Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Monday, 11 June 2012

Angin kencang dan Fenomena awan pelik

Daripada hari Ahad yang lalu lagi Kota Kinabalu telah mengalami keadaan hujan berterusan sepanjang hari sehingga menyebabkan berlakunya banjir di sesetengah kawasan. Angin yang kuat, jangan cakaplah.. memang agak menakutkan juga bila hujan dan angin kuat berterusan tanpa henti. Cuaca pada hari ni pula ;
 petang : ribut petir di satu dua tempat
 malam : hujan di satu dua tempat.
sumber

Hah! dah jadi pakar kaji cuaca pula HoHoo.. sumber sahih dari MET okayy.

keadaan di Marina Court pada waktu pagi. 

di area Sembulan,KK



Photo: Photo by : Hazuan Zuan Erakehijauan

Photo: by : Suzan Jammy


credit picture to facebook

Jabatan Mateorologi Malaysia telah pun mengeluarkan Amaran Cuaca bagi angin kencang dan laut bergelora. keadaan ini juga turut berlaku di perairan Phuket, Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
Dikeluarkan pada pukul 09:51AM, 12 Jun 2012
AMARAN KATEGORI KEDUA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga Rabu, 13 Jun 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
SEKSYEN B : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Rabu, 13 Jun 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH- Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perlis, Kedah, Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Condore, Reef South, Reef North dan Layang-layang dijangka berterusan sehingga awal petang, Selasa, 12 Jun 2012.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 12 Jun 2012, jam 09:51AM 

2 comments:

Edith_TiTtiT said...

menakutkan..

Ka'Yan said...

@Edith_TiTtiT yupss.. mmg menakutkan ni kak edith.. awan tu bhaa.. strong wind lg..

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014