Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Thursday, 5 July 2012

Movie Hindi | Hum Saath Saath Hain

hello bloggers. ingat nak buat entry Auto Publish tapi di sebabkan aku pernah mengalami trauma pada suatu masa dulu so aku dah serik nak buat, instead, aku memang failed if nak buat entry auto publish haha yang pernah follow blog lama aku, pasti tahu cerita tue.. kalau rajin, godek2 laa blog archive tu yaa..

sekarang nie aku tengah bz kerja. yes! kerja. malam karang baru balik. jadi entry ni aku amanatkan kepada Kira untuk tolong publish ehehehee..

semalam layan movie hindi tanpa kehadiran mama sebab mama pergi kursus so kurang feeling sket bila tengok cerita hindi kali nie. haha siapa yang ada tengok cerita ini semalam? ini cerita lama dan aku rasa dah sampai 10 kali aku layan cerita ini dengan linangan air mata walaupun tak selebat mana. 

Ianya mengenai sebuah keluarga RamKishen yang hidup dalam penuh kebahagiaan. kehadiran 4 orang anak iaitu Vivek, Prem, Sangita dan Vinod menceriakan kehidupan mereka, tambahan pula kehadiran menantu mereka iaitu Anand suami kepada Sangita dan anak mereka Radhika. Vivek kemudian nya berkahwin dengan Sadhna iaitu anak kepada kawan RemKishen dan kehadirannya di sambut dengan penuh meriah. 

selepas itu, pertunangan di antara Prem bersama Preeti dan Vinod bersama Sapna. part yang ini best sebab mereka berkawan rapat sejak dari kecil and kira macam first love or cinta monyet la kata kan. hehe..

apa yang meragut kebahagiaan keluarga ini ialah kejadian Sangita yang telah dihalau daripada rumah mereka oleh abang iparnya iaitu Anurag kerana ketamakan harta. hal ini menyebabkan ibu mereka iaitu Mamta termakan dengan hasutan 3 orang kawan nya. mereka mengatakan bahawa setiap adik beradik sepatutnya mendapat hak pembahagiaan harta  yang sama di dalam keluarga tersebut terutamanya Prem dan mereka tidak ingin kejadian yang berlaku terhadap Sangita akan berulang kembali dengan anak anaknya yang lain. tambahan pula, Vivek ialah anak tiri dan bukannya anak sulung keluarga tersebut. 

cerita ini lebih menumpukan kepada kisah kekeluargaan dan bagaimana kasihnya seorang abang tiri yang tidak pernah berbelah bagi terhadap adik adiknya. I tell you. kalau korang tengok cerita nie, confirm korang terasa betapa untungnya dapat adik beradik yang sangat sangat rapat dan abang yang caring dan penyayang macam Vivek. 
aku paling suka lagu nie. ngam untuk ajar bebudak hafal ABC.
p/s : movie hindi nie kalau berlakon kat rumah besar macam rumah agam macam tak sah kan tapi seriously, keluarga dorang memang sangat sangat bahagia sebab tinggal serumah dan beramai ramai.

14 comments:

Kira Kekuri said...

ni cita aku tgok dulu2 jak. time kecik2! ahah tapi yg menakjubkan aku masih hafal lagu dia sikit2. hahha :D

aku xda tengok semalam cita nih.

lagu dia aku ingt2 sikit,
A B C D E F G H I, J K L M, N O P Q R S T U V W X, Y Z~ I LOVE YOU~
cita hindustan, kalau rumah besar, besar gila arr

azizah :) said...

wah minat hindustan yer..hahaha suka lagu n kadang2 tarian dia tu menarik!

Cik Rongoks said...

ika suka citer nie. paling ika suka pasangan salman tu. sweet sangat diorang ^^

Anne Nurain said...

aku suka semua lagu dalam crta ni..
siap ada kasetnya lg ya? dulu2 pny zaman kn guna kaset? hehehe..

eyjalukman said...

kak dian , kita sngtlah suka cerita ni ! menangis taw berkali2 tgk . kesian kt vivek , nseb last2 depa okay . dlm cite ni kita suka psangan prem and preeti . comel:) haha

cik faez said...

yess . sy pun tengok ni smlm with family.. best kan ,, apa lg lagu2 nya . hehehehe :P

Cik Penguin_Solehah said...

citer ni hindustan memang tangkap leleh lah terutama cerita ni,hehe.. Segeng lah kita =3

MyMy said...

@Kira Kekuri hahaha aku paling hafal lagu tu taw.. best bhaa.. rumah dorg pun besar2 kan. kalau boleh semua siblings sekali tggl d sana hahaha

MyMy said...

@azizah :) minat hindustan gak.. hehe best.. cerita hindi yang lama2 lg best dr skrng ni.. hehe

MyMy said...

@Cik Rongoks Prem dan Preeti kan? hehe sweet jak dorg.. cple since budak2 lg tu hehhe

MyMy said...

@Anne Nurain wahhh bestnya ada koleksi lagu kt kaset.. skrg ni cuma kumpul dvd jak hehehe

MyMy said...

@eyjalukman yaa.. vivek paling kesian tp sebab sayang nya dgn adik2 dia, dia terima jak kan. hehehe..

aik.. ramai yg suka prem dan preeti ni taw hehehe

MyMy said...

@cik faez kalau lagu hindi yang lama2 semuanya mmg best2 hehehe blh d hafal lg ehehe

MyMy said...

@Cik Penguin_Solehah hahaha sama laa kita.. apa2 cerita hindi, tak sah kalu tk nangis taw hehe

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014