Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Friday, 21 June 2013

#5 Raya Journeyt pt.2


selagi mood masih ada,
teruskan menaip. 
cerita dah basi.
tapi aku nak taip.
sebab dah ada yang lupa.
kenangan ni ok.


14hb Ogos 2012
oh! baru ingat. malam tu pergi round bandar and sempat beli ice-cream. haha ice-cream untuk sahur konon nya. dan malam tu juga pergi market, beli buah tangan untuk nenek kak iera. 

so, merasa gak sahur kat tempat orang. pukul 5 kot. yer, aku sahur dengan ice-cream. sumpah buang tebiat sungguh. usai sahur, sambung tido. pagi. eh aku bangun lewat rupanya. haha. jam 9 pagi rasanya. ya ampun. perangai tak ubah ubah. kena pasang alarm pasni. 

so plan arini, nak jumpa blogger ~ qyra. pastu pergi JB. before jumpa qyra, sempat lah juga pergi tempat kerja kak iera. 20 minit eh dari umah? after that, bergegas lah jumpa qyra. nasib sempat jumpa. qyra. kenapa awak nak kawen awal sangat ni? hahaha 

destinasi seterusnya, pergi ke Johor Bharu. WeHeeeee! excited jalan jauh. masuk high-way memang aku dah kecut perut. line dah lah besaqqq. kiri kanan lori. ya ampun. aku dah fikir macam macam masa tu. nak jak suruh kak iera speed. kaki kanan aku pula dah macam tekan minyak. kaki kiri tekan break. haha. manual kan? padahal penumpang jak pun. haha

aku tak menolak rezeki, alhamdulillah. mungkin aku kena pergi Johor lagi buat kali kedua sebab masa nak jenjalan ni, tengah panas. puasa. kedai makan banyak. wahh! tak terasa lansung makanan kat sana. haha. 

aktiviti hari tu, agak memberansangkan lah juga. jalan jalan. round round. cari shopping complex. kak iera bilang dia agak failed sedikit jalan kat sini. hehee. kak faiz lagi teror. 

habis dah sukat separuh bandar kat sana, kena gerak balik Pontian. karang jammed. oh sempat limpas dekat Danga Bay. macam lalu kat Teluk Likas. boleh nampak Singapore kat seberang laut. dekatnya. haha memang masa ni, feeling excited. kalau ada Joe, sah sah dia kutuk aku. benda kecik macam ni nak excited. dia memang takda perasaan. so abaikan. 

balik semula kat Pontian, kitorang ikut jalan lain. masa pergi tu, ikut high-way. bila balik, ikut jalan hurmmm.. ntah apa nama dia. tapi jauh kot. takda bayar tol. alhamdulillah. smooth jak perjalanan kitorang. 

sampai kat Pontian, mencari bazaar ramadhan pula. memang kalau sungkai jak, aku mencari air sejuk. kalau nak makan, aku tak taw nak makan apa. hulur kuih seri ayu dan air sejuk sejuk dah cukup. 

rezeki berbuka puasa. kfc. ayah kak iera bawa balik. hehe. syok nya ~ feeling kemain lebih. aktiviti lepas tu aku tak ingat dah. yang aku taw, makcik kak iera ada datang umah. oh. dah lupa nama aunty tu. huhu aku ingat, aunty shanna jak. yang sorang tu memang ingat tapi nama dah lupa. k. abaikan. 

esok nak gi JB lagi balik dengan kak faiz. 

ok. sambung part.3

No comments:

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014