Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Monday, 24 December 2012

Happy Birthday!

Assalamualaikum w.b.t

Happy birthday Kak Faiz. even lambat post, but still nak post juga kat blog ni. haha. masa kat Kundasang aritu ada juga try anta pic kat kak faiz tapi tak dapat. so post kat facebook jak. tapi nak juga post balik kat sini.


dian buat note ni masa tengah lunch kat Kinabalu Park. itu pun ada pic kat atas tapi dian da crop. hehe nati kaka sampai kat sini kot baru bagi picture yang original. hahaa

buat kak faiz,

Happy Birthday .. semoga kaka sentiasa di murahkan rezeki, di kurniakan kesihatan yang baik, di pertingkatkan lagi iman dan sentiasa berada dalam keadaan gembira dengan di kelilingi oleh insan insan yang tersayang. and hope kaka berjaya menamatkan master gak hehe.

ok? doa dian selalu buat kak faiz and kak iera gak. and family kaka sekali.


with love,

dian.




p/s :  entah kak faiz baca ke tak ni. hihi

Thursday, 20 December 2012

Hanya..


Sebelum tidur, sempatlah dia dirikan dua rakaat Solat Hajat. Banyak yang dipohon. Meminta kepada Yang Esa agar memberkati perhubungan yang bakal mereka bina.

“ Ya ALLAH, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya. Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari setiap pelosok mataku, dan usirlah dia dari relung hatiku.

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini, dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni. Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai sahabat.

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, Ya ALLAH. Satukan hati kami...

Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya. Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk menenangkan hatinya. Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.

Yakinkanlah dia bahawa aku rela berkongsi suka dan dukaku bersamanya. Ya ALLAH yang Maha Pengasih , dengarkanlah doaku ini. Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
ALLAH yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.”

Panjang doanya pada yang Maha Penolong. Lepas solat baru dia tidur. 

Sunday, 16 December 2012

persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu

Assalamualaikum w.b.t

lama dah tak update. dan memang paling ketinggalan kalau nak up-to-date dengan segala berita sekarang nie. last week, baru nak hantar copy ic dekat Azyan. itu pun dah terlewat beberapa minggu dah.
yes, sorry zyan, aku lah yang paling last sekali nak update dengan segala berita. pardon me. 

just now, baru buka facebook and nampak segala post berkenaan persediaan untuk mendaki gunung. yes, next year aku akan mendaki Gunung Kinabalu dengan member sekolah yang lain. kitorang dah set tarikh pada 29, 30 dan 31hb Mac 2013. ada 3 bulan lagi untuk membuat segala persediaan diri sebelum mendaki. so antara persediaan diri yang boleh di buat ialah latihan kecergasan iaitu latihan stamina 3 bulan awal.

latihan kecergasan.

 untuk latihan meningkatkan stamina, rasanya aku dah boleh buat latiahn jogging setiap petang. sebolehnya sebulan awal untuk lakukan jogging seminggu 3 kali. kalau nak join pertandingan larian marathon rasanya boleh  but tak tau kalau ada event ke tak dalam masa terdekat nie. 

latihan ketahanan diri dan fizikal

since sekarang ni hanya tinggal masa 3 bulan sahaja, so aku rasa memang tak dapat nak join mana-mana aktiviti pendakian yang tidak berisiko tinggi but di galakkan sebenarnya. tak tau lah kat area KK ni, gunung mana yang boleh di daki untuk di jadikan latihan mendaki. kalau ada, latihan mendaki ni dapat menguatkan otot kaki dan meningkatkan lagi stamina. 

latihan kaki

kalau ada tempat yang mempunyai banyak anak tangga, boleh lah buat latihan naik anak tangga berulang kali. latihan kaki ni untuk menguatkan otot kaki dan berguna ketika turun dari Gunung Kinabalu supaya tidak lenguh dan sakit. so, area KK. di manakah tempat yang paling banyak anak tangga? 

peralatan yang perlu dibawa ketika mendaki Gunung Kinabalu.

aku tak prepare lagi semua benda ni so just listkan dahulu. 

1. Baju sejuk waterprof ( tebal) 
2. glove waterprof
3. baju hujan ( rain coat)
4. head lamp
5. sleeping bag nipis. 



will stay here at Laban Rata .



so my fren suggest tak payah pakai kasut mahal cos tapak kasut macam tu boleh tercabut semasa mendaki so better pakai kasut adidas kampung. lagi jimat and tahan.


kasut adidas kampung. tak tau kenapa dorang bagi nama macam ni. mountain guide pun suggest pakai macam ni sebab lagi tahan. price? RM 8-9 only. haha. 

and the last one is, sijil penghargaan. 


credit picture to Azyan. dia dah berjaya mendaki Gunung Kinabalu sebelum ni and now dia buat trip lagi untuk member lain so aku pun join kali ni. 

that's all untuk persediaan mendaki Gunung Kinabalu. semangat kemain berkobar-kobar nak mendaki. petang ni dah boleh jogging kat Likas Bay sorang sorang. kena kumpul stamina kalau tak kapus-kapus time mendaki nanti. 


