Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Saturday, 30 June 2012

Lambaian July 2012


Hello bloggers!
welcome home July 2012 and farewell June 2012. 
thank you for the wonderful moments of  June 2012. perghhh! aku sangat sangat enjoy dengan bulan cuti kali nie. haha banyak lagi benda menarik sebenarnya yang dah berlaku and biarlah ianya menjadi rahsia. hehe
rahsia lah sangat. apa pun, tak lama lagi aku dah nak start kelas,so perancangan aku untuk bulan ini adalah 
lesen memandu
new semester
new novel
kerja part time
booked ticket
Nikon D3100

perghh! kemain wishlist aku. hahaha..

ohh ya.. July 2012.. 
thank you juga sebab hari ini aku telah menamatkan mogok merajuk yang aku telah lancarkan kat kawan aku hari tue. memandangkan dia dah sampai ke Sabah pun tadi malam so aku happy. haha. 
welcome home babe!
tak sabar nak jumpa sebab nak suruh ko spend aku makan kat Upperstar lagi haha.


Belajar buat Light Trial | Nikon D3100


Semart! tapi bukan aku yang amik gambar nie. haha pinjam gambar member dulu. ingat nak buat light trial or bokeh nie malam tapi hari nie satu hari kat rumah jak buat scrub body and pedi menicure dengan my sister and my mom. haha. happy weekend kan so haruslah spend time dengan family.

so kerja aku macam biasa lah, mengGoogle segala bagai tutorial sampaikan aku nak blogwalking pun tengah tengah subuh. haha harap maaf, saya bukan blogger tegar yaa.. hihi.. masih mencari mood untuk blogging tapi yang pastinya, semua blog yang aku follow, memang aku akan singgah one by one biarpun agak lewat. 

Light Trial

Light trail effect adalah salah satu hasil seni yang diminati ramai dan semestinya para pemilik DSLR perlu memiliki ilmu "kreatif" ini. ini adalah step mudah untuk menghasilkan "light trail effect" menggunakan DSLR. Ianya adalah salah satu effect yang paling mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja (yang mempunyai kamera dengan mode BULB)... aku pun baru jumpa mode BULB actually. haha

1st step:
Pusingkan Dial kepada 'Manual'..

2nd step :
Turunkan shutter speed sehingga mode 'Bulb' dipaparkan pada screen.
#Pusingkan dial untuk menurunkan shutter speed sehingga memasuki BULB mode.

3rd step:
Halakan lens ke arah objek yang sedang bergerak.Tekan "shutter release button" dan hold buat seketika, dan lepaskan button "Shutter release"..sekarang lihat bagaimana hasilnya....

Tips:
1.Carilah kawasan yang sibuk dan bercahaya..contohnya di atas jejantas.
2.Gunakan Tripod untuk mengelakkan image dari kelihatan kabur disebabkan oleh 'hand shaking'.
3.Untuk mengurangkan gegaran pada kamera,anda dinasihatkan untuk menggunakan 'Remote Release Button' yang sesuai dengan spesifikasi kamera anda.
4.Gunakan ISO yang paling rendah.Contohnya ISO 100..bagi menghasilkan gambar yang "fine" dan menarik

credit to TrueDSLR sebab bagi tutorial yang easy. aku belum praktis pun benda nie sebab nda keluar rumah lagi. haha maybe esok kot baru main dengan light trial and bokeh. tutorial nie pun aku share jak supaya aku nda lupa and ingat. hahaha. mana taw korang pun boleh try buat. yang sudah pro tu, sila bagi tunjuk ajar ya sebab Saya Budak Baru Belajar.


p/s : yes! ada sudah sorang member yang nak ajak buat shoot malam esok. harapa jadi. 

Friday, 29 June 2012

My First Bokeh | Nikon D3100

kemain aku semangat belajar dengan benda nie. haha. lepas jak buat entry Saya budak baru belajar Nikon D3100, aku teruskan lagi usaha dengan mengGoogle tutorial yang berkaitan dengan beginner and basic for Nikon D3100. macam macam tutorial aku jumpa, and yang paling easy bagi aku ialah tutorial 'Bokeh'.. 

Apa itu Bokeh? Boker berasal dari perkataan dalam bahasa jepun, ianya merupakan satu istilah dalam fotografi yang merujuk kepada kabur (blur) pada gambar. Kabur ini adalah disebabkan oleh kawasan yang berada di luar titik fokus yang dihasilkan oleh lensa kamera.

aku refer dengan tutorial nie kat YouTube.

my first bokeh on 1:31AM


3rd shoot

4th shoot

actually 89 pictures and aku start amik gambar daripada jam 1:30AM sehinggalah habis bateri camera pada jam 2:48AM hahaha. aku rasa selagi tak habis bateri camera tu, sampai ke subuh lah aku praktis snap shoot 'bokeh' nie. hahaha. oh ya, hasilnya tak seberapa and tak berapa sharp lagi. huhu. ye, saya budak baru belajar. tapi sekurang kurangnya aku dah taw basic untuk buat bokeh. thanks la Google. I owe you.

lepas nie nak try tutorial lain pula and nak tunjuk gambar nie kat ayah, dengan harapan dia akan sponsor Nikon D3100 untuk aku. wahahaha berangan. sebelum raya bulan Ogos ni, aku dah target nak beli camera Nikon D3100 nie. hwaiting! 

