Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Friday, 13 July 2012

Kerja Fast Food pun ada Kelas dan Ujian juga?

Update ringkas

Assalamualaikum.. baru balik dari kerja terus online. ghindu dekat blog. hehe semalam ARM ada bagi tahu, hari nie kena datang awal pukul 9 pagi sebab ada kelas Chemical Training. so bangun pun jam 8.30am dan bersiap dalam kadar 15 minit terus pergi kerja. Tadaaaa.. saya lah workers yang paling bersemangat, staff lain belum turun pun. Masuk jak pukul 9am, suppose kelas dah boleh start tapi ARM mengamuk habis tadi pagi sebab staff lain malas nak turun, so ARM pun terus turun ke hostel staff dan bangun kan mereka mereka yang malas nak pergi sebenarnya.

after that, kelas start 10am.. susun meja dan kerusi then kena amik attendance. first time join kelas macam nie. dalam fikiran aku, ingat kerja fast food macam ni takda kelas, then siap kena amik ujian lagi. waleyhhh! terus aku rasa slow jak otak aku nak hadam apa yang ARM tengah briefing kat depan tadi.

Chemical Training.

objektif pembelajaran kali ini ialah untuk mengenalpasti dan mempelajari aplikasi bahan bahan kimia yang di gunakan di dalam restoran. memandangkan Pizza Hut ialah restoran Fast Food, maka kami amat menitikberatkan pengunnaan bahan kimia dalam hal hal kebersihan. bahan kimia yang kami gunakan tidak merbahaya mana pun, but still KIMIA. tujuan kami kena brief ini pun sebab nanti ada orang jabatan kesihatan akan datang ke restoran dan interview mana mana staff berkenaan bahan kimia yang kami gunakan.

1. Multi Purpose Cleaner & Sink Detergent.
sabun pencuci khas untuk pots, pans, utensils, counters, tables, stainless steel dan water washable surface. 
:: kami tak guna sabun pencuci yang besa macam kat rumah tue. yang ni lansung tak menghasilkan buih pun.

2. Quarry Tile Floor Cleaner
liquid untuk mencuci lantai dinning, dapur, dan juga kaki lima. mop sekali jak and tak perlu di bilas dengan air lain.

3. Heavy Duty Degreaser
untuk menanggalkan kesan kotoran seperti oven, fryers and outside surfaces. pencuci ini more too menghakis kesan kesan kotor yang agak susah untuk di tanggalkan.
: mengandungi cecair alcohol. tapi bukan yang haram di minum. benda ni kalau sembur kat tiles, cermin.. kesannya ialah permukaan tersebut akan mula terhakis. silap silap boleh berlubang.

4. Glass & Multi surface cleaner
cecair untuk mencuci mana mana permukaan cermin, tingkap dan kaca. 

5. Divoklen
pencuci tangan. yang ni maybe korang besa pakai sebab ada di mana mana restoran fast food. cecair pencuci tangan berwarna pink atau merah. 

6. D4 Tab
sanitizer khas untuk penggunaan barangan dapur dan juga sayuran. usually, vagie yang dihantar kepada kitchen akan di cuci dan menggunakan sanitizer D4 tab ini untuk membasmi kuman. 
: ingatkan sanitizer ini khas untuk kegunaan tangan sahaja.

ok. itu jak. lepas kena briefing, ARM bagi satu kertas soalan dan kena jawab semua soalan. wahhh! nie yang aku lemah bila tiba bab bab ujian or quiz. hahaha. ARM kat depan, boleh pula aku tiru jawapan member. haha. 

kelas kemudian tamat pada jam 11am. nasib lah sepanjang kelas berlansung tu, tiada customer datang. macam dorang pun faham faham juga kami ada kelas masa tue. aku pun kena hafal and ingat serta fungsi bahan bahan kimia ni semua, takut kena interview next week.

:: Akhirnya, dapat juga kerja selama 6jam. jyeahhh! happy.
:: esok ada meeting. politik punya hal.

9 comments:

Kira Kekuri said...

itu maksudnya korang ada klass juga! yehaa :D aku baca pun pening dengar namanya. hihi, tahniah dapat 6 jam! kenapa dengan 6 jam?

MyMy said...

@Kira Kekuri yupss.. kami ada kelas juga tapi nda selalu laa.. mybe once in two weeks.. kenapa aku suka 6jam? sbb dapat $$$$ lebih hehehe..

Cik Anis said...

hmmmm :D

Aliff Haikal said...

Ehhh kaka ni kerja ke belajar ni ? belajar kat pizza ? eh pening dah kepala -.-'

cikeyrah said...

my cyg awak di tag taw http://sukesukicikkeyrah.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html

MyMy said...

@Cik Anis kenapa cikgu anis? :)

MyMy said...

@Aliff Haikal kerja dan belajar dik.. kekadang kt pizza ni dorang ada buat kelas juga.. mcm kelas pengendalian makanan, chemical training.. sbgai guide utk kitorang sbb kitorang keja kat kedai fast food kan, so kena ada basic and knowledge juga laa..

MyMy said...

@cikeyrah done! thanks syg :)

Aliff Haikal said...

@MyMy Oh hehehe ingatkan kaka kena belajar kat pizza . hahaha :p

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014