Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Saturday, 22 June 2013

#8 Ice Cream


ice-cream tu tak sedap.
tawar.
tiada rasa lansung.
atau hati aku yang merasa begitu?

terima kasih
sebab memujuk saya
dengan ice-cream
sundae cone.
sumpah!
rasa tawar.
awak sendiri rasa
macam tu.

itu lah yang saya rasa
selepas awak bagitahu
berita tu.

sebak.
kenapa saya rasa nak menangis?

sedih.
kenapa hati saya merasa sayu?

kenapa awak tak nampak?
kenapa awak tak nampak
saya yang berada di depan
awak?

Ya Allah.
janganlah Engkau ubah perasaan ini.
biarlah ia kekal menjadi sahabat.



Friday, 21 June 2013

#7 Raya Journey pt.4


Morning Kota Kinabalu.
6:03 pagi.
sabtu.
tengok luar.
sah feeling kat Kundasang. 
oh rindunya sama orang Kundasang. 
heheheee


16hb Ogos 2012
masih di selubungi dengan rasa kesedihan di sebabkan berita semalam? yes. Hahaha masih sedih. tapi hidup haruslah di teruskan dengan tabah. hari ni nak jumpa Joe. excited yang menggantikan rasa kesedihan semalam. 

so aktiviti hari ni, jemput adik kak iera iaitu Faiz dari Melaka. we were going to Batu Pahat. Ex's aku tinggal kat Muar. dekat jak kan, perlu jumpa? tak! Mama Yong pun tinggal Batu Pahat. sempat contact tapi tak confirm dapat jumpa ke tak. hohoo. 

perjalanan ke Batu Pahat, macam dari Inanam pergi Papar. jauh tu. masa ni banyak sembang sembang rahsia. hah! ada sesi luahan hati jugak rasanya dengan kak iera. haha ye la. masih dalam mood sedih, jadi cerita pun kemain feeling. 

sampai dah kat Batu Pahat. amik Faiz kat stesen bas dengan gf dia, Amy :) kinda pretty and cute. masa ni tak banyak sembang lagi dengan Faiz. haha lepas tu, anta gf Faiz balik sekali. dah lupa nama tempat gf dia tinggal. habis jak hantar Amy balik, contact Joe. ingat nak jumpa kejap, sekalinya mak Joe ajak berbuka puasa kat rumah dia. heh! masa ni aku rasa macam nak rushing jak pergi rumah dia sebab kejar masa. dah dekat pukul 6, padahal masih terang. aku paranoid? hahaha

kak faiz sempat call, dia kata dia masak special untuk aku. 'lemak cili api' .. bikin terliur tapi tapi aku dah terjanji pula ngan Joe nak sungkai sesama. huhu sorry kak faiz. kak iera pun memang drive laju lah kot. haha nak kejar masa. takut aku tak sempat sampai. hahaha. 

finally, sampai kat kampung Joe. dia dah tunggu kat tepi jalan. ingat aku sesat? red carpet pun takda. hahaa kak iera just drop. oh thank you so much kak iera. masa aku sampai kat umah Joe, ngam ngam dah masuk waktu berbuka. Joe pula siap ajak masuk umah ikut jalan belakang. follow je laaa. jangan dia biar aku sorang sorang, memang ulung la jawabnya. 

sejuk semacam aku rasa bila masuk rumah tu. apa tak nya, the whole family is here. 'mak, ayah, abg long, kak aisya, abg elan, kak reena, kak uqai, mak uda, bain, nek wan, anak buah' lengkap semua ada kat sana. kecuali omar ngan kak hurul jak takda. belum sampai. hah! sila lah jemput makan. havoc gak family dia ni. 1st time jumpa kak uqai. yeahh! raya tahun ni lengkap family joe. semua ada. biasanya mesti kurang sorang. hehe so, kiranya aku bertuah kot dapat jumpa mereka semua. kak reena pun terkejut gak masa tu, tak expect akan jumpa kat sini. hahaha ingat dah lupa. maklum lah, Joe bukan jenis yang bawak kawan pergi rumah. 

as i remembered, masa form 3 kot. first kawan perempuan yang Joe ajak pergi rumah, ialah aku. masa raya. 2nd time pula, masa buat port-folio PMR. 3rd time, masa tu kat rumah Kingfisher, ada bbq. 