Saya budak baru belajar Nikon D3100


baru lah terhegeh hegeh nak belajar dan bermain dengan DSLR. haha dulu masa ayah sibuk nak turunkan ilmu, lari pula. malas nak amik port pasal camera semua nie. sekarang ni, baru laaa nak amik port and berminat. maybe sebab dulu ayah guna camera jenis Canon then tukar ke Nikon. 

so sekarang ni guna Nikon D3100. memang beginner habis laa. sebelum nie pun  aku amik gambar asyik pakai mode auto jak. haha nak harapkan guna mode lain macam 'hampehh' sebab tak taw guna kan. buku manual pun ntah mana. last last menapak kat google dan cari tutorial for beginner and basic Nikon D3100. 

jumpa tutorial pasal Aperture, Shutter Speed dan ISO. three basic dalam menentukan exposure. seriously, saya budak baru belajar. 

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

thanks Zahir Turion for the tutorial. memadai bagi aku untuk belajar segala gala nya daripada blog dia. simple and mudah di fahami. walaupun aku tengah memerah otak untuk hadam notes yang macam complicated di atas tue. haha and last sekali, jumpa video nie. lagi simple and practical. 



tu jak. baru lah terasa best bila amik gambar nie kan. haha. tapi kekadang rasa rugi juga bila jadi photographer sebab takda muka sendiri.


p/s : teringin nak ada Nikon D3100 sendiri.

Thursday, 28 June 2012

Kecewa dengan Germany dan Domain | Hosting

Hello blogger's.. satu hari suntuk aku nda online sebab ketiadaan WiFi. maklumlah, menumpang WiFi free dari jiran. tak boleh nak sakit hati sebab tue WiFi orang lain, tapi hati aku nie hah, makin sakit bila Germany kalah dengan Italy. Hamppehhh! 

kecewa yang teramat sangat sebab daripada first game sampai lah ke semi-final, akhirnya Germany kalah dengan Juara FiFa World Cup 2006 iaitu Italy. wa sudah under estimate lu Italy. team lu memang hebat dan gempak tapi arghhh tak puas hati. kenapalah 2nd goal tue buat hati wa sakit. sakit bukan apa, tapi sakit dengan kenyataan yang wa buat dekat Timeline fb wa. dushhh! padan muka.


'Kalau Italy menang, tukar laa p domain and hosting ni esok. fFuhhh please laa Germany, don't break my heart. but u did. arghhhh! ! !

tetiba buat statement macam tue and bila Italy menang, aku kena berpegang dengan kenyatan tersebut. Hello domain and hosting. sabar yerr.. nda lama lagi, wa tukar laa nie tapi tunggulah dulu semester baru buka dalam masa dua minggu lagi. 

followers baru seciput tapi dah nak tukar hosting dan domain. takpa la, bukan aku nak kisah sangat kejar followers, tapi aku tak nak blog ni problem lagi sebab nie adalah blog baru. blog lama aku dah kena delete. rindu dengan blog lama. nak cari member lama pun satu hal, nasib laa ada jumpa balik juga. sad sad.

 then ada blogger ni suggest kat aku untuk tukar domain and hosting. termakan dengan kata-kata yang bukan hasutan dan price $$ yang dia bagi pun murah so, Yes bro. bagi saya masa. next month saya tukar domain and hosting. 


p/s : Spain, please laa jangan kasi kecewa hati wa lagi. kalau tak, wa borong novel novel yang ada dalam wishlist wa nie.

Wednesday, 27 June 2012

Spontaneous Thursday #4

" Xabi Alonso scored both of the goals and was awarded as the Man of the Match. I Heart You SPAIN #VivaLaEspana "

I'am Xabi for the whole day. Next is Germany. Come on Germany, lepas nie kalau lu menang dan mara ke Final pastinya hati wa jadi gundah gulana sebab wa sokong lu Germany dan eSpain. terpaksa wa berpatah arang kalau macam nie. 

apa beza Spontaneous Thursday dan Wordless Wednesday nie?
Spontaneous Thursday - adalah ayat
Wordless Wednesday - hanyalah sebuah gambar

My best friend's wedding to be | Pengapit


siapa pernah jadi pengapit pengantin perempuan? orang cakap, kalau jadi pengapit nie konon nya jodoh dorang akan cepat sampai haha tapi sampai sekarang jodoh aku ni hah tak sampai sampai juga. orang tue sibuk nak sambung degree hihi. btw, nie picture awal tahun kot, one of my cousin's wedding. actually ada dua tapi tak ada picture cousin yang sorang lagi. heh! jadi pengapit nie pun kira boleh nervous ok. 