Wednesday, 28 November 2012

selamat buat sahabatku

perkara terbaik yang berlaku dalam hidup aku apabila melihat mereka yang tersayang telah selamat menempuhi alam baru, menimba pengalaman hidup yang akan menjadi nadi kekuatan bagi mereka. 

november 2012 semakin menghampiri ke penghujungnya dan bakal melabuhkan tirai 2012 tidak lama lagi. sungguh, saat ini apa yang bermain di fikiran aku hanyalah terlintas nama mereka berdua sahaja. sahabat kesayangan aku. sahabat yang mungkin hanya tinggal kenangan. 

selamat pengantin baru buat sahabat kesayangan - Siti Fatimah

the good news is, she's pregnant 3 bulan dan semoga menjadi ibu yang comel serta isteri yang solehah. menjadi guru tadika yang awesome dan terbaik untuk kanak-kanak. 


GMI Convocation's day. tahniah buat sahabat kesayangan - Ahmad Johari

Joe sekarang continue study, degree kat Unikl. memang cita-cita dia nak meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih tinggi. 


sungguh, kalian ialah perkara yang terbaik pernah hadir di dalam hidupku. 


aku memang tak boleh nak tengok gambar mereka berdua sebab mesti aku akan sebak, menangis. rindu akan mereka. mereka yang pernah bersama-sama berjuang suatu ketika dahulu. 


hati kecil siapakah yang tidak rapuh melihat orang yang tersayang berlalu pergi meninggalkan mereka. sungguh, saat itulah hati kecil ini menitipkan perasaan rindu kepada mereka melalui doa kepada-Nya. 


Tuesday, 27 November 2012

Berubah lagi?

Assalamualaikum.. perghhh! nak dekat 3 bulan tak update apa-apa dan sekarang tetiba muncul dengan nama blog baru. template baru. theme baru. semua nya baru. follower blog lama? don't know ~ tetiba jadi zero so that's mean, i just got lost all my followers and i have to started all of again for the hurmm.. maybe third time? since dah habis study and no longer workin anymore, maka status penganggur terhormat akhirnya tercapai. dengan ini, musim keboringan telah melanda dan mood berblogging telah kembali. perlahan-lahan merangkak. tak kan lari kemana juga followers tue.





 p/s : terpaksa memperkenalkan diri semula kepada rakan-rakan lama. sorry guys, menyusahkan korang untuk follow balik.

Saturday, 15 September 2012

back to the future?

HoyOooo.. it's been a while since puasa lagi aku telah meninggalkan blog ini di sebabkan kekangan masa. yet, terlalu banyak perkara yang nak di buat sampaikan blog ni terabai. ohh maaf. aku rasa si Kira pun sama juga, time puasa pun dia daaa off dari blog but then lepas dia further study kat UiTM, tetiba muncul balik macam aku juga. perlahan-lahan. ada banyak perkara aku nak update tapi satu persatu.. nak baca blog orang lain pun amik masa juga sebab busy yang teramat amat. so buat list duluan laa.. nati boleh tagih list update.

- Raya Journey
- my bestfriend wedding
- losing someone. ( arwah nek wan dan abg afy )
- further study

hah! cukup. tu jak. raya journey tu rasanya daa boleh bikin banyak part kot. nie pun tak taw bila dapat update. kekadang tangan ni gatal jak update semacam. ehh.. blog da berubah sket. maybe pasni nak tukarr header and yang lain. rasa rasa macam blog ni problem semacam jak.

orite. masa untuk blogwalking.

salam.

Tuesday, 24 July 2012

KK - KL - Nilai - JB - Pahang | RAYA 2012

Assalamualaikum.. Selamat berpuasa buat semua muslim dan muslimin sekalian..

maaf sebab terlalu lama mengabaikan blog baru ini. bukan mengabaikan, tetapi di sebabkan kekangan masa dan ketiadaan WiFi menyukarkan aku untuk online. bukan setakat blogging, tapi nak berTweet pun dah tak mampu. ini hanya update ringkas.

maaf sangat sangat sebab aku tak dapat nak berblogging buat sementara waktu. seriously, kerja time puasa ni lagi mencabar sebab schedule aku semua full. kebanyakan nya aku berbuka puasa di tempat kerja dan berkerja sehingga lewat jam 12 malam, nak lagi sekarang ni aku kena buat closing dekat kitchen yang kekadang memakan masa 2 jam lebih sebab buat closing seorang diri. penat! badan pun lenguh semacam jak.

Based on last entry pasal My best friend's wedding to be | pengapit ini, akhirnya aku dapat juga booked tiket untuk pergi ke Pahang. Alhamdulillah. ada juga hamba Allah yang sudi sponsor tiket untuk beraya ke sana walaupun harga tiket tengah hot semacam.

Happy! taw tak. hehe.. kali nie sambut raya pertama dengan best friend sebelum dia bergelar isteri pada hari raya kedua. Excited sangat sangat. dan juga dapat merasa berpuasa di negeri orang. ohhjyeahhh! insyaAllah kalau sempat, dapat juga beraya di JB sebelum balik kk nati, bergantung dengan keadaan.

