Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Monday, 18 June 2012

Redha tetapi tidak ikhlas

seringkali kita merasakan kita sudah redha dengan ketentuan daripada-Nya tapi pernah kah kita ikhlas dengan ketentuan tersebut? bila mana kita rakan sekerja kita mendapat kenaikan pangkat, kita mengucapkan tahniah dan mungkin bukan rezeki kita untuk mendapat kenaikan pangkat tersebut. redha. tapi hati kita pula menidakkan keredhaan tersebut. bagaimana? kita masih iri hati, kita masih merasa cemburu, kita masih menyimpan perasaan dengki sedangkan kita pernah berkata, 'Tahniah kerana mendapat kenaikan pangkat.. sudah rezeki awak, setimpal dengan usaha yang awak lakukan.' tapi kata-kata tersebut hanya manis di mulut, tetapi hati sendiri tidak ikhlas untuk berbuat demikian. kenapa kah?

bukan semua orang mampu untuk ikhlas di dalam meredhakan sesuatu perkara. saya sendiri tewas dengan perasaan tersebut. saya redha menerima dan memaafkan dia tetapi ikhlaskah saya di dalam keredhaan tersebut kalau saya masih membenci dan mengungkit perkara lalu? ikhlas bagaimana kah yang di cari? ikhlas bagaimana kah yang di tuntut sebenarnya dalam Islam?
ikhlas merupakan salah satu daripada pelbagai amalan hati. malahan ikhlas berada di barisan permulaan dari amal-amal hati. sebab diterimanya pelbagai amal tidak akan menjadi sempurna kecuali dengan ikhlas. maksud ikhlas di sini adalah menghendaki keredhaan Allah SWT dengan suatu amal, membersihkannya dari segala noda individu mahupun duniawi. tidak ada maksud yang lain untuk melakukan suatu amal kecuali kerana Allah SWT dan demi akhirat.

redha pula ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah SWT. berdoa lari dari dari suatu waba' dan bencana itu bukan bermakna tidak redha. redha itu ialah buah iman kepada Qada dan Qadar. ia adalah latihan kerohanian. menurut Ibn Rajab, qadha itu tercapai apabila kita peka dengan percaturan Allah jauh lebih baik dari percaturan kita, perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan kita, kemudian meyakini disebalik musibah dan ujian itu adalah untuk mendapat cinta agung dari Allah SWT.

berbalik kepada keikhlasan saya di dalam meredhakan sesuatu perkara, ternyata niat saya mengikhlaskan sesuatu perkara tersebut bukan kerana Allah SWT tetapi hanya menuruti tuntutan nafsu sahaja sedangkan redha itu ialah merasakan tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah SWT dan Rasulnya. oleh itu, ikhlas ialah melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan.

dan firman Allah SWT yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukupla Allah bagi kami, Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya, Sesungguhnya pada Allah kami menuju".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

tanya diri kita semula, pernahkah kita redha tetapi ikhlas di dalam meredhakan sesuatu perkara tersebut. renung-renungkan dan selamat beramal bagi kebaikan di dunia dan juga di akhirat. hati yang redha tetapi tidak ikhlas akan sentiasa di selubungi perasaan hasad dengki dan benci. lawan bagi ikhlas ialah RIAK. 

Firman Allah SWT yang bermaksud : 
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang -orang yang dibenci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah SWT ' Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu', Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka". 
( Surah Muhammad : Ayat 26 )

patut pun hati masih merasa benci. Ahhh khilaf nya diri sendiri. siapalah kita tanpa Dia.


p/s : Achie ! pinjam gambar yaa.. 

No comments:

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014