alhamdulillah, tadi pagi dapat message dapat kawan baik aku. akhirnya tarikh untuk pernikahan dia telah di percepatkan dan di tetapkan pada pertengahan bulan Ogos iaitu masa RAYA ok. dan dia juga telah memilih aku sebagai pengapit pengantin bagi pihak dia.  EXCITED. well, you know RAYA? itu bermakna, pada tahun ini aku akan beraya di Pahang, bukan di Sabah dan ini adalah raya terakhir aku bersama dia sebelum dia bergelar 'Isteri' .. sanggup lah aku pujuk ayah and mak aku berabis lepas ni supaya dapat lepaskan aku untuk beraya kat Pahang. 
 imagine, kawan baik korang nak kawen and dia pilih korang sebagai pengapit dia, siapa yang tak terharu? 

punya aku excited and rasa sebak.. sedih.. nak nangis pun ada sebab aku sendiri tak sangka jodoh dia dengan orang lain sebenarnya. apa pun, aku tumpang gembira sangat sangat. suppose by the end of the month, dia akan turun ke Sabah tapi memandangkan tarikh wedding dia dah nak hampir, so mungkin tak jadi kot turun sini. 

aku dah plan nak bagi gift kat dia tapi dalam di lemma pula daa. baru baru nie masa fetching my mom kat KKIA Terminal 2, aku sempat singgah kat kedai Diamoney sebab nak cuci cincin. then i saw a couple pendant. dah jatuh hati pun rasanya masa tu and kalau boleh nak beli terus tapi aku tak bawa purse pula. bagus. keluar ke area bandar tapi tak bawa I/C and purse. so nice. and lupa pula nak take picture. so aku just google and found this picture. lebih kurang macam nie la..


then masa tengah online facebook pula, baru teringat pasal order beg hari tue. biasanya aku beli beg secara online dekat Lolavelyshop. actually nak beli satu jak untuk diri sendiri tapi bila tengok gambar nie, terus dah fikir lain. nak beli dua pula. haha one for me, one for my best friend. beige and yellow colour. just so nice.
so nak minta pendapat korang. which one is better? couple pendant or bag? please.. really need ur help. aku dah tak taw.. tapi jangan laa suruh beli dua dua pula. pokai habis. dah lah nak beli tiket untuk raya hehe. bukan berkira, just gift nie sebagai tanda aku menghargai persahabatan kami.. since dia pun nak kahwin daa. harap kami akan kekal berkawan sampai bila bila. 

p/s :
tadi dah bagi tahu ayah pasal nak jadi pengapit pengantin and my dad cakap," hah! jadi pengapit? silap silap nanti sangkut dengan orang sana pula. lagi susah. " oh dad! please laa okayy. kena suruh jadi pengapit, bukan nak jadi bakal pengantin. 

Tuesday, 26 June 2012

WORLDESS WEDNESDAY #3 McFlurry

Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka 
tanpa meletakkan apa apa description gambar tersebut,
biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa 
penjelasan.
For more info : Wordless Wednesday

I'm a super senior


finally. aku berjaya juga mendaftarkan diri sebagai Super Senior. kalau boleh aku nak melambat lambatkan lagi proses daftar nie haha. based on my previous entry, ini adalah semester terakhir dan peluang terakhir aku bagi aku. err bukan lah LAST sangat tapi bagi aku ini adalah yang terakhir sebab aku tak nak extend lagi. sakit weyhh! 

two or three weeks before final exam, pihak unit exam sudah keluarkan list name student yang kena bar dari amik final exam and yes. nama aku ada sekali. no.6 rasanya. haha aku masih ingat lagi. tue lah first time nama aku naik ke meeting exam and terus kena tampal kat luar pejabat. once list name dah keluar, aku mula cuak and buat rayuan untuk masuk FE. so after urus rayuan tue, aku buat relax and study sebab ada 6 paper kan nak kena amik.

then, habis jak final exam untuk paper ke-4 iaitu Operation Management, tetiba aku kenal panggil oleh PA untuk berjumpa dekat office. dalam fikiran aku masa tu, sah rayuan aku tak lulus ni. so aku pun pergilah ke office dengan Achap and Pie'e sebab dorang ada drop subject so memang kena extend without any intention
and sampai sana jak, PA aku terus hulur slip kat Achap, Pie'e and AKU. WHAT?? 

ohhmyyyy! rasa nak rebah jak masa tue. nak nangis pun, dah lambat. nak tak nak, wat muka happy. then Hanizam and Oyen pun terus datang and tanya. aku pun just show that slip kat dorang and muka dorang pun terus berubah jadi sedih. sorry guys, aku dah kecewakan korang. nak lagi Hanizam, dia lah yang paling frust bila dapat taw aku tak dapat masuk FE untuk paper finance.