Ya Allah, Engkau menggantikan kesedihan semalam dengan kegembiraan yang tidak ternilai pada hari itu. 

dah. habis jak sungkai, Joe ajak balik. sebab dia nak lari sebenarnya daripada kena soal siasat. nanti banyak soalan keluar. ' ni sapa pula yang dia bawa mai umah ni?' hahaha. 

masa otw pulang, memang sesi meluah perasaan ngan Joe. adalah sedas dua ceramah dari dia. memang menusuk hati. masa tu sah sah nak nangis. jadi decide, nak call Imah. nak berterus terang ngan dia. 

- dia tanya kat mana dah masa tu, aku cakap lah kat JB. dia pelik apsal tak balik KL. so aku cakap lah tak jadik. dia terkejut. aku pass phone kat Joe. Imah off-call. then dia call number aku balik sebab dia nak make sure betul ke Joe yang cakap ngan dia tadi. hah! masa ni memang Imah naik bengang bila aku bagitau aku tak dapat pergi Pahang. rasa kecewa tu datang semula. 'maafkan daku wahai sahabat' .. Joe amik phone, and cool down kan Imah. dia slow talk ngan Imah. ayat Imah yang paling tak boleh blah, 'korang berdua ni buat aku kecewa jak' .. Ya Allah. takda niat kitorang macam tu. off called. jalan sepi. senyap. sampai lah ke destinasi seterusnya.

so, malam tu jalan mengukur keliling bandar Pontian lagi. dah set timing ngan kak iera yang kitorang akan jumpa kat bandar jak. sambil tunggu kak iera, sempat lepak kat gerai tepi jalan. sembang pasal member sekolah. lepas tu, balik.

sampai rumah, tidur. hati dah lega rasanya. walaupun perasan dah bercampur baur. 

p/s :
sempat baca news. keretapi dari JB nak ke ... Lipis rasanya. dah lupa. tergelincir dari landasan. kalau aku stick dengan plan asal, naik train ke Lipis, mesti terlibat dengan hal ni. hurmmm. instinct seorang ibu itu.

k. 
enough for today.
aku tak ingat dah kisah seterusnya.
aku taip, 
apa yang aku ingat.

#6 Raya Journey pt.3

dah masuk jam 5:32 pagi.
tengok kat luar,
macam kat kundasang pula.
jerebu.
aku tak boleh nak bezakan
embun dan jerebu.
ok.
sambung part 3 pula.


15hb Ogos 2012
today kak faiz kerja half-day. yey! shopping lagi. memang kat Pontian ni kerja aku asyik berjalan jak. tak gheti nak duduk diam kat rumah. haha kak iera cakap, kak faiz ni jenis punctual. kalau jam ni, memang jam ni la. jangan nak lewat. cepat, takpa. haha kitorang takda rushing sangat masa nak gerak dari Pontian ke JB. oh yeahh! masa ni high-way dah tak ada lori lori trailer panjang kot. kenderaan berat tak dibenarkan berada di atas high-way 2 3 hari sebelum raya. Fuhhh! kalau nda, kabak kabak jak jantung kalau bersebelahan ngan lori. 

sampai JB. lagi. pergi rumah kak faiz. hurmm pastu pergi ofis dia kejap. amik kuih raya. kemudian baru lah gerak pergi ke Kota Tinggi. hah! ingat pun. masa ni aku plan nak beli baju cream untuk jadi pengapit. excited cari. memang cantik dan murah. panas terik macam ni, memang mencabar kaki untuk shopping. dapat juga kak iera beli baju raya. hoho sapa pilih? harus lah tetamu jauh yang tolong pilihkan. hehe

shopping tak lama sangat. ntah brapa jam. pastu balik ke JB, amik kereta kak faiz. kalau masa pergi ikut kak iera, kali ni masa balik pula ikut kak faiz. adil dan saksama. kak faiz guna kereta vios, kak iera pula guna kereta viva. wahhhh! banyak kereta dah aku naik. haha masa dorang jemput kat airport, guna kereta kak in, saga. pastu masa keluar malam ngan kak iera, guna kereta mak kak iera. dah lupa. belom lagi jumpa Joe. dia jemput guna kereta Myvi and Chevrolet tuhh. haha. 

