Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Friday, 21 June 2013

#6 Raya Journey pt.3

dah masuk jam 5:32 pagi.
tengok kat luar,
macam kat kundasang pula.
jerebu.
aku tak boleh nak bezakan
embun dan jerebu.
ok.
sambung part 3 pula.


15hb Ogos 2012
today kak faiz kerja half-day. yey! shopping lagi. memang kat Pontian ni kerja aku asyik berjalan jak. tak gheti nak duduk diam kat rumah. haha kak iera cakap, kak faiz ni jenis punctual. kalau jam ni, memang jam ni la. jangan nak lewat. cepat, takpa. haha kitorang takda rushing sangat masa nak gerak dari Pontian ke JB. oh yeahh! masa ni high-way dah tak ada lori lori trailer panjang kot. kenderaan berat tak dibenarkan berada di atas high-way 2 3 hari sebelum raya. Fuhhh! kalau nda, kabak kabak jak jantung kalau bersebelahan ngan lori. 

sampai JB. lagi. pergi rumah kak faiz. hurmm pastu pergi ofis dia kejap. amik kuih raya. kemudian baru lah gerak pergi ke Kota Tinggi. hah! ingat pun. masa ni aku plan nak beli baju cream untuk jadi pengapit. excited cari. memang cantik dan murah. panas terik macam ni, memang mencabar kaki untuk shopping. dapat juga kak iera beli baju raya. hoho sapa pilih? harus lah tetamu jauh yang tolong pilihkan. hehe

shopping tak lama sangat. ntah brapa jam. pastu balik ke JB, amik kereta kak faiz. kalau masa pergi ikut kak iera, kali ni masa balik pula ikut kak faiz. adil dan saksama. kak faiz guna kereta vios, kak iera pula guna kereta viva. wahhhh! banyak kereta dah aku naik. haha masa dorang jemput kat airport, guna kereta kak in, saga. pastu masa keluar malam ngan kak iera, guna kereta mak kak iera. dah lupa. belom lagi jumpa Joe. dia jemput guna kereta Myvi and Chevrolet tuhh. haha. 

siang memang happening sangat. sekali malam nya, mak call. mak cakap, tak payah pergi Pahang. remuk hati masa tu toksah cakap. niat nak datang sana, ada dua. sebab kak faiz n kak iera dan juga sebab nak attend wedding dia. serius! mak call, memang hati menangis. mood dah berubah. Ya Allah, macam nak bagitahu dia nie? aku serba salah. memang tak boleh fikir.muka dah moody. ya ampun. minta maaf kak iera kalau dah spoiled mood kah apa. maaf sangat sangat. 

ada hikmah di sebalik semua ni. kita beria-ia nak pergi. tapi ada sesuatu yang menghalang. betul lah bak kat pepatah. "Kita merancang, Allah yang menentukan" .. memang dah rancang trip ke Johor tapi tak sangka begini jadinya. redha. mak bagitau, dia ada instinct lain. bila musim perayaan ni, mak risau safety aku masa nak gerak gi Pahang.mak kata, kalau tak nak beraya kat Johor, malam ni gak beli tiket balik Sabah. hah? tak nak lah. tak jumpa joe lagi. haha. mak siap cakap, " beraya dengan family kak iera lebih baik."  ye mak. daku menjunjung perintah. family kak iera pula memang nak sangat aku beraya kat sana. ok. tahun ni raya kat Johor.

*nak nangis kejap masa menaip ni. serius! kenangan terindah kot. Hahaa*


so, malam tu keluar lagi. shopping. memang kalau dah tension, duit nak habis cepat jak. beli itu, beli ini. yang penting, tension dah lepas. padahal dah bajet itu ini untuk ke Pahang. so bila tak jadi, bajet tu dah lari pula. thank you kak iera dan kak faiz. memang sedih, tak dapat pergi Pahang. nak meraung pun, iya jugak. haha. 

malam tu, masih terkenang-kenang. apa alasan nak bagi? malam tu juga, aku dah mula redha menerima arahan mandatori dari mama and dady. hati menangis. mata sembab. haha sempat contact joe. ajak jumpa. dia jak harapan aku masa tu. hati tengah sakit. kecewa. yes! kecewa tu. haha ya rabbi. teruk nya perangai. umur masa tu, 21 tahun. ok. di maafkan. haha

dah. tidur. biarkan rasa kecewa itu berlalu. Allah akan mengantikan nikmat yang hilang dengan rahmat baru. syukur alhamdulillah. 


sambung part.4

No comments:

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014