sedih. ya. sepa yang tak sedih sebab tue last semester tapi boleh pula aku kena bar and extend satu semester sebab buat silap masa PnP. padan muka. banyak sangat main. nyesal pun dah terlambat. tapi bersyukur gak sebab Hanizam still bagi support and siap sindir aku. sengal! haha

so, 11hb Julai 2012 nanti aku kena daftar untuk semester ke-7. I'm a Super Senior okay. haha boleh lagi bangga. bukan nak trip tapi untuk push up diri aku study and buat yang terbaik memandangkan ini adalah kali terakhir aku amik paper nie.. lepas ni aku nak masuk kelas lecturer lelaki pula. tak nak perempuan daa.. 

korang yang tengah study tue and sekarang ni dalam semester ke 5 or 6.. or baru jak start semester, please. buat yang terbaik. study betul betul. jangan banyak buang masa and fikir benda yang tak berfaedah. tak pasal pasal kena repeat or extend semester. 

apa pun, harap dengan extand semester ni akan membawa perubahan yang baik kat diri aku. masih ada peluang untuk aku up pointer. dan mungkin ada hikmah di sebalik semua nie. insyaAllah. satu lagi hal, nak kena urus scholarship pula daaa.. 

Super Senior sebab extend satu semester jadi lah sem7
Super Dupper Senior pula extend dua semester jadi lah sem8

cukup lah jadi Super Senior.
kbai.

Segmen | JOM TAMBAH GENG BLOG

klik banner untuk join
thanks Ika sebab tag MyMy
hadiah dia RM200.. fuyoOo.. untung2 menang RM200.. nda pun dapat RM50 hihi
nak tag macam besa

sorry..
wa dah takda member lain nak di tag
masih baru dalam blogging and dalam proses nak beramah mesra dengan follower lain

Monday, 25 June 2012

Blog Melayu mampu ke peringkat antarabangsa

Tahniah buat Amanz Network kerana berjaya memartabatkan blog melayu sehingga ke peringkat antarabangsa. Amanz Network yang di terajui oleh Aman Firdaus ( founder ) dan beberapa lagi orang terpenting seperti CEO Tekong, Obefiend dan juga Nisa Kay kini mempunyai pengaruh terbesar di dalam sosial media massa terkini.


bangga kejap bila menjadi salah seorang blogger walaupun tak femes mana tapi sebagai blogger, pengaruh di dalam sosial media massa itu sentiasa memberi ruang untuk dipergunakan sebaik mungkin. siapa cakap blogger melayu tidak mampu berdiri sama tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa. Amanz Network telah membuktikan apabila mereka mampu menyumbangkan artikel serta memfokuskan kepada perkembangan dunia IT dalam dan luar negara. 

actually ternampak news ni dekat facebook Bro Framstone. siapa yang tak kenal Bro Framstone tue, wa berani tukar domain and hosting blog ini pada bulan hadapan hehe. Bro Framstone merupakan fulltime blogger, selain daripada AriffShah dan juga Aman Firdaus. mereka bermula daripada bawah dengan membawa nama 'blogspot' sehinggalah mampu mendirikan nama yang tersendiri dan mempunyai pengikut yang ramai. nak jadi seorang fulltime blogger bukan mudah, malah mengambil masa serta memerlukan komitmen yang tinggi. 

semalam, Along Xp ada suggest kat aku untuk tukar hosting dan domain, well cadangan yang menarik tapi aku masih mempertimbangkan cadangan tersebut. bukan takut nak bazir duit kalau nak bertukar hosting dan domain tapi aku terfikir.. blog yang aku bawa sekarang ni, mampu bertahan ke selain dari memberi manfaat dan berkongsi pendapat serta pengalaman dengan orang lain? nak lagi aku bukanlah seorang fulltime blogger, aku hanyalah part-time blogger sahaja. 

sekarang nie pun, kehadiran blogger blogger baru ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan semakin berlambak sehingga aku terfikir.. nak jadi blogger nie hanya sebab nak dapatkan duit semata mata ke? ramai yang berblogging sebab nak dapatkan side income daripada iklan iklan yang di berikan, tak salah rasanya cuma kalau setakat nak dapatkan side income tapi tak sungguh sungguh dalam blogging, tak kan ke mana. tapi kalau dah rezeki iklan banyak, alhamdulillah. apa yang aku harapkan, akan lahir lebih ramai blogger blogger lain yang mampu membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

last, tak salah pun sebenarnya nak berblogging. aku tak minat dengan nuffnang semua tue dah even dulu penah juga jadi customer dia hehe tapi sekarang, aku tak tahu blog ni nak fokus arah mana selain berkongsikan pendapat dan pengalaman kecuali dalam tempoh setahun, mungkin blog ini berubah wajah menjadi orang tengah untuk bisnes aku. one day. aku tengah plan nak buat bisnes kat area Kota Kinabalu. bisnes apa? nanti aku kongsikan. keadaan sekarang tak mengizinkan aku untuk melangkah ke hadapan sebab aku masih terikat dengan jadual kuliah dan masih belajar selok belok bisnes. insyaAllah.

 rindu dengan blogger lama. Nelly, Iqbal Hakimi, Syafiq Rosli, Aman, Nazirul Hazwan ~ ramai lagi yang dah mula kurang aktif dengan blog. dulu kemain rajin korang datang blog aku kan. sekarang rajin tweet jak.


