Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Thursday, 14 June 2012

1 hari 1 resipi : Puding Marble

Hobi baru - buat puding sepanjang waktu cuti.


Bahan-bahan

10 gram serbuk agar-agar ( 1 peket )
4 cawan air
2 cawan gula halus atau 1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair ( 400ml )
1 cawan tepung kastard
1 sudu makan serbuk koko

Cara Membuat

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Bancuhkan susu cair dan tepung kastard, kemudian tapiskan. 
3. Asingkan sebahagian adunan dan masukkan bancuhan serbuk koko. 
4. Masukkan bancuhan kastard ke dalam sebahagian lagi adunan. Kacau dan masak sehingga pekat.
5. Sendukkan adunan coklat ke dalam acuan.
6. Lapiskan adunan kuning ( kastard sahaja ) ke atas adunan coklat tadi. Biarkan keras seketika.
7. Lapiskan sehingga semua adunan habis.

Kalau nak lagi sedap ::
 adunan kastard tue kalau boleh jangan banyak sangat dan bentuk lapisan tue kalau cincai pun tak apa sebab 'marble' kan hehe

selamat mencuba :)

p/s : boleh juga guna agar-agar tali ( Strips agar-agar )

4 comments:

Oshin said...

cake birthday satu untuk akak :p

Ka'Yan said...

@Oshin kak.. buat kek tk pass lagi hahaha kalu puding blh laa hehehe

Peggy Leonie said...

Mcm mna saiz cawan ko guna ni?

Little Sunshine ( Ka'Yan) said...

@Peggy Leonie aku guna cawan yg high tea punyaa..

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014