13hb - 22hb Ogos 2012
KK - KL - Nilai - JB - Pahang

13hb.. KK - KL - Nilai
14hb.. Nilai - JB
17hb.. JB - Pahang
22hb.. Pahang - KL - KK

wahai blogger kesayangan saya, di mana kah anda berada.. teringin nak berjumpa dengan korang. anyone?

selamat berpuasa semua. semoga amal ibadat kita pada bulan puasa ini akan di berikan pahala dan rezeki yang berlipat ganda.

Sunday, 15 July 2012

Jumpa blogger lagi.

Update yang penuh dengan gambar dan panjang. awas!
klik gambar kalau nak ke blog tersebut

hari tue beria ia nak naik jam kerja pergi 5 or 6 jam.. bila dah kena bagi kerja 8jam barulah aku terasa betapa badan nie perlukan rehat yang cukup. seriously, hari nie memang full blast habis sebab awal pagi jak ada ceramah, class then pukul 2 nanti ada kursus pengendalian makanan.. kemudian masuk kerja untuk shift malam pada pukul 5 petang sampai lah closing. closing memang tak sah kalau tak tutup selepas jam12. penat! 
♥Cik Azizah♥
mukadimah panjang lebar. kelmarin aku dapat jumpa sorang lagi blogger kesayangan aku. cewahh! datang dari jauh sebab dia tengah bercuti kat KK nie. terima kasih Kak Jijah sebab sudi datang berjumpa time tengah kerja. gambar takda, so letak header tuan belog sahaja. tak sabar nak off day sebab nak berjumpa and berjalan lagi dengan dia pasni.
dapat berjumpa dengan kak Oshin Iera.. pun sama juga, dia datang bercuti kat KK. perghh! layanan 1st class tetiba sebab jadi tour guide dorang kan.. hehe syok jalan dengan dorang nie.. sporting.. rindu pulaa dengan kak iera and kak faiz.. kak! tunggu kami pula datang ke JB.. sabarrr.. tiket murah kan.. sponsor pleasee.. hehe

cikgufiq.blogspot.com
first blogger aku pernah jumpa. tak lain tak bukan, Cikgu Fiq kesayangan ku.. hehe antara blogger yang rapat dengan aku dari dulu sampai sekarang. percaya atau tak, kami bercontact cuma melalui blog sahaja. takda facebook mahupun twitter. kalau ada number phone pun cuma contact bila perlu. hehe dah terbiasa contact via blog. sekarang ni plan nak pergi konvo dia and bercuti dengan dia ke Bali or Korea. 

blogger lain?
❤ Ceritera Hati Putih ❤
blog classmate di poli. haha bosan sudah tengok dia nie. hehe men2 jak bhaa diana. 
Kira Kekuri
blog housemate! astgaaa. lepas keluar dari rumah sewa, baru lah sedar selama ni aku serumah dengan blogger. haha.. 

Target nak jumpa blogger lain pula lepas ni ialah..

Bro Framestone. kalau dia kena invite pergi event kat Sabah ni, KOMPOM aku turun padang. mesti nak jumpa dia nie. bro, sponsor tiket please pegi semenanjung hehe..
Nazirul Hazwan. entah bila CEO sorang ni nak kawen. haha ni pun kalau dia nak kawen daaa, aku terus booked tiket.. hahaha
Abang Long. suppose dia turun Sabah bulan 6 lalu tapi wife dia tengah pregnant masa tu so tak jadilah.. insyaAllah, ada rezeki nanti.. dapat juga berjumpa..
Kak LM.. nak belajar main masak masak dengan dia pasnie. hehe insyaAllah..
Cik Ika Puk Puk yang comel.. hehe memori habis nama ika nie taw.. pun antara blogger yang rapat dengan masa memula blogging dulu..
Admiral'z Legacy
dia dah jarang blogging tapi aktif dia twitter sahaja. insyaAllah akan berjumpa dengan dia nanti masa Joe konvo.
M Y Z . Z I E M A
sama macam Ika PukPuk juga. antara blogger yang rapat dengan aku masa memula blogging dulu. tengah tunggu dia turun Sabah untuk bercuti kat sini..

HABIS.
dah lewat nak pergi kerja.
kbai.


Saturday, 14 July 2012

DIY Spa - Body & Foot Scrub & Pedi Menicure

Happy Weekends bloggers.
 Hujung minggu macam nie mesti ada yang nak berehat berehat kat rumah dengan family, ada juga yang bawa family berjalan jalan cuci mata lepas tue nampak pula kedai Spa and Reflexology tapi bila tengok harga.. telun ayak liuq jak. ehh slang apa aku cakap nie? haha

Bagi yang tinggal di area Kota Kinabalu, aku suggest kan korang pergi Le Borneo Spa and Reflexology.. harga yang dorang tawarkan juga murah dan berpatutan. services pun perghh! mantap.. workers semuanya adalah pekerja filipina tetapi dorang terlatih dan peramah. boleh bawa bercerita juga tapi sila SPEAKING yaa..

kalau yang tak pergi Spa pula tapi teringin nak buat macam Spa, apa kata kita Do It Yourself Spa - Body & Foot Scrub and Pedi Manicure. Cara ni walaupun tak memuaskan hati sangat sebab bukan di buat oleh yang profesional, tapi tiap tiap minggu korang boleh buat sendiri kalau nak. DIY nie korang boleh lah buat dengan mak, adik or kakak ye.. 