:: entah bila ada kesempatan untuk berjumpa dengan Bro Framestone.
:: dah kurang kenal dengan blogger baru sekarang nie..

siapa cakap lelaki hensem tak pandai memasak?

orang cakap 'the fastest way to a man’s heart is through is stomach but what about when it’s him doing the cooking?' anyone? Diva's Universal kini akan mula menyiarkan rancangan realiti bersiri iaitu ' Hot Guys Who Cook' yang menampilkan lelaki lelaki yang mungkin agak familiar di Malaysia, Hong Kong, Singapore dan Filipino dan di kalangan mereka adalah pelakon, model, bekas pemandu F1, hos radio dan DJ. 

they're not just hot guys, the're hot guys who share a passion for cooking and of course, mereka nie sangat sangat suka memasak. in every episodes, mereka bukan sahaja akan menghuru hara kan dapur selain menurunkan ilmu memasak tapi mungkin juga mereka akan berkongsi tips dating dan cerita cinta mereka. ohhh mayyy ~ they're taken already maybe hahaha. 

so, let's meet the hot guys.. kalau macam nie lah, setiap hari aku terpacak depan tv nak tengok dorang memasak. ke tengok muka jak? hehe. well, lumrah alam kalau semua orang suka tengok benda benda yang lawa, cantik, hensem, semart.. jangan cakap aku bajet gatal pula. korang pun, kalau ada bf, sure akan puji mana mana model or artis yang hensem kan? so tak salah pun kalau minat dan tengok. 

Geogre Young 
an actor, a lawyer, half Greek and half Chinese
from Singapore

Henry Golding
winner of Elle magazine's Host of the Year

Erwan Heusaff
business manager and writer

Drew Rivera
half American-Filipino
Basketball player's from Philippines

Alex Young
siapa tak kenal, ketuk kepala korang.
bekas pemandu F1.

Bobby Tonelli
gadget man, American actor, model, 
singapore DJ

Victor Basa
model, host from Filipino

Redza Minhat
from Malaysia
banker, an actor and resident writer

p/s : siapa cakap lelaki hensem itu hanya pandai bermain dengan kata kata cinta sahaja. dorang juga taw memasak. hehe korang macam mana? korang pandai memasak juga ka? ka tukang makan sahaja?
Hot Guys Who Cook start hari nie.. kul 9pm hehe
kbai

update:
every monday, 9PM on channel 702
each episode they will shown 3 hot guys only with they own secret ingredients 

Sunday, 24 June 2012

Segmen | Segmen : I Follow ~ ~ ~

 


like i said before,
 aku tengah merajinkan diri join segmen and blogwalking sekarang.. 
klik banner if nak join.
^^

p/s : 
aku mengharapkan Spain bertemu dengan Germany. aku tak kisah siapa yang menang di antara England vs. Italy tapi come on England. wa dah lama support ur country okayy hehe

Movie | Brave


previous entry, aku dah cakap nak update pasal movie 'Brave' nie.. nampak gayanya musim cuti semester nie aku dah banyak melabur duit kat GSC dan Growball.. tahniah! duit gaji aku dah habis pun. first iklan nie keluar, aku tak minat pun and aku tak expect lansung yang aku akan tengok cerita ni sebab aku bukan suka layan cerita kartun kat pawagam. kat rumah lagi bagus tapi cousin's aku berjaya hasut aku tengok movie nie so layan jak. 

Brave mengisahkan tentang seorang puteri di raja iaitu Merida yang mana sejak kecil lagi telah di latih oleh ayah beliau untuk bermain dengan panah sedangkan di dalam masa yang sama menjalani kehidupan sebagai seorang tuan puteri yang sangat sangat konon nya berdisiplin dan tough di bawah pemerhatian ibunya. 
Merida kemudiannya di paksa untuk mengikut adat di raja yang mana dia seharusnya mengawini mana-mana anak sulung kerabat di raja tetapi dia mengingkari nya dan membantah keputusan ibunya. ibunya sangat bertegas dan berpegang dengan adat di raja tersebut dan tidak ingin Merida melanggar adat berzaman lamanya.. oleh kerana kecewa dan marah dengan sikap ibunya, Merida kemudiannya telah menemui dan membuat perjanjian bersama sama seorang ahli sihir hanya kerana ingin mengubah pandangan ibu nya terhadap 'perkahwinan' tersebut tanpa mengetahui, sihir tersebut akan mengubah keseluruhan hidupnya.  

