Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Friday, 21 June 2013

#7 Raya Journey pt.4


Morning Kota Kinabalu.
6:03 pagi.
sabtu.
tengok luar.
sah feeling kat Kundasang. 
oh rindunya sama orang Kundasang. 
heheheee


16hb Ogos 2012
masih di selubungi dengan rasa kesedihan di sebabkan berita semalam? yes. Hahaha masih sedih. tapi hidup haruslah di teruskan dengan tabah. hari ni nak jumpa Joe. excited yang menggantikan rasa kesedihan semalam. 

so aktiviti hari ni, jemput adik kak iera iaitu Faiz dari Melaka. we were going to Batu Pahat. Ex's aku tinggal kat Muar. dekat jak kan, perlu jumpa? tak! Mama Yong pun tinggal Batu Pahat. sempat contact tapi tak confirm dapat jumpa ke tak. hohoo. 

perjalanan ke Batu Pahat, macam dari Inanam pergi Papar. jauh tu. masa ni banyak sembang sembang rahsia. hah! ada sesi luahan hati jugak rasanya dengan kak iera. haha ye la. masih dalam mood sedih, jadi cerita pun kemain feeling. 

sampai dah kat Batu Pahat. amik Faiz kat stesen bas dengan gf dia, Amy :) kinda pretty and cute. masa ni tak banyak sembang lagi dengan Faiz. haha lepas tu, anta gf Faiz balik sekali. dah lupa nama tempat gf dia tinggal. habis jak hantar Amy balik, contact Joe. ingat nak jumpa kejap, sekalinya mak Joe ajak berbuka puasa kat rumah dia. heh! masa ni aku rasa macam nak rushing jak pergi rumah dia sebab kejar masa. dah dekat pukul 6, padahal masih terang. aku paranoid? hahaha

kak faiz sempat call, dia kata dia masak special untuk aku. 'lemak cili api' .. bikin terliur tapi tapi aku dah terjanji pula ngan Joe nak sungkai sesama. huhu sorry kak faiz. kak iera pun memang drive laju lah kot. haha nak kejar masa. takut aku tak sempat sampai. hahaha. 

finally, sampai kat kampung Joe. dia dah tunggu kat tepi jalan. ingat aku sesat? red carpet pun takda. hahaa kak iera just drop. oh thank you so much kak iera. masa aku sampai kat umah Joe, ngam ngam dah masuk waktu berbuka. Joe pula siap ajak masuk umah ikut jalan belakang. follow je laaa. jangan dia biar aku sorang sorang, memang ulung la jawabnya. 

sejuk semacam aku rasa bila masuk rumah tu. apa tak nya, the whole family is here. 'mak, ayah, abg long, kak aisya, abg elan, kak reena, kak uqai, mak uda, bain, nek wan, anak buah' lengkap semua ada kat sana. kecuali omar ngan kak hurul jak takda. belum sampai. hah! sila lah jemput makan. havoc gak family dia ni. 1st time jumpa kak uqai. yeahh! raya tahun ni lengkap family joe. semua ada. biasanya mesti kurang sorang. hehe so, kiranya aku bertuah kot dapat jumpa mereka semua. kak reena pun terkejut gak masa tu, tak expect akan jumpa kat sini. hahaha ingat dah lupa. maklum lah, Joe bukan jenis yang bawak kawan pergi rumah. 

as i remembered, masa form 3 kot. first kawan perempuan yang Joe ajak pergi rumah, ialah aku. masa raya. 2nd time pula, masa buat port-folio PMR. 3rd time, masa tu kat rumah Kingfisher, ada bbq. 

Ya Allah, Engkau menggantikan kesedihan semalam dengan kegembiraan yang tidak ternilai pada hari itu. 

dah. habis jak sungkai, Joe ajak balik. sebab dia nak lari sebenarnya daripada kena soal siasat. nanti banyak soalan keluar. ' ni sapa pula yang dia bawa mai umah ni?' hahaha. 

masa otw pulang, memang sesi meluah perasaan ngan Joe. adalah sedas dua ceramah dari dia. memang menusuk hati. masa tu sah sah nak nangis. jadi decide, nak call Imah. nak berterus terang ngan dia. 

- dia tanya kat mana dah masa tu, aku cakap lah kat JB. dia pelik apsal tak balik KL. so aku cakap lah tak jadik. dia terkejut. aku pass phone kat Joe. Imah off-call. then dia call number aku balik sebab dia nak make sure betul ke Joe yang cakap ngan dia tadi. hah! masa ni memang Imah naik bengang bila aku bagitau aku tak dapat pergi Pahang. rasa kecewa tu datang semula. 'maafkan daku wahai sahabat' .. Joe amik phone, and cool down kan Imah. dia slow talk ngan Imah. ayat Imah yang paling tak boleh blah, 'korang berdua ni buat aku kecewa jak' .. Ya Allah. takda niat kitorang macam tu. off called. jalan sepi. senyap. sampai lah ke destinasi seterusnya.

so, malam tu jalan mengukur keliling bandar Pontian lagi. dah set timing ngan kak iera yang kitorang akan jumpa kat bandar jak. sambil tunggu kak iera, sempat lepak kat gerai tepi jalan. sembang pasal member sekolah. lepas tu, balik.

sampai rumah, tidur. hati dah lega rasanya. walaupun perasan dah bercampur baur. 

p/s :
sempat baca news. keretapi dari JB nak ke ... Lipis rasanya. dah lupa. tergelincir dari landasan. kalau aku stick dengan plan asal, naik train ke Lipis, mesti terlibat dengan hal ni. hurmmm. instinct seorang ibu itu.

k. 
enough for today.
aku tak ingat dah kisah seterusnya.
aku taip, 
apa yang aku ingat.

No comments:

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014