Foot Scrub

* sediakan satu besen air suam ( panas ) 
* tuala kecil
* Oilly Spa Salt atau body scrub berjenama lain
- rendam kaki ke dalam air suam tadi. kalau panas lebih bagus, supaya rileks sket.
- lulurkan sedikit Oilly Spa Salt ke kaki hingga ke hujung betis. gosokkan perlahan lahan sehingga luluran tersebut habis. buat untuk ke dua dua belah kaki.
- kemudian, bilas dengan air suma tadi. dan lapkan. 

* boleh guna apa sahaja body scrub tapi untuk foot scrub nie aku pakai Oilly Spa Salt

Body Scrub
* Sumber Ayu Body Scrub ( honey extract )
* lilin pewangi - lavender, rose etc
- nyalakan api lilin.
- lulurkan body scrub tersebut dekat badan dan gosok. kemudian bilas dengan air bersih. 
- selepas itu, sila mandi. 
lilin pewangi tue untuk korang lebih feel macam berada kat Spa, even sebenarnya berada di rumah sendiri.

* aku guna Sumber Ayu body scrub ( honey extract)

Pedi dan Manicure

selepas korang mandi semua dan segarkan badan, boleh lah buat pedi dan manicure. badan pun dah rileks, so boleh minta tolong kat mak or adik kakak yang buatkan untuk korang. tak perlu nak profesional sangat, just rileks and enjoy walaupun tak pandai mana tapi nikmati lah saat tersebut dengan keluarga ok.
 
alatan alatan nie korang boleh beli kat mana mana kedai. dekat Watson, Guardian or kedai kecantikan pun ada jual juga. 

tak rugi pun sekiranya beli semua barang di atas sebab untuk kegunaan sendiri juga. untuk body scrub tue, korang boleh lah beli di Body Shop or mana mana kedai kecantikan. banyak pilihan dan pilih jak mengikut kemampuan anda. kalau rasa hujung minggu nak kat rumah, boleh lah buat Spa sendiri jak. jimat $$$

so, selamat berhujung minggu semua. aku pula kena kerja hari ni sampai closing.

:: dah buat aritu Spa dengan adik dan mak. best apa. 

Friday, 13 July 2012

Segmen | Segmen Ramadhan : Juadah Berbuka Anda ?


kena tag oleh Keyrah. thanks yunk! hehe segmen daripada Chipmunk sempena kehadiran bulan Ramadhan.. bagi sesiapa yang kekeringan idea nak berbuka apa nati, boleh la tengok tengok kat sini, mana taw teringin nak makan or selera berbuka kita sama kot hehe..

biasanya kalau waktu berbuka puasa, mak memang akan beli juadah fevret kitorang adik beradik secara bergilir gilir. ari ni turn aku, esok turn adik pula. tapi kalau ada duit lebih, beli jak serentak. lagipun kat rumah bukan ramai orang da.. 

1st
Kuih Seri Ayu
tiap kali nak berbuka, nie lah benda pertama aku cari. beli seringgit dan cukup lah untuk aku makan sorang jak. haha tamahak betul la pula. hehe . bagi yang tinggal di area KK, Kuih Seri Ayu yang paling sedap ialah dekat Giant IP.. ada gerai kecik bersebelahan ATM BankIslam. kuih dia lembut jap, sedap ikut rasa. perghh! terasa petang ni nak cari kat pasar la..

2nd
takda. haha itu jak. time puasa ni aku takda target nak makan apa pun. kalau rasa nak makan, beli. tak pun, buat hehe. juadah lain selalunya masakan kat rumah.. hehe yang penting kuih kat atas tue mesti ada laa.. lagi pun kalau time puasa, aku rajin turun dapur buat kuih sendiri.. TIME PUASA SAHAJA yaa.. masa ni lah ak test segala kuih daripada kuih popia, pau, lenggang, puteri mandi dan lain lain. tapi lepas ni teringin nak berbuka dengan Pisang Hijau pula. 

ABC Pisang Hijau. 
sedaapp! paling femes kat KK.. 

tapi perlu di ingatkan, masa berbuka nanti.. Jangan beli makanan ikut hawa nafsu, membazir sahaja. Puasa ini melatih diri kita untuk bersabar, menahan dan mengawal nafsu serta melahirkan rasa keinsafan di dalam diri sendiri betapa bertuahnya kita kerana masih mampu berbuka dengan pelbagai juadah berbanding dengan mereka yang hidup dalam keadaan susah. 
:: tag Kira dan Ika PukPuk 

Kerja Fast Food pun ada Kelas dan Ujian juga?

