Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
She Little Sunshine

Monday, 17 February 2014

#16 muhasabah diri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penghasihani..


benarlah kata orang, masjid mahupun surau merupakan tempat yang mampu memberi ketenangan pada diri sendiri.

 minggu lalu, sebenarnya aku dengan kak nora berperasaan kena marah kot oleh kak er biarpun hakikatnya tidak tapi disebabkan dah berfikir yang bukan-bukan maka kitorang nekad nak elak dari berfikiran macam tu dan memberi ruang dekat orang yang tengah naik angin masa tu juga. stress sebab kerja masa tu banyak and nak rushing kot.

masa tu memang aku dan kak nora dah mula blame kan diri sendiri. ye la sebab lepas habis jak program terus turun ke pekan and bagi tinggal kak er sorang2 kat asrama T_T perasaan serba salah mula menyelubungi diri sendiri. ohhh i felt so bad! taubat lepas ni tak nak tinggalkan kak er sorang2 kat hostel.

jadi kak nora pun ajak stay di surau. konon perasaan kak er marah sama kami berdua so, nak membawa diri la kononnya ~ Hahahaa. habis jak lunch terus amik telekung, charger fon dan air untuk dibawa ke surau. sampai jak kat surau, solat zohor pastu masing masing berteleku. diam. senyap. 

bila dah rasa okay, baru duduk kat bahagian paling belakang. entah macam mana boleh keluar topik pasal arwah ayah kak nora. kak nora cerita macam mana dia menjaga arwah ayah dia semasa sakit sehingga lah sewaktu nazak. Allah! masa kak nora cerita tu, aku dah imagine. kalau aku di tempat kak nora waktu tu, mungkin aku dah rebah kot. bayangkan kehilangan salah seorang ahli keluarga yang utama. 

oh tidak! aku takut aku tak mampu menggalas perasaan dan ujian ketika itu. memikirkan benda itu pun dah buat aku rasa bagaikan rapuh. terdetik rasa syukur dalam diri sebab masih dikurniakan ibubapa. cuma bila memikirkan hakikat yang kita bakal kehilangan itu, memang perit dan meruntun hati.automatik teringat segala apa yang telah aku lakukan. 

selama 22 tahun,
cukupkah amal bakti 
yang telah aku curahkan kepada kedua ibubapaku?

masa sekolah dulu, seringkali aku mendengar pepatah ~ berbaktilah kepada kedua ibubapa dan taat setialah kepada mereka selagi mereka masih ada ~

mungkin masa yang berlalu telah buat aku leka. alpa. ya ~ adakalanya aku lupa. 

memang dah touching habis masa ni. nak nangis tapi boleh pula cover dengan ketawa tapi akhirnya tewas juga. takda la pula nangis teruk tapi apa yang kitorang luahkan semua masa tu meninggalkan kesan dihati. nak lagi bila diselitkan dengan cerita soal kematian. 

ya! dunia ini terasa fragile sedangkan hakikat yang sebenarnya, manusia itulah yang mudah rapuh. 

mengingati mati itu adalah terapi berkesan bagi mengubati penyakit hati yang cenderung mengikut nafsu. mengejar nikmat dunia pasti terbantut apabila memikirkan kematian yang datang bila-bila masa sahaja. perlahan lahan masa berlalu. membiarkan kami bercerita apa sahaja soal kematian mahupun soal pakaian ketika dikebumikan. teringat petikan daripada buku khutbah Rasulullah berkisarkan keadaan orang beriman dan tidak beriman ketika meninggal dunia. 

setiap orang akan menghadapi soal jawab di dalam kubur dan persoalan utama yang ditanya oleh malaikat ketika didalam kubur adalah mengenai Tuhan yang disembahnya dan kenabian Muhammad. orang beriman akan menjawab Tuhannya adalah Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah. mereka tidak bercakap dengan lisan mereka, sebaliknya iman ketika mereka di dunia yang meneguhkan ucapan mereka.

memang tak sangka, dengan bermuhsabah diri di surau,  bercerita berkisarkan ibubapa, kematian, jodoh dan rezeki, akhirnya yang kami dapat pada masa tu, rasa ketenangan pada diri sendiri. rasa syukur dengan nikmat yang dikurniakan. terdetik dihati rasa insaf. lupa dengan masalah diluar. kalau ikutkan hati lepas lunch tu nak menyukat satu kawasan kem, tapi sia-sia lah masa. 

tak sedar sampai nak masuk waktu asar da. memang kes membawa diri ke surau hari tu memberi pengajaranlah. dan aku rasa kak nora memang fasi yang the best. mampu menyelami hati aku sampai nangis nangis ~ padahal topik tu lah aku paling lemah dan cepat touching. next time kalau terasa kena marah atau takda benda lain nak dibuat, cepat2 bawa diri ke surau ataupun masjid. buat apa benda yang patut. selain daripada bermuhasabah diri, boleh juga berI'tikaf. 

usai lepas solat asar, kitorang pun naik atas balik dan jumpa kak er. tadaaaaa ~ kak er tak marah pun kat kitorang sebenarnya. dia marah kat orang lain tapi ye la. terasa diri dimarahi. hahaha ada hikmah juga disebalik terasa dimarahi hari tu. pengalaman bermuhasabah diri di surau. wallahi. terbaik.


 

p/s : bawalah topik soal ibubapa, memang aku cepat down dan touching. T_T

No comments:

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 03 February 2014