Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Sunday, 1 July 2012

Lelaki dan Perempuan | Teman atau Sahabat?


Antara kawan lelaki dan kawan perempuan yang mana agaknya lebih sesuai menjadi 'Teman atau Sahabat' dalam erti kata lain selesa berkawan dengan mereka? apabila bersama mereka, kita sentiasa menjadi diri sendiri, malah seperti berada dengan ahli keluarga sendiri.

daripada sekolah rendah sehingga sekarang, aku sebenarnya lebih selesa berkawan dengan lelaki tapi bukan kesemua kawan lelaki yang aku kenal itu lebih kepada title 'Teman atau Sahabat'.. sehingga lah aku masuk ke sekolah menengah, alhamdulillah aku satu kelas dan berkawan baik dengan Joe daripada form 1 sehingga sekarang. almost 8 year's we're being such a good friend and lovers. percaya atau tidak, orang lain akan selalu anggap hubungan kami bukan lah hanya sekadar 'berkawan' tetapi hakikatnya dia ialah teman dan sahabat baik aku. 

pernah dulu masa aku form 4, dia dapat tahu yang aku berkawan dengan budak perempuan yang kaki merokok dan dia terus call and warning aku. aku masih ingat apa yang dia cakap kat aku, 'kalau aku dapat tahu kau masih berkawan dan ikut dorang merokok, kau jangan jumpa aku dan berkawan dengan aku lagi!'.. once dia warning macam tue, aku terus nangis sebab itu lah pertama kali dia bengang sangat kat aku. haha sorry babe! lepas kau call tue, aku terus tak jumpa budak perempuan tu lagi dah. aku rela hilang kawan macam tue daripada hilang kau okay. 



kemudian pada pertengahan tahun 2007, ada seorang hamba Allah yang baru sahaja pindah sekolah dan berasal daripada Pahang. Siti Fatimah namanya. dialah teman perempuan dan sahabat baik pertama aku sehingga keluarga aku menganggap dia seperti ahli keluarga sendiri. cubit paha kanan atau kiri, sakit lagi hati yang terasa. kami berkawan baik sehinggakan ada orang menganggap kami ialah 'lesbian'.. NONSENSE! 


tamat SPM, aku sambung belajar pula kat Politeknik Kota Kinabalu. dekat sini lagilah, kawan perempuan aku tak ramai, hampir kesemuanya ialah lelaki haha. nak buat macam mana, classmate perempuan sekolah dulu takda sorang pun yang masuk poli. hujung semester pertama, aku mula berkawan baik dengan Oyen. dia baru pindah dari UiTM KK dan siapa sangka, kawan baik lelaki aku nie rupa-rupanya ialah bakal adik ipar aku. soalan paling femes, kenapa tak pilih kakak jak? korang kan classmate.. haha



as you can see, aku bukan tak prefer berkawan dengan perempuan sebenarnya. daripada form1 lagi aku pernah berkawan baik dengan 2 orang classmate perempuan time sekolah tapi akhirnya mereka yang bersikap 'tikam belakang dan kawan makan kawan' sampaikan classmate perempuan yang lain tak rapat dengan aku sehingga form3. seksa ok! tak taw lah cerita apa yang mereka dah lelong kat member lain sampai masuk kes disiplin. wa kena panggil masuk bilik Guru Besar ok. serious!

kemudian masa semester 5 pula, sejarah lama berulang kembali bila mana ex-housemate aku buat onar kat aku. selama satu semester aku terasa bagai di pulaukan dalam kelas dan keadaan tu menyukarkan aku untuk buat kerja assignment secara grouping. so, jalan yang ada ialah join group budak lelaki.  