Update ringkas

Assalamualaikum.. baru balik dari kerja terus online. ghindu dekat blog. hehe semalam ARM ada bagi tahu, hari nie kena datang awal pukul 9 pagi sebab ada kelas Chemical Training. so bangun pun jam 8.30am dan bersiap dalam kadar 15 minit terus pergi kerja. Tadaaaa.. saya lah workers yang paling bersemangat, staff lain belum turun pun. Masuk jak pukul 9am, suppose kelas dah boleh start tapi ARM mengamuk habis tadi pagi sebab staff lain malas nak turun, so ARM pun terus turun ke hostel staff dan bangun kan mereka mereka yang malas nak pergi sebenarnya.

after that, kelas start 10am.. susun meja dan kerusi then kena amik attendance. first time join kelas macam nie. dalam fikiran aku, ingat kerja fast food macam ni takda kelas, then siap kena amik ujian lagi. waleyhhh! terus aku rasa slow jak otak aku nak hadam apa yang ARM tengah briefing kat depan tadi.

Chemical Training.

objektif pembelajaran kali ini ialah untuk mengenalpasti dan mempelajari aplikasi bahan bahan kimia yang di gunakan di dalam restoran. memandangkan Pizza Hut ialah restoran Fast Food, maka kami amat menitikberatkan pengunnaan bahan kimia dalam hal hal kebersihan. bahan kimia yang kami gunakan tidak merbahaya mana pun, but still KIMIA. tujuan kami kena brief ini pun sebab nanti ada orang jabatan kesihatan akan datang ke restoran dan interview mana mana staff berkenaan bahan kimia yang kami gunakan.

1. Multi Purpose Cleaner & Sink Detergent.
sabun pencuci khas untuk pots, pans, utensils, counters, tables, stainless steel dan water washable surface. 
:: kami tak guna sabun pencuci yang besa macam kat rumah tue. yang ni lansung tak menghasilkan buih pun.

2. Quarry Tile Floor Cleaner
liquid untuk mencuci lantai dinning, dapur, dan juga kaki lima. mop sekali jak and tak perlu di bilas dengan air lain.

3. Heavy Duty Degreaser
untuk menanggalkan kesan kotoran seperti oven, fryers and outside surfaces. pencuci ini more too menghakis kesan kesan kotor yang agak susah untuk di tanggalkan.
: mengandungi cecair alcohol. tapi bukan yang haram di minum. benda ni kalau sembur kat tiles, cermin.. kesannya ialah permukaan tersebut akan mula terhakis. silap silap boleh berlubang.

4. Glass & Multi surface cleaner
cecair untuk mencuci mana mana permukaan cermin, tingkap dan kaca. 

5. Divoklen
pencuci tangan. yang ni maybe korang besa pakai sebab ada di mana mana restoran fast food. cecair pencuci tangan berwarna pink atau merah. 

6. D4 Tab
sanitizer khas untuk penggunaan barangan dapur dan juga sayuran. usually, vagie yang dihantar kepada kitchen akan di cuci dan menggunakan sanitizer D4 tab ini untuk membasmi kuman. 
: ingatkan sanitizer ini khas untuk kegunaan tangan sahaja.

ok. itu jak. lepas kena briefing, ARM bagi satu kertas soalan dan kena jawab semua soalan. wahhh! nie yang aku lemah bila tiba bab bab ujian or quiz. hahaha. ARM kat depan, boleh pula aku tiru jawapan member. haha. 

kelas kemudian tamat pada jam 11am. nasib lah sepanjang kelas berlansung tu, tiada customer datang. macam dorang pun faham faham juga kami ada kelas masa tue. aku pun kena hafal and ingat serta fungsi bahan bahan kimia ni semua, takut kena interview next week.

:: Akhirnya, dapat juga kerja selama 6jam. jyeahhh! happy.
:: esok ada meeting. politik punya hal.

Thursday, 12 July 2012

another new bloglist

baru jak hari tue tamat Segmen : Bloglist Winter SheLittleSunshine then bila aku dah update kesemua contestant ke dalam bloglist Winter aku terasa seperti menghadapi sedikit masalah. masalah teknikal atau apa? ermm maafkan daku kalau entry ini bakal menyentapkan hati sesetengah pihak. dan maafkan daku juga. daku sedar bahawa dengan tugas baharu sebagai pelajar, pekerja dan blogger dalam masa yang sama, mungkin akan menyebabkan daku menghadapi sedikit kesukaran untuk berblogging. harap maklum.


bila daku ada masa terluang selepas balik dari kerja, sudah tentu lah daku akan spent time untuk berblogging dengan bantuan WiFi daripada jiran. seperti biasa, balas komen dan singgah balas semula ke blog tersebut. update entry. dan kemudian blogwalking ke blog yang ada di sidebar. tapi.. tu diaaaa.. 


