Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Saturday, 23 June 2012

Oh My Novel | Seandainya ....


berhempas pulas aku menghabiskan bacaan novel nie dari pagi sampai ke maghrib. semuanya dalam masa satu hari jak. novel setebal 886 muka surat dan ini lah pertama kali aku baca novel yang tebalnya melebihi 560 muka surat. gigihnya tak gigih.. 

Novel karya Rys Areesa yang mana memaparkan sinopsis ringkas membuatkan aku tertarik untuk membaca buku ini sedangkan aku dah target nak beli novel 'Jodoh itu milik kita' .. takpa. esok boleh beli. jalan cerita novel kali nie agak lain daripada yang lain sebab setiap penceritaan watak itu di kupas secara mendalam dan satu persatu. terasa macam layan drama versi novel pula. 

permulaan bacaan agak berat dan banyak flashback sampai aku give nak habiskan bacaan hari nie juga.. dan latar belakang penceritaan banyak di habiskan di tempat kerja Nur Dhila Areena dan Wan Zaharris. almost setengah buku baru lah aku boleh catch up keseluruhan cerita bila mana WZ akhirnya melamar Areena. *happy bila WZ propose Areena*

dalam cerita ni, Areena dan WZ banyak bermain tarik tali dengan perasaan masing masing, di mana WZ sendiri bila terlajak mengatakan perasaannya sebenar kemudian di cover dengan gurauan menyebabkan Areena yang sentiasa berahsia dan memendam perasaan berfikir adakah dia seorang yang bertepuk sebelah tangan sedangkan hatinya benar benar menyintai WZ namun dia berpegang dengan prinsip serta harga diri nya.. mana mungkin dirinya menjadi seperti 'perigi mencari timba' apabila dia telah pasti dengan perasaanya terhadap WZ dan menunggu kepastian daripada WZ untuk menyatakan cintanya secara terus terang tetapi dia dibiarkan terkapai-kapai, setia menanti cinta WZ. 

keadaan di sulitkan apabila WZ sentiasa menduga Areen dengan kisah 'Husna' dan 'girlfriend' nya yang lain. dia ingin menguji ego Areena sedangkan dia sendiri berperang dengan perasaan dan ego nya sendiri. kehadiran kekasih lama Areena iaitu Zaharris Arman juga meragut ketenangan dan menduga perasaannya yang sentiasa berlagak tenang walau di hadapan sesiapa. 

namun begitu, WZ sendirinya sebenarnya terikat dan dilemma dengan kasih di antara ibu dan hati nya sendiri. hati seorang lelaki mana yang tidak tergugat apabila dia sanggup mengorbankan cintanya demi kasihnya terhadap ibu nya yang tidak mahu dia bermenantukan orang luar daripada KL akibat dendam dan trauma di tinggalkan suaminya dahulu. 

seterusnya, kisah Areena beralih kepada lembaran baru apabila dia memulakan hidup baru bersama Shamsul Azhar dan kemudian di datangi dengan watak Nabila yang mula mengganggu ketenangan rumahtangga serta menduga kesetiaan Shamsul Azhar terhadap Areena di saat Areena mula sedar daripada realiti kehidupannya yang sebenar dan mula membuka pintu hatinya buat suaminya. 

ending cerita nie memang straight forward jak berbanding permulaan yang agak meleret dan berat tapi masih tidak terjangka dengan kesudahannya di penghujung cerita. 

best? memang best sangat sangat. buku nie banyak mengajar aku tentang beberapa perkara tapi rasanya lebih baik korang jak baca dulu.. 

Tak semestinya kita dapat memiliki apa yang dipilih oleh hati kita sendiri.. dan tak semestinya yang bukan pilihan hati kita itu tidak baik untuk kita. mungkin ada hikmah di sebaliknya. 

9 comments:

Zurina J. said...

Congratz! New Wasaber. Follow all the Wasabers to stay connected among Wasabers. ;)


-Krew WSB-

Arol Mubin said...

886 muka surat? Pengsannn! Arol tak minat baca novel cinta tebal-tebal nie. Suka novel remaja dan penyiasatan. Hehehe! :D

MyMy said...

@Zurina J. thanks.. sure i'll pay visit back :)

MyMy said...

@Arol Mubin haha tebal kan? tu laa rekod paling tebal yg penah my baca.. hohoo novel penyiasatan? ada dulu my suka baca tp tak ingat da tajuk dia hehe.. novel bersiri.. hehe

Ezad Skytech said...

erk...886 pages habis dlm sehari...hebat2..kalau sy la..entah berapa bulan baru habis baca novel setebal tu..ahaksss~

MyMy said...

@Ezad Skytech hehe 886.. plg tebal la buat masa ni.. ikut kan hati, nak hbiskan dalam masa 2 ari hahaha..

Aliff Haikal said...

Gila ahh sehari mampu habiskan sebuku tu . mesti abaikan waktu makan, waktu online dan sebagainjya kannn haha :p

MyMy said...

@Aliff Haikal hahaha mampu lerr.. tp takda laa sampai abaikan makan tu hehe.. cuma escape jak.. yg terabai ialah kerja rumah jak pn hahaha..

RYS AREESA NASIR said...

Thank you Sis, minta ampun kalau tebalnya itu sakitkan kepala hu hu..
rasa suka sangat sebab Sis boleh ikut story flownya... semoga ada kebaikan yang boleh kita sama-sama renungi dari Seandainya... tq again!

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014