so, apa yang terjadi lepas tue? korang tengok lah sendiri.. hehe.. cerita nie sebenarnya lebih menekankan aspek kekeluargaan iaitu kasih sayangnya seorang ibu dan dilemma seorang anak perempuan di dalam menentukan masa depannya sendiri. bagaimana kasihnya seorang ibu yang ingin melihat anak perempuan nya bahagia dan berpegang dengan adat kerabat di raja mereka. 

okay fine. some part tue buat aku sedih dan menyentuh hati sebab ibu mana yang tak sayang anak dan inginkan yang terbaik buat anak mereka kan?  terus aku rindu kat mak aku yang sekarang berada kat Kedah. cepat balik mak, My rindu..

adik beradik Merida
Hummish, Hubert, Harris
yang kemudian menjadi anak beruang comel.

sangat comel okayy.. seriously.. like i wanna bite them. can i?

tell me where i can find this little thingy.. they are so so adorable. 


p/s : kira, aku dah beli novel 'Takdir itu milik aku' .. 

Segmen | Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan Part II

miss Z berceloteh

segmen ke-4 yang aku join setakat nie..
mood sekarang asyik nak join segmen jak hehe..
klik banner if nak join.

bilangan follower - 33 sebab ni blog baru. yg lama 1019 tapi da terminated
negeri - Sabah

Segmen | Segmen : Kenali Komuniti Blogge

Hello blogger's.. how's your weekend? aku baru lepas menghabiskan masa dengan cousin kesayangan tengok cerita 'Brave' tapi nati lah aku update, tak mampu nak update sekarang sebab tengah fikir benda lain. lepas habis tengok cerita tu, sempat gak berborak dengan adik adik aku pasal 'Blogger' zaman sekarang. hah! tue pun nati aku akan update juga. not now.. so once i reach home, tetiba dapat assignment dari dia  nie.. entah apa angin dia pergi tag aku, tapi syukurlah sebab akhirnya dia update juga blog yang dah mula bersarang tue.. siap salin kulit lagi hehe.
Thanks Achie.


klik header if nak join, tapi jom lah join. header free ok.. 
aku suka dengan nota kaki dari tuan punya  belog tue..
Selamat bersegmen dan selamat berkenalan pada semua blogger...together we stand under one roof and support our blogger action !!  

Saturday, 23 June 2012

Segmen | Segmen Bloglist Julai-Ogos 2012 by Miera Atiera

Aku bukan angkuh
dengan cinta mu..

Aku bukan menidakkan
cinta mu..

Aku hanya tidak ingin
menjadi hamba cinta mu
yang tidak halal
bagi ku..

Maaf..
aku terlalu naif..

Pinanglah daku dengan lafaz
'Bismillahirrahmanirrahim'






jom join segmen nie..
klik banner. 


hujung minggu di habiskan masa bersama cousin cousin kesayangan tengok movie 'Brave'

Brave by Disney Pixar

Segmen | Segmen Tambah Follower Blog


dua hati nak join tapi bila tengok deadline 24hb June 2012 maka gagahkan diri juga join.
klik banner if nak join.
jom blogwalking..

Oh My Novel | Seandainya ....


berhempas pulas aku menghabiskan bacaan novel nie dari pagi sampai ke maghrib. semuanya dalam masa satu hari jak. novel setebal 886 muka surat dan ini lah pertama kali aku baca novel yang tebalnya melebihi 560 muka surat. gigihnya tak gigih.. 

Novel karya Rys Areesa yang mana memaparkan sinopsis ringkas membuatkan aku tertarik untuk membaca buku ini sedangkan aku dah target nak beli novel 'Jodoh itu milik kita' .. takpa. esok boleh beli. jalan cerita novel kali nie agak lain daripada yang lain sebab setiap penceritaan watak itu di kupas secara mendalam dan satu persatu. terasa macam layan drama versi novel pula. 

permulaan bacaan agak berat dan banyak flashback sampai aku give nak habiskan bacaan hari nie juga.. dan latar belakang penceritaan banyak di habiskan di tempat kerja Nur Dhila Areena dan Wan Zaharris. almost setengah buku baru lah aku boleh catch up keseluruhan cerita bila mana WZ akhirnya melamar Areena. *happy bila WZ propose Areena*

dalam cerita ni, Areena dan WZ banyak bermain tarik tali dengan perasaan masing masing, di mana WZ sendiri bila terlajak mengatakan perasaannya sebenar kemudian di cover dengan gurauan menyebabkan Areena yang sentiasa berahsia dan memendam perasaan berfikir adakah dia seorang yang bertepuk sebelah tangan sedangkan hatinya benar benar menyintai WZ namun dia berpegang dengan prinsip serta harga diri nya.. mana mungkin dirinya menjadi seperti 'perigi mencari timba' apabila dia telah pasti dengan perasaanya terhadap WZ dan menunggu kepastian daripada WZ untuk menyatakan cintanya secara terus terang tetapi dia dibiarkan terkapai-kapai, setia menanti cinta WZ. 