masuk one by one.. tengok entry.. tak taw nak komen macam mana selain daripada meninggalkan ucapan 'good luck and all the best' apabila hampir semua blog bertemakan entry ' segmen, Ga, bloglist dan contest segala bagai'.. maafkan daku kalau daku terus direct to the point. daku pun mencari entry yang bukan berbaur contestant segala bagai dan adalah juga jumpa. ok. bagus. 


nak cakap macam mana erk.. bukan salah mereka untuk buat entry sebegitu juga, dan bukan salah daku juga memasukkan mereka ke dalam bloglist daku tapi daku mencari blog yang betul betul blog. blog yang berkongsi cerita, idea, pendapat, pengalaman, or yang seangkatan dengannya. blog yang mesra alam bila mana setiap komen di balas dan mendapat respon yang positif. senang hati baca entry, bertukar balas komen, return visitors dan silap silap terus jadi silent reader dalam diam kalau sudah tidak mampu untuk berkomen seperti biasa. ayat daku dah mula bertapis. maafkan daku. maaf. arhhh.. mengapa kaaa..

jadi dengan ini, daku buat lagi satu bloglist. bloglist yang mana daku rasa sesuai untuk di hadam dan di cerna oleh pemikiran daku. bloglist yang mana mengandungi blog blog yang mungkin boleh memberi idea, rasa dan juga berkongsi pelbagai perkara selain daripada contestant segala bagai. tapi jangan risau, walaupun dengan adanya bloglist baru ini, daku tetap berkunjung balas ke bloglist yang lain juga. 

Autumm Away

:: ayat ku dah cukup bertapis. huhu mohon jangan ada yang marah. blog itu adalah hak mutlak setiap individu. terpulang kepada individu untuk mewarnai blog mereka dan terpulang juga kepada mereka mereka yang follow blog tersebut untuk meninggalkan respon yang baik ataupun tidak. 
:: aku bukan hanya mengejar followers tetapi ingin menambah kenalan dan berkonsgi melalui medium yang luas ini.percayalah.

Segmen | Segmen Siapa Nak Doodle Part 2

klik bannr untuk joins

Nama : SheLittleSunshine
Mata : 1
Rambut : Hitam 
Baju : Violet - #8D38C9
Seluar : Hitam 
Kasut : Violet Red - #F6358A
Reben : Medium Purple 2 - #8467D7

Homework #2 | Pizza Hut - Western Food - rice

I'm home!
penat! weekday tapi macam weekend. kalau sunyi, sunyi betul.. tapi kalau ramai customer boleh jadi ribut semua services crew. hari nie kena bagi job 'Door Person' iaitu menjaga main door and greet customer yang datang then setting table untuk mereka yang dine in. kerja senang jak tapi bila dah ramai yang datang, automatically turun ke bahagian services and tolong serve sekali. 

serve sahaja, bukan take order. haha kalau ramai customes untuk 1 table, aku tak berani nak amik sebab masih baru takut tersilap pula. tak pasal pasal kena bayar untuk mistake ordering. lagi satu, aku tak berapa suka nak amik order untuk 1 or 2 person sebab aku nak elak kan dari kena CMS sebenarnya. haha next entry aku cerita apa itu CMS. kot kot esok aku dah kena CMS.. fuhhhh.. jangan laa..

ok. homework hari ini ialah pasal Western Food iaitu Rice. di Pizza Hut kami ada menyediakan 'nasi' ala western food iaitu Tempura Prawn Garlic Rice, Grilled Chicken Baked Rice dan Cheese Baked Rice. 

Tempura Prawn Garlic Rice - ialah nasi beraroma bawang dengan campuran bawang goreng, kepingan ayam, ketam, cendawan dan juga udang tempura.

Grilled Chicken Baked Rice - beras wangi yang di masak bersama hirisan bawang, cendawan, brokoli, cheese dan juga 'pepper chicken cubes' yang di campur bersama sos carbonara dan sos putih.
Cheese Baked Rice - daging ayam bersama sosej ayam, bawang, cendawan dan nasi minyak bersama sos putih dan cheese mozzarella. 

bagi menu ini, setiap nasi akan di masak ala ala western. kalau nak yang style local pula boleh tengok di sini. tu jak homework untuk kali nie sebab kalau nak buat banyak banyak, nati korang yang tumpang baca pun boleh jadi pening sekali.. hehe

:: esok ada 'Chemical Cleaning Class' .. nati aku update.
:: entah bila boleh dapat shift 5 or 6 hours. 

