Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Tuesday, 3 July 2012

My first license!


ada sesiapa yang sudi untuk ajar aku teknik guna DSLR dekat KK nie?

Finally, tadi petang aku berjaya juga untuk lulus pra-QTI iaitu ujian di jalan raya. sampai sekarang nie aku masih terasa nervous time ujian tadi HaHahaa. penakut sangat. suppose ujian tue kena buat jam 8.30 pagi tapi aku sms tutor aku dan bagi tahu dia yang aku nak post pone ujian tue ke waktu petang dengan alasan tiada orang nak hantar ke sana pada awal pagi , padahal aku tak ready lagi nak amik ujian sebenarnya. HaHa

Ujian start jam 2.30 petang dan aku sampai ke sana pada jam 2.45 petang. sengaja melewatkan waktu sebab aku sangat sangat nervous okay. dalam kereta lagi aku asyik baca ayat Bismillah 5 jak dengan niat segalanya akan berjalan dengan lancar dan penguji QTI tue pun berlembut hati sket dengan aku. 

sampai jak kat sana, terus pergi kaunter amik borang segala dan berjumpa dengan penguji QTI dekat bengkel. lepas dia cek segala borang tu, dia suruh aku get ready pula.
Penguji : kamu pergi kereta SAA 9547 tu sekarang. kasi ready jak apa yang patut.
My : *terus mencari no.plat kereta. Hah! kereta saga? besar nya. nda boleh ka Viva jak?
Penguji : mana boleh macam tue.
My : alaaa.. gilerr besar.. matey larhhh..
Penguji : =.="
terus aku masuk ke dalam kereta tue and start segala nya. dalam hati aku tak putus putus baca doa Bismillah 5 sampai lah penguji tue masuk ke dalam kereta. aku start enjin macam biasa dan yes! kesalahan pertama yang tidak rasmi, hand brek nda turun habis. wahahaha. NERVOUS ok. 

aku ingat dia suruh pergi test litar iaitu naik bukit, 3 penjuru dan parking.. rupanya dia suruh terus bawa ke jalan raya. Ohh tidakk! dengan Bismillahirahmanhirahim dan tawakalnya aku memandu keluar terus dari kawasan tue and bila sampai ke persimpangan jalan, tu dia.. kesalahan rasmi pertama iaitu 'Tidak mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan' .. then aku terlupa lagi laluan jalan raya sebab ada 2 jenis laluan sama ada A atau B. teruknya aku rasa. 

aku paling nda suka laluan A sebab banyak round about then berhadapan dengan traffic light yang kekadang bikin panas. kalau aku bawa Viva or Kancil okay la tapi ni Saga? dah lah aku kecik macam budak PMR. jadi aku reda jak segala laluan sehinggalah sampai ke pusat memandu dengan selamat dan membawa pulang 3 kesalahan rasmi iaitu 'Memandu di lorong yang betul/kawalan stereng' dan ' Menggunakan gear sesuai mengikut kelajuan' haha. dalam hati aku, kompom nda pass sebab aku nda taw berapa markah lulus sebenar untuk terus ke Ujian JPJ. 

keluar jak dari kereta, penguji hulur borang dan suruh bagi kat tutor aku. dia nda cakap pun lulus ka nda so aku assume aku FAILED. sekali bila aku belek belek tue borang. LULUS! 

Alhamdulillah. 

so, Ujian JPJ lagi dalam masa dua minggu sebab tue jak masa free. suppose 11hb tapi aku ada pendaftaran semester senior so aku amik lah tarikh 17hb Julai 2012. lepas ni pergi kelas, driving sendiri sudah. nda payah naik bas macam dulu haha. Oh, lupa pula. ini adalah lesen pertama aku dan lesen kedua aku selepas ini ialah lesen 'Scuba Diving' pula. jyeahhh! Diving License. nda sabar maw urus lesen kedua selepas lulus Ujian JPJ nanti, insyaAllah. 


p/s : yaa, aku lambat amik lesen memandu sebab last year ada problem sket. suppose last year lagi dah habiskan semua nie tapi tu laa.. PENAKUT sebenarnya. haha. thank you Encik Ex's sebab sudi sponsor lesen driving kali ni hehe. 

8 comments:

Eca Dwinky Asha said...

mau masuk kelas dslr ka ne?..rm50++ (mungkin naik harga) la..tpi tunggu me balik kk bulan 9 la dear...skrg busy praktikal dikudat =)

Kira Kekuri said...

ewahh~ tahniah Mymy! :D

dulu aku xda ujian QTI nih, lepas kakak aku sebut hari tuh *kakak aku tengah ambik lesen skrg* barulah aku tahu apa tuh..hehe

dulu aku ambik time dalam latihan ambik lesen 2/3 hari jak latihan aku tau. itu pun di ajar hanya di yg 3 tuh. bukit,parking sisi, dan 3 penjuru? haha baru time ujian jpj tul2 siap bawa kereta lagi, sebab xda org hantar aku. mak bapa aku busy! hahah ;p

Yakin boleh mymy! terapkan dalam minda memandu ni macam kacang jak. eh *bapa aku punya ajaran ok*

MyMy said...

@Kira Kekuri untung laaa takda QTI.. ni ada QTI.. tp tadi test teda pula.. hampehhh.. silap2 time test pula da 3 benda tu.. habis laaaaa hahaha..

ah'ahh macam senang kan.. haha aku ni penakut. wahahaha..

MyMy said...

@Kira Kekuri aku lebih rela mengambil lesen scuba diving daripada lesen driving tawa hahaha

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. Tahniah kerana lulus ujian yg mengabrakan tu.. akak pun bila ingat balik waktu tu masih terasa gabranya.. he..he.. all the best utk lesen scuba diving pulak.. hebat tu..

MyMy said...

@Eca Dwinky Asha nak.. ada kaa d kk? nati apa2 hal my roger kaka nati..

MyMy said...

@Hanis Azla terima kasih kak hanis.. hehe insyaAllah hujung tahun ni nak amik lesen scuba diving..

azizah :) said...

wah best2..tahniah yunk

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014