Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Friday, 21 June 2013

#4 Raya Journey


hah! tak tido lagi.
waktu subuh dah masuk tapi tengah cuti.
motif bagitahu?
abaikan.
scroll blog sendiri.
nampak entry ini
bila nak update menda ni?
sekarang.
selagi ada mood nak menaip.


13hb Ogos 2012
bersahur kat airport. flight paling awal. ngantuk! masuk dalam kapal terbang, dapat sit belah kanan kalau tak silap. kiri kanan non-muslim. macam biasa, naik flight mesti ada makan makan. dorang makan sedap, aku tengah puasa. dugaan. pramugara siap tanya, ' miss puasa?' aku hanya menganguk. perjalanan 2 jam lebih. bosan!

sampai jak KL, kak faiz dan kak iera dah tunggu. sumpah excited. terus gerak keluar dari sana. singgah Nilai kejap, jumpa kakak. sempat shopping kat Jusco Nilai? dah lupa. rugi aku tak beli novel 'Jodoh Itu Milik Kita' kat Harris or MPH di Jusco. serius! rugi dan menyesal. haha

habis jak round Jusco, gerak balik Johor. kalau aku tahu aku ibarat musafir pada hari itu, memang dalam kereta dah makan makan kot ngan kak faiz. siap tidur start gerak dari Nilai sampai masuk Melaka. berhenti kat RnR mana ntah, terbangun kejap. pastu tidur. sejam dua jam. pastu bangun. hah! masa dah bangun ni, dah masuk area Johor. lalu mana ntah. haha mata dah segar. melilau mata tengok kawasan kiri kanan. oh ini kah Johor? noob.

awal awal lagi dah tahu yang kampung Joe kat Pontian. so di manakah itu Kampung Pulai Sebatang? Haha. sms dia, tapi dia belum balik Johor lagi. esok kot. ok. plan nanti nak jumpa dia. harus!

so dah sampai Pontian. Pontian Kechil. Parit Jawa? alhamdulillah dah sampai kat rumah kak iera. masa tu baru pukul 5 petang kot. kejap lagi dah masuk waktu berbuka kot kat Sabah. Haha. lewat petang macam tu, parents kak iera da balik rumah. wohhh! segan. heeeeeheeee. apa aku buat lepas tu? rehat dalam bilik. sampai lah nak dekat kul 7 kot. ye eh? dah lupa. yang pasti, aku terbangun dari tidur rehat bila nak dekat waktu berbuka. haha bikin malu. demmm!

apsal masih terang ni? haha alhamdulillah once again. berbuka puasa dengan family baru. memang rezeki aku agaknya bila dapat makan laksa. sumpah sedap. tapi aku termakan sambal pedas. mana nak carik air sejuk? sebab masa tu air suam panas yang kena hidang. berpeluh gak makan. haha.

habis jak sungkai, rehat balik. pastu keluar malam rasanya. haha dah lupa. keluar keliling bandar pontian yang kecil kot. hehe mohon pencerahan dari kak iera. aku tak ingat.


ok.
sambung part 2.

No comments:

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014