ nasib aku nda tegur, kalu nda ~ korang bayangkan aku bercakap dengan seseorang yang bukan diri dia sendiri? maw nda kamu tidur lena pasni? hahahahaa.. pucat okei (n_~)

aku ingat sorang jak, rupanya makcik aku dan suami dia sekali kena.. perghh~ busuk hati sangat orang tue.. jahat sangat sampai suami isteri sekali kena huhu.. family makcik aku datang sana sebab nak berubat and masa tu dah jam 10 lebih malam.. 

memula, makcik aku kena suruh duduk dan dia duduk bersimpuh laa sambil tangan dia bergerak² macam perempuan cina menari.. aku tengok pun dah pucat.. kemudian pakcik aku bertanya kan, 
'siapa nama? dan kau datang dari mana'
tapi dia nda menjawab cuma senyum jak.. aku pun pergi la ke toilet kejap then aku dengar
orang mengilai weyyh~ punya aku kecut gila..
rupanya proses membuang benda tue dah bermula.. aku pun cepat² masuk ke ruang tamu dan duduk dekat tepi kerusi dengan cousin dan adik aku.. memang seram sangat² dan nie lah first time aku tengok orang berubat macam tue, selalu tengok di tv kan.. yang tolong berubat masa tue adalah pakcik aku dan juga anak makcik aku sendiri.. aku kagum dengan cousin aku nie sebab dia beru berumur 18 tahun tapi dah pandai mengamalkan cara perubatan islam macam nie..
fyi, hampir keseluruhan family sebelah mama aku mengamalkan cara perubatan islam macam nie.. termasuk my dad :)

proses tu amik masa selama 2 jam lebih.. 2 jam juga lah aku jadi penonton setia bersama adik dan cousin aku.. dan benda yang masuk ke dalam badan makcik aku bukan hanya satu tapi 10.. korang boleh bayangkan betapa banyak dan sakitnya bila kena macam tue? salah satu dari makhluk halus yang di hantar kepada makcik aku adalah hantu cina.. huhu.. korang taw kan pont****k macam na kalau ketawa?.. aku nda maw taip full name sebab aku teringat dia mengilai malam tue..and satu lagi di makhluk halus yang di hantar daripada KL..

lepas jak semua dah selesai, aku pun macam takut² maw tegur makcik aku huhu tapi aku tegur gak dia.. nampak sangat makcik aku penat di sebabkan berlawan semasa proses sembelihan makhluk halus tue.. bila aku bercakap dengan makcik aku, sama ada dia sedar atau nda, dia cakap dia separuh sedar tapi dia nda boleh buat apa² sebab kena control oleh benda tue.. kemudian aku tanya apa punca dia jadi macam tue.. makcik aku cakap
ini semua mainan sihir sebab orang dengki dengan ibu daripada dulu.. sekarang pakcik pun kena sekali..
makcik aku bahasakan diri dia sebagai ibu.. kesian sebab anak bongsu makcik aku pun takut maw dekat dengan dia sebab kerap kali kena macam tue..

pesanan makcik aku, 
nda baik berhasad dengki dan bermain sihir nie sebab semua nie syirik.. dan kita juga kena sentiasa bekalkan diri kita dengan amalan solat agar kita boleh melawan benda jahat.. sebab itu lah solat penting dan amalan² sunat yang lain.. 
makcik aku cakap macam tue sebab dia terasa ada something yang nda kena ngan diri dia masa dia solat maghrib.. kemudian dia lepas jak dia solat isyak ~ terus dah jadi bukan diri dia.. means, masa maw solat tue, dia masih boleh kawal diri dan lawan dari benda jahat tersebut..

kesimpulannya~ panjang sangat pula.. huhu.. korang nda terasa ka bulu roma korang meremang? malam ni malam jumaat taw..huhu.. cuma nak ingatkan jangan lah ada di antara kita yang berhasad dengki sampaikan sanggup bermain dengan sihir.. kesian orang yang terkena, hura hara hidup dia dan semuanya jadi nda tentu arah.. okei?
take care semua
mari kita ramai² bersangka baik sesama sendiri :)



klik gambar nie kalau nak tengok cara perubatan islam..
siapa yang lemah semangat jangan tengok tapi nda jua apa² pun.. hehe.
itu adalah contoh video dan aksi yang hampir sama dengan malam tue..





p/s : if kamu tanya kenapa dia kerap kali kena buatan orang adalah kerana anak dia menjadi seorang artis naungan astro dulu.. sekarang anak dia dah berjaya .. hurmm~ dengki dengan anak, ibubapa jadi mangsa.. kesian cousin ku..



