Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Wednesday, 11 July 2012

stop judging by it's cover or behavior!

update sastera


dia solat lima waktu or tidak, itu urusan dia dengan Tuhan dia. soal perasaan, itu urusan dia dengan Hati dia.  soal kebaikan yang dia buat, itu terpulang dengan niat dia. berburuk sangka pun, free free debit dosa dengan kita, dia pula kredit pahala.
yang aku tahu, dia antara orang yang paling baik pernah aku jumpa. orang yang paling berhemah, tahu menghormati orang tua, orang muda dan kanak kanak or orang lain. baik dari segi tutur kata dia yang lembut dan sopan. 
tapi jangan sebab perkara silap yang dia buat, semua keburukan sahaja yang di pandang sehingga kebaikannya di tutup. please! 
even orang yang solat lima waktu sehari pun tapi kalau hati dia busuk dan selalu mengata orang setiap hari, sama juga. apa lah ertinya? itu urusan dia dengan Tuhan dia. kita sendiri tak tahu sejauh mana pahala kita di nilaikan?
Kerana seekor anjing, pelacur masuk syurga & kerana seekor kucing, wanita masuk neraka.
Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anh bahawa baginda bersabda:
”Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. “ [Shahih al-Bukhari – no:3467]


Rasulullah S.A.W. bersabda, ”Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.” [Shahih al-Bukhari – no:3318]
Buruknya nama seorang pelacur di mata semua orang tapi hanya kerana kebaikan yang dilakukannya, di angkat darjatnya oleh Allah. begitu indahnya seorang wanita tetapi hanya kerana kejahatannya terhadap haiwan, maka begitu jugalah balasan yang diterimanya oleh Allah.
kita sedar tanggungjawab kita sebagai seorang muslimin dan muslimat. itu semua daripada diri kita sendiri. baik buruk kelakuan dan tindakan kita, hanya Allah yang mampu menilainya. 
p/s : kalau pun dia pernah buat kesalahan macam tue, jangan lah menilai semuanya dari segi keburukan. 


:: apa aku post nie? hati gundah gulana semacam.. allahuakbar.. jauhkan lah perasaan buruk dari hati ku..
:: nak sakit hati kat orang, kekadang mampu, kekadang tidak.. 
:: hanya mampu berdiam diri sahaja. cakap panjang lebar, jadi gaduh. diam bukan bererti salah atau mengaku kalah.

12 comments:

Kira Kekuri said...

terus ada sinar keinsafan baca nih.
tapi itulah manusia, setengahnya ada bila dah x suka, yang dipandang hanya keburukan. (peringatan untuk diri jg)

cikeyrah said...

kadang2 manusia lebih suke lihat kejahatan seseorang daripada kebaikan seseorang . . ;)

eyjalukman said...

nice entry kak dian :) kita tk boleh nak menilai seseorg tu dr dirinye yg lpas kn?

MyMy said...

@Kira Kekuri thank u kira.. tak taw kenapa aku tetiba boleh post macam tue.. ada something berlaku taw.. subhanallah.. ada hikmah di sebalik post entry ini sebenarnya :)

MyMy said...

@cikeyrah ada orang lebih senang mengingati satu kejahatan yang di lakukaan sedangkan beribu kebaikan yang di buat, tidak di ingati pula..

MyMy said...

@eyjalukman yupss.. betul tu eyja.. jangan sebab kisah lalu seseorang tu, dia akan kekal begitu sahaja sdgkan niat dia betul2 ingin berubah tapi kita salah tafsir kerana hnya sbb kisah lalunya..

Ezad Skytech said...

bila buruk tu..sampai bila2 pun org mengata..aihh..tak tahu kenapa mulut manusia susah nak ditutup...

KorN said...

ye lah.. kebaikan yang selalu kita buat org selalunya x nampak.. tapi cuba skali buat silap, efect ny bukan main lama...

Aliff Haikal said...

Betul kakak . dosa pahala semua tu urusan Kita dnegan Tuhan je . kita takleh nak judge orang :)

MyMy said...

@Ezad Skytech orang paling ingatlah dengan kejahatan atau keburukan yg di lakukan berbanding dengan kebaikan kan?

nak kena stapler kali mulut org mcm tu taw hhehe

MyMy said...

@KorN bukan jak kebaikan tu kekadang org tk nampak, tp orang tk nak ingat pun kalau boleh.. atau sengaja tk nk ingat.. wallahualam..

MyMy said...

@Aliff Haikal kita nilai laa org tu mcm na pun.. tp bukan kita taw penilaian sebenar yg di berikan oleh Allah kan.. thanks dik..

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014