siang memang happening sangat. sekali malam nya, mak call. mak cakap, tak payah pergi Pahang. remuk hati masa tu toksah cakap. niat nak datang sana, ada dua. sebab kak faiz n kak iera dan juga sebab nak attend wedding dia. serius! mak call, memang hati menangis. mood dah berubah. Ya Allah, macam nak bagitahu dia nie? aku serba salah. memang tak boleh fikir.muka dah moody. ya ampun. minta maaf kak iera kalau dah spoiled mood kah apa. maaf sangat sangat. 

ada hikmah di sebalik semua ni. kita beria-ia nak pergi. tapi ada sesuatu yang menghalang. betul lah bak kat pepatah. "Kita merancang, Allah yang menentukan" .. memang dah rancang trip ke Johor tapi tak sangka begini jadinya. redha. mak bagitau, dia ada instinct lain. bila musim perayaan ni, mak risau safety aku masa nak gerak gi Pahang.mak kata, kalau tak nak beraya kat Johor, malam ni gak beli tiket balik Sabah. hah? tak nak lah. tak jumpa joe lagi. haha. mak siap cakap, " beraya dengan family kak iera lebih baik."  ye mak. daku menjunjung perintah. family kak iera pula memang nak sangat aku beraya kat sana. ok. tahun ni raya kat Johor.

*nak nangis kejap masa menaip ni. serius! kenangan terindah kot. Hahaa*


so, malam tu keluar lagi. shopping. memang kalau dah tension, duit nak habis cepat jak. beli itu, beli ini. yang penting, tension dah lepas. padahal dah bajet itu ini untuk ke Pahang. so bila tak jadi, bajet tu dah lari pula. thank you kak iera dan kak faiz. memang sedih, tak dapat pergi Pahang. nak meraung pun, iya jugak. haha. 

malam tu, masih terkenang-kenang. apa alasan nak bagi? malam tu juga, aku dah mula redha menerima arahan mandatori dari mama and dady. hati menangis. mata sembab. haha sempat contact joe. ajak jumpa. dia jak harapan aku masa tu. hati tengah sakit. kecewa. yes! kecewa tu. haha ya rabbi. teruk nya perangai. umur masa tu, 21 tahun. ok. di maafkan. haha

dah. tidur. biarkan rasa kecewa itu berlalu. Allah akan mengantikan nikmat yang hilang dengan rahmat baru. syukur alhamdulillah. 


sambung part.4

#5 Raya Journeyt pt.2


selagi mood masih ada,
teruskan menaip. 
cerita dah basi.
tapi aku nak taip.
sebab dah ada yang lupa.
kenangan ni ok.


14hb Ogos 2012
oh! baru ingat. malam tu pergi round bandar and sempat beli ice-cream. haha ice-cream untuk sahur konon nya. dan malam tu juga pergi market, beli buah tangan untuk nenek kak iera. 

so, merasa gak sahur kat tempat orang. pukul 5 kot. yer, aku sahur dengan ice-cream. sumpah buang tebiat sungguh. usai sahur, sambung tido. pagi. eh aku bangun lewat rupanya. haha. jam 9 pagi rasanya. ya ampun. perangai tak ubah ubah. kena pasang alarm pasni. 

