Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Saturday, 14 July 2012

DIY Spa - Body & Foot Scrub & Pedi Menicure

Happy Weekends bloggers.
 Hujung minggu macam nie mesti ada yang nak berehat berehat kat rumah dengan family, ada juga yang bawa family berjalan jalan cuci mata lepas tue nampak pula kedai Spa and Reflexology tapi bila tengok harga.. telun ayak liuq jak. ehh slang apa aku cakap nie? haha

Bagi yang tinggal di area Kota Kinabalu, aku suggest kan korang pergi Le Borneo Spa and Reflexology.. harga yang dorang tawarkan juga murah dan berpatutan. services pun perghh! mantap.. workers semuanya adalah pekerja filipina tetapi dorang terlatih dan peramah. boleh bawa bercerita juga tapi sila SPEAKING yaa..

kalau yang tak pergi Spa pula tapi teringin nak buat macam Spa, apa kata kita Do It Yourself Spa - Body & Foot Scrub and Pedi Manicure. Cara ni walaupun tak memuaskan hati sangat sebab bukan di buat oleh yang profesional, tapi tiap tiap minggu korang boleh buat sendiri kalau nak. DIY nie korang boleh lah buat dengan mak, adik or kakak ye.. 

Foot Scrub

* sediakan satu besen air suam ( panas ) 
* tuala kecil
* Oilly Spa Salt atau body scrub berjenama lain
- rendam kaki ke dalam air suam tadi. kalau panas lebih bagus, supaya rileks sket.
- lulurkan sedikit Oilly Spa Salt ke kaki hingga ke hujung betis. gosokkan perlahan lahan sehingga luluran tersebut habis. buat untuk ke dua dua belah kaki.
- kemudian, bilas dengan air suma tadi. dan lapkan. 

* boleh guna apa sahaja body scrub tapi untuk foot scrub nie aku pakai Oilly Spa Salt

Body Scrub
* Sumber Ayu Body Scrub ( honey extract )
* lilin pewangi - lavender, rose etc
- nyalakan api lilin.
- lulurkan body scrub tersebut dekat badan dan gosok. kemudian bilas dengan air bersih. 
- selepas itu, sila mandi. 
lilin pewangi tue untuk korang lebih feel macam berada kat Spa, even sebenarnya berada di rumah sendiri.

* aku guna Sumber Ayu body scrub ( honey extract)

Pedi dan Manicure

selepas korang mandi semua dan segarkan badan, boleh lah buat pedi dan manicure. badan pun dah rileks, so boleh minta tolong kat mak or adik kakak yang buatkan untuk korang. tak perlu nak profesional sangat, just rileks and enjoy walaupun tak pandai mana tapi nikmati lah saat tersebut dengan keluarga ok.
 
alatan alatan nie korang boleh beli kat mana mana kedai. dekat Watson, Guardian or kedai kecantikan pun ada jual juga. 

tak rugi pun sekiranya beli semua barang di atas sebab untuk kegunaan sendiri juga. untuk body scrub tue, korang boleh lah beli di Body Shop or mana mana kedai kecantikan. banyak pilihan dan pilih jak mengikut kemampuan anda. kalau rasa hujung minggu nak kat rumah, boleh lah buat Spa sendiri jak. jimat $$$

so, selamat berhujung minggu semua. aku pula kena kerja hari ni sampai closing.

:: dah buat aritu Spa dengan adik dan mak. best apa. 

5 comments:

Cik Rongoks said...

buat spa sendiri kat rumah lagi best ^^

azizah :) said...

teringin nak g spa sebenarnya.. tp belum ada kesempatan.. hehe tapi DIY sendiri kan senang..ngeee

Liza Razak said...

kalau boleh DIY kat rumah lagi jimat kan

Aliff Haikal said...

Awesome ! ^^

thanks kaka bagi tips kt rumah hehe

Kira Kekuri said...

wahhh lepas baca2 aku rasa macam best ni. kalau ada masa mau try la C:

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014