keadaan di sulitkan apabila WZ sentiasa menduga Areen dengan kisah 'Husna' dan 'girlfriend' nya yang lain. dia ingin menguji ego Areena sedangkan dia sendiri berperang dengan perasaan dan ego nya sendiri. kehadiran kekasih lama Areena iaitu Zaharris Arman juga meragut ketenangan dan menduga perasaannya yang sentiasa berlagak tenang walau di hadapan sesiapa. 

namun begitu, WZ sendirinya sebenarnya terikat dan dilemma dengan kasih di antara ibu dan hati nya sendiri. hati seorang lelaki mana yang tidak tergugat apabila dia sanggup mengorbankan cintanya demi kasihnya terhadap ibu nya yang tidak mahu dia bermenantukan orang luar daripada KL akibat dendam dan trauma di tinggalkan suaminya dahulu. 

seterusnya, kisah Areena beralih kepada lembaran baru apabila dia memulakan hidup baru bersama Shamsul Azhar dan kemudian di datangi dengan watak Nabila yang mula mengganggu ketenangan rumahtangga serta menduga kesetiaan Shamsul Azhar terhadap Areena di saat Areena mula sedar daripada realiti kehidupannya yang sebenar dan mula membuka pintu hatinya buat suaminya. 

ending cerita nie memang straight forward jak berbanding permulaan yang agak meleret dan berat tapi masih tidak terjangka dengan kesudahannya di penghujung cerita. 

best? memang best sangat sangat. buku nie banyak mengajar aku tentang beberapa perkara tapi rasanya lebih baik korang jak baca dulu.. 

Tak semestinya kita dapat memiliki apa yang dipilih oleh hati kita sendiri.. dan tak semestinya yang bukan pilihan hati kita itu tidak baik untuk kita. mungkin ada hikmah di sebaliknya. 

Friday, 22 June 2012

Oh My Novel

terkesan dengan entry kira pasal novel maka aku pun gatal hati nak update pasal novel juga. tapi aku review secara kasar jak. tak mampu nak review secara keseluruhan sebab aku tak habis baca lagi hehe.

aku start baca novel since form 2 and novel pertama yang aku baca ialah 'Ombak Rindu'. itu pun pinjam dari kawan. sampai sekarang aku masih terkesan dengan watak Hariz yang sangat sangat romantik.then novel kedua ialah 'Bicara Hati' yang di pinjam dari jiran rumah. satu hari jak aku baca sampai nangis nangis. ok! feeling sangat. then naik form 3, aku baca novel 'Masih Ada Rindu'. aku ingat lagi,aku baca novel tu sampai nangis nangis dalam kelas ERT. cikgu ajar kat depan, aku sibuk nangis kat belakang layan novel. itu lah antara novel kesayangan aku sampai sekarang. plot yang ringan dan meruntun jiwa. kalau baca balik, sure aku nangis.
the other's is.. Rindu Yang Pergi, Cinta Pertama, Berikan Cintamu, Adam dan Hawa, Lagu Rindu, Mimpi Yang Pasti, Rela Menanti, Jalinan Kasih, Seredup Kasihmu, Yang Terindah, Hatimu Untuk Siapa, Setia Menanti, Bisikan Rindu, Seindah Memori, Pesona Rindu, Sepi Tanpa Cinta, Mencari Cinta, Kabus Kasih, Sedetik Cinta, Pelabuhan Kasih, Tak Seindah Mimpi, Gerimis Di Hati, Sambutlah Cintaku, Cinta Marissa, Sukma Rindu, Selaut Kasih, Arjuna Hati, Arca Kasih, Nota Cinta Buatmu, Rindu di Kalbu, Epilog Cinta, Hamparan Kasih, Kau Kekasihku, Manisnya Cinta, Gemersik Kalbu, Akhir Yang Indah, Cinta Aku Seadanya.

yang lain aku tak ingat. banyak lagi sebenarnya tapi dah lupa lupa pun tajuk nya. semua novel yang aku baca ialah keluaran Alaf21 dan penulis yang selalu menjadi pilihan aku ialah Fazie Hanna, Anis Ayuni, Lily Haslina Nasir, Norhayati Ibrahim, Damya Hanna.

tapi itu dulu. sekarang ni aku dah bertukar selera pula ke Buku Prima , Kaki Novel dan Karya Seni..  itu pun sebab housemate aku yang kaki novel. aku stop baca novel bila masuk semester 1 sampai lah habis semester 6, baru lah aku mula giat baca novel macam dulu. so far selain dari novel Alaf21, aku dah layan novel Cinta Ini Milik Kita, Betulkah?, Cinta Awek Pakwe, Kau Aku Kita, Hingga Hujung Nyawa .. yang lain pun aku tak ingat sebab pinjam novel member jak hehe. 

satu lagi, dalam banyak banyak novel yang aku ada, novel 'Seandainya' lah yang panggil tebal pernah aku beli iaitu 886 m/s gilerrr.. makan masa 2 hari nak baca. selalu dalam masa sehari jak aku da habis baca. apa pun, sekarang ni target aku nak cari novel novel nie pula tapi aku tak jumpaaaa. urghh! 