so plan arini, nak jumpa blogger ~ qyra. pastu pergi JB. before jumpa qyra, sempat lah juga pergi tempat kerja kak iera. 20 minit eh dari umah? after that, bergegas lah jumpa qyra. nasib sempat jumpa. qyra. kenapa awak nak kawen awal sangat ni? hahaha 

destinasi seterusnya, pergi ke Johor Bharu. WeHeeeee! excited jalan jauh. masuk high-way memang aku dah kecut perut. line dah lah besaqqq. kiri kanan lori. ya ampun. aku dah fikir macam macam masa tu. nak jak suruh kak iera speed. kaki kanan aku pula dah macam tekan minyak. kaki kiri tekan break. haha. manual kan? padahal penumpang jak pun. haha

aku tak menolak rezeki, alhamdulillah. mungkin aku kena pergi Johor lagi buat kali kedua sebab masa nak jenjalan ni, tengah panas. puasa. kedai makan banyak. wahh! tak terasa lansung makanan kat sana. haha. 

aktiviti hari tu, agak memberansangkan lah juga. jalan jalan. round round. cari shopping complex. kak iera bilang dia agak failed sedikit jalan kat sini. hehee. kak faiz lagi teror. 

habis dah sukat separuh bandar kat sana, kena gerak balik Pontian. karang jammed. oh sempat limpas dekat Danga Bay. macam lalu kat Teluk Likas. boleh nampak Singapore kat seberang laut. dekatnya. haha memang masa ni, feeling excited. kalau ada Joe, sah sah dia kutuk aku. benda kecik macam ni nak excited. dia memang takda perasaan. so abaikan. 

balik semula kat Pontian, kitorang ikut jalan lain. masa pergi tu, ikut high-way. bila balik, ikut jalan hurmmm.. ntah apa nama dia. tapi jauh kot. takda bayar tol. alhamdulillah. smooth jak perjalanan kitorang. 

sampai kat Pontian, mencari bazaar ramadhan pula. memang kalau sungkai jak, aku mencari air sejuk. kalau nak makan, aku tak taw nak makan apa. hulur kuih seri ayu dan air sejuk sejuk dah cukup. 

rezeki berbuka puasa. kfc. ayah kak iera bawa balik. hehe. syok nya ~ feeling kemain lebih. aktiviti lepas tu aku tak ingat dah. yang aku taw, makcik kak iera ada datang umah. oh. dah lupa nama aunty tu. huhu aku ingat, aunty shanna jak. yang sorang tu memang ingat tapi nama dah lupa. k. abaikan. 

esok nak gi JB lagi balik dengan kak faiz. 

ok. sambung part.3

#4 Raya Journey


hah! tak tido lagi.
waktu subuh dah masuk tapi tengah cuti.
motif bagitahu?
abaikan.
scroll blog sendiri.
nampak entry ini
bila nak update menda ni?
sekarang.
selagi ada mood nak menaip.


13hb Ogos 2012
bersahur kat airport. flight paling awal. ngantuk! masuk dalam kapal terbang, dapat sit belah kanan kalau tak silap. kiri kanan non-muslim. macam biasa, naik flight mesti ada makan makan. dorang makan sedap, aku tengah puasa. dugaan. pramugara siap tanya, ' miss puasa?' aku hanya menganguk. perjalanan 2 jam lebih. bosan!

sampai jak KL, kak faiz dan kak iera dah tunggu. sumpah excited. terus gerak keluar dari sana. singgah Nilai kejap, jumpa kakak. sempat shopping kat Jusco Nilai? dah lupa. rugi aku tak beli novel 'Jodoh Itu Milik Kita' kat Harris or MPH di Jusco. serius! rugi dan menyesal. haha

habis jak round Jusco, gerak balik Johor. kalau aku tahu aku ibarat musafir pada hari itu, memang dalam kereta dah makan makan kot ngan kak faiz. siap tidur start gerak dari Nilai sampai masuk Melaka. berhenti kat RnR mana ntah, terbangun kejap. pastu tidur. sejam dua jam. pastu bangun. hah! masa dah bangun ni, dah masuk area Johor. lalu mana ntah. haha mata dah segar. melilau mata tengok kawasan kiri kanan. oh ini kah Johor? noob.

awal awal lagi dah tahu yang kampung Joe kat Pontian. so di manakah itu Kampung Pulai Sebatang? Haha. sms dia, tapi dia belum balik Johor lagi. esok kot. ok. plan nanti nak jumpa dia. harus!

