Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Thursday, 12 July 2012

another new bloglist

baru jak hari tue tamat Segmen : Bloglist Winter SheLittleSunshine then bila aku dah update kesemua contestant ke dalam bloglist Winter aku terasa seperti menghadapi sedikit masalah. masalah teknikal atau apa? ermm maafkan daku kalau entry ini bakal menyentapkan hati sesetengah pihak. dan maafkan daku juga. daku sedar bahawa dengan tugas baharu sebagai pelajar, pekerja dan blogger dalam masa yang sama, mungkin akan menyebabkan daku menghadapi sedikit kesukaran untuk berblogging. harap maklum.


bila daku ada masa terluang selepas balik dari kerja, sudah tentu lah daku akan spent time untuk berblogging dengan bantuan WiFi daripada jiran. seperti biasa, balas komen dan singgah balas semula ke blog tersebut. update entry. dan kemudian blogwalking ke blog yang ada di sidebar. tapi.. tu diaaaa.. 


masuk one by one.. tengok entry.. tak taw nak komen macam mana selain daripada meninggalkan ucapan 'good luck and all the best' apabila hampir semua blog bertemakan entry ' segmen, Ga, bloglist dan contest segala bagai'.. maafkan daku kalau daku terus direct to the point. daku pun mencari entry yang bukan berbaur contestant segala bagai dan adalah juga jumpa. ok. bagus. 


nak cakap macam mana erk.. bukan salah mereka untuk buat entry sebegitu juga, dan bukan salah daku juga memasukkan mereka ke dalam bloglist daku tapi daku mencari blog yang betul betul blog. blog yang berkongsi cerita, idea, pendapat, pengalaman, or yang seangkatan dengannya. blog yang mesra alam bila mana setiap komen di balas dan mendapat respon yang positif. senang hati baca entry, bertukar balas komen, return visitors dan silap silap terus jadi silent reader dalam diam kalau sudah tidak mampu untuk berkomen seperti biasa. ayat daku dah mula bertapis. maafkan daku. maaf. arhhh.. mengapa kaaa..

jadi dengan ini, daku buat lagi satu bloglist. bloglist yang mana daku rasa sesuai untuk di hadam dan di cerna oleh pemikiran daku. bloglist yang mana mengandungi blog blog yang mungkin boleh memberi idea, rasa dan juga berkongsi pelbagai perkara selain daripada contestant segala bagai. tapi jangan risau, walaupun dengan adanya bloglist baru ini, daku tetap berkunjung balas ke bloglist yang lain juga. 

Autumm Away

:: ayat ku dah cukup bertapis. huhu mohon jangan ada yang marah. blog itu adalah hak mutlak setiap individu. terpulang kepada individu untuk mewarnai blog mereka dan terpulang juga kepada mereka mereka yang follow blog tersebut untuk meninggalkan respon yang baik ataupun tidak. 
:: aku bukan hanya mengejar followers tetapi ingin menambah kenalan dan berkonsgi melalui medium yang luas ini.percayalah.

6 comments:

Kira Kekuri said...

daku juga mencari belog sebegitu,yang memang belog. tapi mana² jak lah. anyway, goodluck daku ucapkan untuk segmen dikau yang seterusnya! :D
*berdaku dikau yah ;p*

Aliff Haikal said...

saya di pihak kaka ! :)

Bila masuk blog-blog yang lebih kepada entry mengupdate tentang contest sampai taktahu nak komen apa melainkan ' Oh best of luck ! '

Cik Rongoks said...

xpe la my.yg penting ade gak bloglist kan :))

MyMy said...

@Kira Kekuri haha mana nak cari erk? hohooo bru jak smlm kwn ak gtaw themes blog gtu tp aku lupa.. hehe thanks kira.. nati share2 link kita yaa..

MyMy said...

@Aliff Haikal yupss! tak salah juga nak join tp kalu smpi semuanya psl contest.. speechless :)

MyMy said...

@Cik Rongoks eya ika.. ada 4 daa bloglist.. cukup laaa tu daa hehee

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014