Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Monday, 4 April 2011

Ragam bercinta memang macam ini



tetiba teringat time ada couple dulu. okey namaw ada couple lagi.. enough is enough.. korang layan jak nie ok?

kepada yang masih SINGLE,

cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA  saat ia terjatuh.



kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,
bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus. biar selamba janji stabil. cubalah untuk memahami. bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua rasa jika itu yang benar-benar dialami.


kepada yang TAKUT MENGAKUI,
cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang. tetapi lebih sakit lagi, bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.

kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. biarkan dia pergi, dan lupakan.


p/s :

credit : wany

22 comments:

Cik Diana said...

tiada untuk saya~~~ :( hahaha!

EchA rAiEsYaH said...

cinta itu indah. . 0yeh :)

MiSzy DiaN said...

@Cik Diana diana! minta puji.. ko maw aku buat entry apa untuk ko?? ahaaaaa

MiSzy DiaN said...

@EchA rAiEsYaH terlebih indah bagi yg tahu cara bercinta :)

JIJI YU said...

weh aku suke la komen ko.ahaha..lawak pon ade..ko orang sabah ke serawak weh

Cik Diana said...

saya mahu entry tajuk' diana comel muah3~ hahah!

nelly said...

aiseh .semua kepada kena pada nelly ...
=')

MiSzy DiaN said...

@JIJI YU cikgu!! komen kt mana?? aku org sabah :)

MiSzy DiaN said...

@Cik Diana ngada2.. ahahaaa... ko tggu nati!!

MiSzy DiaN said...

@nellyaik?? semua kena pada nelly?? bahaya nie.. ahaaaa..

Nor Adzwaty Rokkafella said...

like...:)

misSbLurRy said...

cinta seperti bunga mawar,
harumtapi dikelilingi duri

:)

MiSzy DiaN said...

@Nor Adzwaty Rokkafella dear.. thanks for like :)

MiSzy DiaN said...

@misSbLurRy auwww.. touching nya.. hehe.. yupss betul.. cantik tp sukar untuk di pegang sbb terlalu byk duri :)

nelly said...

memang kena lorh .
nica kakak !
=)
teruskan2 ..
=)

MiSzy DiaN said...

@nelly heheh.. tq dik :)

Irma A.Wahid said...

ko da xde pape ke gn bf?? alahai~~bru tawu~~nape weh?

MamaEma said...

cinta saya ke jinjang pelamin...

MiSzy DiaN said...

@Irma A.Wahid hahaha.. dah lama pn.. thun lepas g.. tp kami still kwan laa.. hehehe..

MiSzy DiaN said...

@MamaEma wow.. cinta sampai ke jinjang pelamin? tahniah.. sukaaa~~

nulhazwany abdul malik said...

ehe , lagi cute pulak entry kat sini.

tQ. like2 !

MiSzy DiaN said...

@nulhazwany abdul malik erk.. cute kaa?? hehe.. akak copy paste jak ni.. tq kt adik yg buat entry ni pada asalnya..

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014