so dah sampai Pontian. Pontian Kechil. Parit Jawa? alhamdulillah dah sampai kat rumah kak iera. masa tu baru pukul 5 petang kot. kejap lagi dah masuk waktu berbuka kot kat Sabah. Haha. lewat petang macam tu, parents kak iera da balik rumah. wohhh! segan. heeeeeheeee. apa aku buat lepas tu? rehat dalam bilik. sampai lah nak dekat kul 7 kot. ye eh? dah lupa. yang pasti, aku terbangun dari tidur rehat bila nak dekat waktu berbuka. haha bikin malu. demmm!

apsal masih terang ni? haha alhamdulillah once again. berbuka puasa dengan family baru. memang rezeki aku agaknya bila dapat makan laksa. sumpah sedap. tapi aku termakan sambal pedas. mana nak carik air sejuk? sebab masa tu air suam panas yang kena hidang. berpeluh gak makan. haha.

habis jak sungkai, rehat balik. pastu keluar malam rasanya. haha dah lupa. keluar keliling bandar pontian yang kecil kot. hehe mohon pencerahan dari kak iera. aku tak ingat.


ok.
sambung part 2.

#3


account twitter da tutup. motif? merapu entah hapa hapa kat sana. buat sakit hati pun ada juga. hurmmm 30 days left. 27 actually. haha biar lah. tunggu hati dah terubat kot baru nak active balik. biar kan mereka mereka bermaharajalela di sana. malas nak menyemak.

jadi sekarang kat mana nak merapu bebukan ni? blog? blog ni pun dah takda yang nak singgah baca. ok lah tue. aku taip, aku publish, aku sendiri baca. ke ada yang nak stalk? tak kesah lah. blog da clear. takda iklan. takda menatang leceh yang nak menempel kat blog ni. malas nak bubuh. hah! kecuali 'Favorite Summer' dan 'All Winter' .. bloglist harapan ni. yang boleh aku nak skodeng bila bila masa.

tajuk entry? entah. perlu ke nak letak? tak kot. kalau perlu, tajuk please? oh otak mohon berkerjasama untuk generate tajuk yang sesuai.

apa guna publish entry kalau takda yang baca? ok. nanti aku bagi heboh kat mereka mereka lah. mereka? siapa?

letak title macam ni boleh? yang ada #hashtag haha. cool. sengal.

malas nak taip panjang.
buat dalam bentuk perenggan.
buat dalam bentuk puisi.

buang tebiat kot.



:: gilerrr lapaqqq!

#2


kau.
duduk dah berjarak
tapi kenapa?
kenapa?
bau perfume tu
melekat kat baju
aku?


kau.
dan bau itu.


hurmmm.
nak tanya ni,
guna perfume apa ye?


haha.


serius.
cerita World War Z
tak best.


aku takda perasaan
sebab bau perfume
tu menarik perhatian
AKU.

Tuesday, 18 June 2013

#1


sakit. 
sebab bukan aku tak nak jujur 
dengan kau. 
aku nak.
tapi 
aku takut kejujuran tu
akan memakan diri sendiri. 


sakit.
terpaksa menelan rasa pahit
sebuah kebenaran. 


sakit.
bila terasa diri ini
hipokrit. 


ruang yang ada sekarang
semakin sempit
menyesakkan dada aku.


ah!
bilakah masa yang sesuai 
untuk aku bernafas 
dengan lega?



terusik

hati aku belum cukup kuat.
belum boleh menerima mana mana kehadiran orang lain.
mengapakah?
adakah aku telah jatuh cinta dengan kau?
atau itu sekadar layanan mesra yang biasa
kau berikan kepada mana mana
rakan perempuan kau yang lain.


hati perempuan mudah terusik.
sangat.


Kau!
kau mengusik ketenangan jiwa ku
dalam diam
aku menyayangi kau
tetapi bagi kau
perasaan itu hanya sekadar kawan


sampai masa nanti
aku akan berdiam diri dan
mula menjauh dari kau
hadirnya aku selalu di sisi mu
hanya untuk sementara


tuhan,
tolong jagakan perasaan ini untuk ku
aku menyayangi nya kerana-Mu Ya Allah.
Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014