  










walau aku baca novel pun, tak penah juga aku terlepas baca Al-Quran. Mak cakap, apa lah guna baca novel sampai nangis nangis kalau baca Al-Quran pula tak pernah nangis. Aku pernah baca tafsir Al-Quran sambil  nangis bila pengertian yang tersurat sangat sangat menyentuh hati aku. 

p/s : ahad nie maw cari novel 'Andai Itu Takdirnya' 

Thursday, 21 June 2012

Tak kenal maka tak cinta | Abraham Lincoln - Vampire Hunter

 hari ini entry bukan berada dalam keadaan sastera. aku hanya bersastera bila aku dah terasa nak merepek semacam jak hehe. berdasarkan entry yang ke 1000 semalam, aku dah cakap nak update pasal movie Abraham Lincoln | Vampire Hunter. excited jak aku bila adik aku ajak nak tengok cerita tu sebab tajuk dia macam best and nama 'Abraham Lincoln' tue pun agak familiar di pendengaran aku.


well, aku selalu perasan dengan gambar ni tapi aku tak tahu siapa dia di sebalik gambar ini. rupa rupanya dia ialah Abraham Lincoln iaitu Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 yang menuntut hak kebebasan bagi rakyatnya. itu adalah realiti tapi dalam cerita 'Abraham Lincoln | Vampire Hunter nie watak nya di gambarkan sebagai seorang pemotong kayu yang meneruskan hidup setelah kematian ibu nya yang di bunuh oleh vampire dan bercita-cita untuk menjadi peguam bagi memperjuangkan nasib mereka bagi mendapatkan hak kebebasan rakyat selain daripada untuk membalas dendam terhadap vampire.

permulaan cerita, agak baik sampai aku balik balik tutup mata bila part bertarung tu bermula. bukan apa, aku penakut. hohoo.. first impression aku, dorang bertarung mengalahkan aksi cerita 'Matrix' hehe. seriously, korang tengok lah, confirm tak duduk tenang nak lagi part dorang berlawan dekat padang dan berada di antara ratusan kuda kuda yang berlari. terasa macam 'efek' tu agak melampau pun ada juga tapi memang menarik. kemudian, part mereka berlawan di rumah Adam iaitu ketua segala vampire pun best sebab ada aksi ala ala 'Matrix' sampai lah klimaks nya berakhir dengan pertarungan di atas keretapi. mantapp!
di sebalik wajahnya sebagai pembela rakyat, dia ialah pemburu pontianak yang menuntut pembalasan bagi kematian ibunya. Abe di latih oleh Henry Sturgess iaitu salah seorang vampire yang mencari pelapis untuk menuntut pembelaan juga tapi di atas sebab tertentu dia tidak dapat membunuh Adam, maka dia menerima dan melatih Abe untuk menjadi pemburu vampire. 

pertengahan cerita nie banyak sangat bertarung dan yang terakhir sekali berakhir dengan peperangan di antara manusia dengan askar vampire. jalan cerita dia tak membosankan sangat sebab berkait rapat dengan realiti kehidupan Abe yang sebenar iaitu bagaimana dia menjadi Presiden Amerika dan bermati-matian memperjuangkan nasib bangsa lain. 
Henry Sturgess orang yang bertanggungjawab membentuk dan melatih Abe menjadi pemburu vampire. hensemm! nampak sangat aku lagi minat Henry dari Abraham Lincoln dalam cerita ni hehe. cerita ini juga mengajar aku sesuatu..
Abraham Lincoln menjadikan rakyat sebagai individu yang perlu mendapatkan perhatian. dia mengajar bagaimana sebuah kebebasan adalah hak setiap orang untuk mendapatkannya.
apa pun, cerita ni memang menarik sebab kalau aku tak tengok cerita ni, sampai sekarang aku tak tahu siapa tu 'Abraham Lincoln' hehe. jadi, pergi lah ke pawagam yang berdekatan sekarang. tak rugi pun beli tiket untuk movie nie. 


p/s : pesan aku,kalau nak pergi tengok wayang pun, jangan lah setakat pakai boxer dan singlet sahaja. tahu lah tengok movie ni kira acara santai tapi agak agak laa bro. 

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014