Wednesday, 11 July 2012

Spontaneous Thursday #6 Nikmatnya Sakit Itu

"apabila kita merasa sakit itu adalah kerana Allah ingin mengangkat darjat kita dan tanda kasih-Nya DIA terhadap diri kita selain daripada menghapuskan dosa kita. Dan apabila kita telah sembuh dari sakit itu adalah kerana DIA ingin kita ingat kepada-Nya dan kembali beribadat dalam keadaan sihat walafiat. "


:: kadang kala, apabila kita sakit itu adalah kerana Allah sayang kita dan ingin menguji kita. kerana sakit itu jugalah dia ingin mengelakkan kita daripada bencana lain yang mungkin akan menimpa kita. wallahualam.


apa beza Spontaneous Thursday dan Wordless Wednesday nie?
Spontaneous Thursday - adalah ayat
Wordless Wednesday - hanyalah sebuah gambar

stop judging by it's cover or behavior!

update sastera


dia solat lima waktu or tidak, itu urusan dia dengan Tuhan dia. soal perasaan, itu urusan dia dengan Hati dia.  soal kebaikan yang dia buat, itu terpulang dengan niat dia. berburuk sangka pun, free free debit dosa dengan kita, dia pula kredit pahala.
yang aku tahu, dia antara orang yang paling baik pernah aku jumpa. orang yang paling berhemah, tahu menghormati orang tua, orang muda dan kanak kanak or orang lain. baik dari segi tutur kata dia yang lembut dan sopan. 
tapi jangan sebab perkara silap yang dia buat, semua keburukan sahaja yang di pandang sehingga kebaikannya di tutup. please! 
even orang yang solat lima waktu sehari pun tapi kalau hati dia busuk dan selalu mengata orang setiap hari, sama juga. apa lah ertinya? itu urusan dia dengan Tuhan dia. kita sendiri tak tahu sejauh mana pahala kita di nilaikan?
Kerana seekor anjing, pelacur masuk syurga & kerana seekor kucing, wanita masuk neraka.
Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anh bahawa baginda bersabda:
”Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. “ [Shahih al-Bukhari – no:3467]


Rasulullah S.A.W. bersabda, ”Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.” [Shahih al-Bukhari – no:3318]
Buruknya nama seorang pelacur di mata semua orang tapi hanya kerana kebaikan yang dilakukannya, di angkat darjatnya oleh Allah. begitu indahnya seorang wanita tetapi hanya kerana kejahatannya terhadap haiwan, maka begitu jugalah balasan yang diterimanya oleh Allah.
kita sedar tanggungjawab kita sebagai seorang muslimin dan muslimat. itu semua daripada diri kita sendiri. baik buruk kelakuan dan tindakan kita, hanya Allah yang mampu menilainya. 
p/s : kalau pun dia pernah buat kesalahan macam tue, jangan lah menilai semuanya dari segi keburukan. 


:: apa aku post nie? hati gundah gulana semacam.. allahuakbar.. jauhkan lah perasaan buruk dari hati ku..
:: nak sakit hati kat orang, kekadang mampu, kekadang tidak.. 
:: hanya mampu berdiam diri sahaja. cakap panjang lebar, jadi gaduh. diam bukan bererti salah atau mengaku kalah.

Tuesday, 10 July 2012

Saya PART TIME - Student, blogger, kerja

update ringkas. 

hari nie start daftar untuk pelajar semester Super Senior. apa itu semester Super Senior? rujuk sini. rushing wooooo.. maw nangis kejap pun ada gak. baru tadi Pie'e SMS, da ready kaa? padahal aku baru jak nak blogwalking dengan keadaan line yang lembap semacam. dah la menumpang WiFi jiran. mohon maaf kerana aku  masih tak dapat nak blogwalking, cuma sempat singgah ke beberapa buah blog jak tadi. itu pun aku dah bangun awal jam6 sebab semalam takda line lansung. nampak tak semangat nya aku dengan blogging nie?

lepas daftar semester ni, kena urus KWSP and Socso pula. then pi buka satu lagi akaun bank iaitu Maybank then buat akaun ASNB. banyak kerjaaa.. pulang nati belum tentu dapat online sebab aku bergantung dengan WiFi jiran. broadband pula da tamat tempoh kalau tak, sah sah habis kerja aku terus online memanjang.nasib lah hari 1st day kena bagi Off Day so boleh urus segala hal and setel sampai tiada yang tertinggal.

 bila teringat dengan status diri sekarang nie, aku cuma part time Student, blogger dan kerja. perghhh! 3 tittle. terasa huru hara kejap hidup sebab masih mencari ruang untuk bernafas dengan tenang. jadual masih kerja masih berhambur even kerja cuma 4 jam tapi penat. Fastfood line kan. kerja kena cepat, servis kena terbaik.

mohon maaf dari diriku yang masih tidak terurus. ada sesiapa yang sudi nak sponsor line supaya aku senang nak online nati? hahaha terima kasih kerana sudi baca. ok. nak bersiap dulu. baju tak iron, mandi pun belum. aku mendahulukan blog aku baru study. HaHaa tapi aku lebih mengutamakan solatkan semata mata kerana Dia. 

semoga dikurniakan rezeki pada hari ini. amin.


kbai.

-MyMy-

WORLDESS WEDNESDAY #5 Jom mendaftar Super Senior

Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka
tanpa meletakkan apa apa description gambar tersebut,
biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa
penjelasan.
For more info : Wordless Wednesday

2nd Classmate's Wedding


Hari tue Wedding Suhaira, kali ini Pipie pula. Wahhh jely gilerrr.. terasa sangat umur 21 ni macam dah tua or patut kahwin daa hehe. Tahniah buat Puan Norhidayah dan suami kerana telah selamat mendirikan rumah tangga pada 6hb Julai 2012 yang lalu.