Photobucket

21 comments:

Fazilah Yayang said...

betul baa anna kena buat oleh kwn dia ? astaghfirullah . ak neh pn yg penah nda bengam dgn dia nda la smpai aty mo men benda gini . sabar laa . entah apa mo jadi dgn dunia neh . :(

b a m b a m ' s said...

dh tgk video tuh dulu time CB stdy 5 tahun dulu..bapak lamaaa! ahhahaha.. seram lar dian.. CB pernah tgk arwah nenek CB buang saka..uhuk~ takot!

btw.. aku tag kau dian.. :P

http://bambam-story.blogspot.com/2011/04/segmen-blog-review-pak-cek-biola.html

nelly said...

ish ! tak patut ..kalau Nelly kat tempat kak , memang kecut perut ~

Farhana Jafri said...

dlu pon kena hntar bnda2 ni sbb dngki.. bru jax pas buang bnda2 tu suma.. tp aku pny kes truk sket la cs org yg dngki antar ma pminat lg antar.. kira ada dua la.. mmng sksa hidup.. tpi lpas blajar cra mau buang and pgar dri dr bnda2 tu.. skrg ni alhamdulillah okay sda :)

Nasriq said...

hoho... dah la malam ni malam jumaat... terbaca lak entry ni...

el-janna said...

takotnyewwwwww

Novelgurl said...

err..err..berlindung dengan Allah =)

nelly said...

kak , header tu mas buatkan .
tapi , dia dah tutup lah kak .
cuba tanya , kot2 dia nak buatkan .

nelly said...

nelly try ..tapi , kak add dy dulu kt fb .

noraauliyya said...

tamau neng0k..tamauuu takutttt...
dian..niw..ish..

oh ye dian..auliyya tag kamu kat cni...law sudi j0in la...

http://aznanaaz.blogspot.com/2011/04/contest-sehati-cwl-fara.html

atiey azha said...

bhee ! teruknya jua dian . takut aku kalau sudah main sihir2 ni . dorang nda takut ka tu r kalau berbalik sama dorang . aduinaaa . makan diri ba tuu ..

atiey azha said...

dian , hilang lagi shoutbox mu ? hahaa .. ada orang dengki kali sama kau tau .. ah sudah ! macam memfitnah pulak aku . hehee . joke ba dear !

Nur Liyana said...

minta dijauhkan!!!

Fyqa said...

seriauu.. huhu

Dayana AZ said...

berani nye akk tengok proses ni sume huhu..
hmm. byk2 la doa dgn Allah mintak dijauhkan hasad dgki manusia.
tak baik la dengki2 ni :(

tearsoftheart said...

da nk wt cmna orng dengki..biasala 2..xdpt musnahkan idop owg cara kasar,main cara halus pulak...adat manusia yg pnuh dengki dn dendam..hopely ibu sht2 after b`ubt dgn bapa along....

mykhalis said...

perghhh..memang ngeri betul..Alhamdulillah..tak pernah lagi ada saudara terdekat khalis terkena

nas said...

owh.. baru tau yg famili korg kene sihir... hu3..
jahat sgt la org...
xde keje yg berfaedah ke menyihir org
lagi2 kalau yg terkena tu bukan yang dituju.. maksud aku org yg xbersalah
takut aku...

Cikgu Fikri said...

agak seram jugka baca entry ko ni dian..
aku pun pernah jugak ada pengalaman...
salah sorang yang aku kenal kena dengan benda alah mcm tu..
suara dia serius jadi lain..
haisy....ngeri bler ingat balik..
anyway, selalulah solat dan memohon perlindungan daripada-Nya :)

adan said...

pergh... tyme aku baca entry ko ni aku kat tpt kerja tahu.. tapi,bulu meremang..!!! seramnya.. kejam gak orang yg mengasi kenak tu sampai sepuluh masuk.. perghhh.. semoga orang tu mendapat hidayah sebelum meninggal..

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

dian..dulu arwah nenek qbal , makcik kena gak santau2 ni..huhu..sedih bila igt semula keadaan masa tu..teruk kot..

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014