i'm telling you, berkawan dengan budak lelaki bukannya tak baik tapi ada pro dan kontra nya di sana. mungkin agak janggal bila nak berjalan dan join topik dengan mereka tapi alhamdulillah, aku dapat suaikan diri juga. mungkin sesetengah perempuan lebih prefer berkawan dengan yang sealiran hehe terpulang, asalkan kita berkawan dan mempunyai niat yang baik serta ikhlas.
nak mencari kawan senang tapi untuk yang sanggup bersusah dan bersenang dengan kita, belum tentu mudah bagi kita untuk mencari, bukan. bagi yang sudah jumpa kawan sebegitu, hargailah hubungan tersebut. kerana nilai persahabatan adakalanya sama nilai dengan hubungan kekeluargaan. 

alhamdulillah, kini  aku mempunyai dua orang teman dan sahabat lelaki serta seorang teman dan sahabat perempuan. ada perkara kita tak dapat nak cerita pada SAHABAT, dan hanya pada ALLAH kita boleh luah.

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. aku meminta kepada-MU.. sebagaimana Engkau mengasihi kedua iba bapa ku, maka Engkau kasihanilah sahabat sahabat ku walau di mana jua mereka berada. Lindungilah mereka dan limpahkan lah rahmat ke atas mereka, sesungguhnya aku   terlalu menyayangi mereka. 

14 comments:

Cik Rongoks said...

kadang2 kawan lelaki lebih memahami diri kita my :))

Syukri Mohtar said...

a true friends is hard to find especially kat university.tak tau la tapi rasenye sekolah menengah la kawan2 yg paling best :)

selalu nye kawan yg lain sex lagi senang paham kan..

tia sayangdia said...

subhanallah .. akhirnya aku ketemu jugak kw d sini :( sedih amat bila terLOST ni .. ada ka fb mu? alalaaa ...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

kalau mak dalam industri drama dan perfileman ni mak suka lagi berkawan dengan kaum lembut kerana mereka ni baik baik hati betul.. hahaha pelik tp benar..

Kira Kekuri said...

nice entry :D

berkawan dengan pempuan dan llki memang best. aku hargai khadiran kwan-kawan dalam hidup aku. ewaahhhh*
serius, kawan2 time sekolah mngah mmg best! masuk uni pun sama bestnya! :D

orang kata, berkawan, biar hingga ke akhirnya :)

MyMy said...

@Cik Rongoks yupss.. kadang2 kawan lelaki lebih memahami diri kita berbanding kawan perempuan.. hurmm kenapa yaa??

MyMy said...

@Syukri Mohtar agree.. true friends is hard to find at University tapi kawan sekolah laa yg plg legend rasanya.. hehe..

mesti awak ada bff perempuan ni kan? hehe

MyMy said...

@tia sayangdia tie sayang.. alhamdulillah aku terjumpa blog ko dekat blog org lain huhu.. sedih sbb lama suda nda BW sama ko..

ada bhaa fb ku.. nati aku komen dkt ko k..

MyMy said...

@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA my ada juga kawan yg lembut ni tapi ada problem sket laaa.. hehe sb my penah bgaduh btumbuk sama dorg hehehe

MyMy said...

@Kira Kekuri dua2 ko suka tp aku lg suka satu pihak jak iaitu lelaki hahaha tk tw laa napa.. hehehe

kawan sekolah menangah laa kwn sejati aku taw hehheee

insyaAllah, mudah2an kita berkawan hingga ke akhirnya..

Cikgu Fikri said...

kesiannya ko dulu dian..
xpew2...
rmai lg kawan ko ada..
aku kn kwn ko gak .,
huhhuh :)

MyMy said...

@Cikgu Fikri jyeahhh fiq!
kita kan kawan hehehe
tu laaa..
sayang taw kalu lost kawan blogger macam kau.. hehehe


bz memanjang yerr.. :)

Aliff Haikal said...

Alaaa comel gila muka akak ni :3

Ya ALlah bagusnya kawan kakak yg warning kakak pasal jangan berkawan dengan perempuan merokok tu . Thats's mean dia sayangkan kakak :)

MyMy said...

@Aliff Haikal comel kan? wahahahha..

ah'ahh dia warning and dia bengang gilerr msa tu haha dia sayang kt akak sb tk nk kaka jd mcm kwn ppuan yg mrokok :) hehe

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014