Photo: Tahniah semoga berbahagia selamanya..
 Excited sangat bila dapat invitation dari classmate sekolah menengah. bila tengok Pipie bersanding, rasa sebak dan nak nangis pun ada sebab dulu satu kelas, satu hostel tapi lain dorm. TupTupp lepas tamat STPM, dia kerja then tetiba dapat invitation pergi wedding dia. Wahhh kami yang masih study dan berkerja aku jak nie pun bukan tak nak kahwin tapi macam jauh lagi perjalanan.. HaHaa 1000km to go through..

Photo: alhamdulillah..smuanya selesai dgn lancar..
paling mengejutkan kami ialah bila pilihan Pipie untuk menamatkan zaman bujangnya BUKAN dengan Mr.A tetapi orang lain hihi. sampai jak dekat majlis dia, semua kecoh dan bertanya kenapa bukan dengan Mr.A? bila lagi dorang clash nie? haha rasa macam tidak sopan sungguh sebab ungkit kisah lama time majlis dia. hehe sorry babe :)

classmate time form 3 dan form 4-5

Ex's Aspuri Sanzacians

meet my Encik Bestfriend 
pipi aku asal tembam sangat >.<

gambar tak banyak sebab aku main cilok jak dari Fb.. tengah rushing.. balik dari kerja terus get ready and beli hadiah then pergi majlis dia.. terasa rugi pula if tak datang wedding classmate, nak lagi bila da kena jemput.. ada orang cakap, wajib datang ke majlis perkahwinan kalau dah di jemput. ye ka? anyone can confirmed it.. 

Buat Pipie dan Suami..
tahniah once again. semoga perkahwinan kamu berdua akan berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat. tahun depan daa ada baby daa, bilang c azyan. haha excited kami lepas ni tunggu invite untuk majlis cukur jambul anak dia hehe.. 

:: aku menunggu si dia pulang Sabah dan hantar cincin. haha cepat pulang lerr..
:: lepas nie boleh berangan nak kahwin daa sebab dah cukup umur. 

Tamat | Pemenang | Senarai blog Segmen : Bloglist Winter SheLittleSunshine


Morning! / Evening! (patutnya entry tadi pagi )
Alhamdulillah... tamat sudah Segmen : Bloglist Winter SheLittleSunshine .. penyertaan pun lebih daripada 20 orang dan aku tak nak kira sebenarnya tapi di sebabkan aku dah cakap hari tue, di penghujung segmen ini aku akan buat satu cabutan undian untuk satu blog bertuah, maka blog tersebut akan mendapat special gift but depends sama lelaki or perempuan. hehe.. so tengok senarai nama dulu then baru tengok siapa pemenang special gift kali nie..





pemenangnya ...


NO . 13
Tahniah! 

besar sangat generate number aku ni. haha tu jak aku taw guna. nak print out and pick macam biasa tue, banyak kerja pula. so jangan ada yang marah yaa.. tunggu nati bulan ramadhan, ada satu lagi segmen special and limited untuk blogger yang terawal buat entry. 

Bloglist dekat sidebar ada yang belum terUpdate, MAAF. akan di update secepat mungkin sebab line slow sangat. sponsor WiFi please :)
terima kasih sebab sudi join segmen ini. 

Monday, 9 July 2012

Segmen | Bloglist Winter SheLittleSunshine

-stick note-

Bismillahirrahmanirrahim
dengan ini bermulanya Segmen : Bloglist Winter SheLittleSunshine.. dekat sidebar blog nie ada 3 Bloglist iaitu Spring WaltzSummer Senior dan Winter Forever .. so kali nie MyMy nak open bloglist 'Winter Forever' kepada semua blogger yang berminat nak join. Bloglist ini akan kekal sehingga hujung tahun 2012. lama kan? InsyaAllah bila masuk tahun baru 2013 pula, kesemua bloglist tersebut akan di Up kan ke dalam bloglist 'Summer Senior' pula. 

:: dalam blogwalking, MyMy selalu akan beri keutamaan kepada yang komen entry dan kemudian barulah melawat bloglist yang ada dekat sidebar and last sekali MyMy akan terjah blog yang MyMy follow one by one.

syaratnya :
Banner

1 ) Buat entry yang bertajuk 'Segmen : Bloglist Winter SheLittleSunshine' 
2 ) Like page INI .. tak paksa untuk like
3 ) Letak banner di atas dalam entry. BUKAN header okayy.
4 ) Tag seorang blogger.
5 ) Siap? tinggalkan link ke dalam komen entry ini.  

::  At the end of segmen ini, MyMy akan cabut 1 undi menggunakan Random.Org.. special bloglist akan mendapat satu free gift tapi depends on blog sama ada blog tersebut pemiliknya perempuan or lelaki.

Tarikh tutup segmen : 9hb Julai 2012 | 11:59PM

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014