Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Thursday, 5 July 2012

Aku menunggu 'Lafaz Sakinah'


Baru hari ini aku tahu apa itu 'Lafaz Sakinah' setelah membaca blog Irene Nadia. Tahniah buat blogger comel yang baru sahaja melangkah masuk ke alam rumahtangga. Lafaz Sakinah ini hanya di lakukan di negeri Johor dan Melaka sahaja. kalau ada negeri lain, please bagi tahu ya.. kita share share. 

Lafaz Sakinah ini ialah penyerahan mas kahwin dan penerimaan mas kahwin oleh pasangan baru tersebut. Ianya di lafazkan sebaik sahaja acara akad nikah. Suami akan membaca lafaz penyerahan mas kahwin dan kemudian isteri pula akan membaca lafaz penerimaan mas kahwin. setelah itu, ayah pengantin perempuan akan melafazkan penyerahan tanggungjawab kepada menantu dan kemudian di ikuti oleh ibu pengantin perempuan yang akan melafazkan pesanan kepada anaknya. 

penyerahan dan penerimaan tanggungjawab yang berlaku dalam lafaz tersebut akan menginsafkan dan menyedarkan pasangan yang baru dan sudah lama berkahwin untuk sentiasa patuh pada tanggungjawab yang telah di gariskan oleh syariat. MasyaAllah, betapa besarnya tanggungjawab sesebuah perkahwinan itu. 

dengarkan lagu 'Saat Lafaz Sakinah' ..
ayah,
baru My terasa betapa besarnya dan luhurnya pengorbanan seorang ayah dalam menjaga dan mendidik anak-anak perempuan ayah sehinggalah satu daripada tiga tanggungjawab ayah telah lepas ke tangan suami kakak. betapa beratnya beban yang ayah pikul dalam menjaga serta menanggung dosa kami sebagai anak perempuan selagi kami masih di bawah jagaan ayah. betapa kasihnya ayah sanggup menanggung semua bebanan.. dan berdosanya My kerana biarkan ayah menanggung dosa dosa kami adik beradik perempuan. 
seandainya saat 'Lafaz Sakinah' My telah tiba, ketahuilah bahawa hati My pasti berat apabila berada di bawah tanggungan orang baru nanti. My tak boleh nak bayangkan bagaimana ayah akan lepaskan tanggungjawab ayah nanti kepada bakal suami My. tetapi sebelum tibanya saat itu, izinkan My untuk bahagiakan ayah dan mama dahulu. 
Rela aku menunggu 'Saat Lafaz Sakinah ku'
' Ya Allah, seandainya suatu hari nanti aku jatuh cinta kepada seorang lelaki, namun aku khuatir jika perasaan itu hanyalah mainan syaitan semata-mata. tunjukkan aku jalan yang lurus. sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahuo siapa aku. jika dia yang telah Engkau ciptakan untukku, makanya Ya Allah, permudahkan urusanku. jika dia bukan untukku, jauhkan dia dan hilangkan perasaanku terhadapnya. hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. namun, izinkan aku mencintaiMu lebih daripada segala-galanya kerna Engkau pemilik cinta yang hakiki.
:: gambar akad nikah kakak .
:: dekat Sabah takda Lafaz Sakinah tapi insyaAllah, bila turn My tiba nanti.. nak request 'Lafaz Sakinah'

11 comments:

jessforshort. said...

Lafaz Sakinah ni someting like a vow? hehehe :)

Kira Kekuri said...

sila request itu lafaz sakinah, dan jangan lupa jmput aku mymy. insyaAllah datang :D

yapp mmg d sabah xda lafaz sakinah kan. tapi waktu kazen aku kawin, waktu bapa dia ckap, 'jaga anak bapa baik-baik" ikut nangis lah pulak akuu.. #terharu

cikeyrah said...

keyrah org johor ;) jadi cousin2 kawen semua ade lafaz sakinah, mase dgr di lafazkn bukan pengantin jek nanges tapi tetamu2 sekali nanges :)

Nelly The Strange said...

sweet2 !!
:)

MyMy said...

@jessforshort. jess! yups.. something like a vow.. best kan? hehehe.. tp skrip dia panjang laa sket hehe

MyMy said...

@Kira Kekuri Kira.. insyaAllah aku akan request itu lafaz sakinah nati. hehe

and sudah semestinya aku akan jemput kau juga hehe wajib dtg tu hehehe..


yupss.. d sabah teda.. dats y laa aku maw buat..

MyMy said...

@cikeyrah wahhh.. bestnya.. nati buat laaa entry.. crita psl lafaz sakinah hehe nak taw juga..

MyMy said...

@Nelly The Strange hi nelly! rajin BW :)

azizah :) said...

mostly johor n melaka.. smpai meleleh2 air mata bila baca..tapi akak n9 tak kena pun..hehe

Cikgu Fikri said...

jgn lupa jemput aku tau....
gigih aku naik flight ke sabah.. :)

Cik Rongoks said...

ika rase kat Kelantan takde .

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014